Monday, 28 January 2019

Teks emcee simple

Assalamulaikum dan Salam sejahtera

Untuk pengetahuan hadirin, majlis pada malam ini akan bermula sebentar sahaja lagi.
Diminta para hadirin untuk mengambil tempat masing-masing.

Bagi memastikan kelancaran  majlis pada malam ini, diminta kerjasama para hadirin menetapkan telefon anda kedalam mod senyap atau dimatikan.

Terima kasih.
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Asma Ismail,
Naib Canselor University Sains Malaysia serta diiringi oleh dif-dif jemputan.

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Menara Ilmu.

*NYANYIAN LAGU NEGARAKU & MENARA ILMU
Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi

Para hadirin dipersilakan duduk
#TARIAN BANGRA
Assalamualaikum,salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

*REFER SALUTASI

Indah berbalam si awan petang,
Berarah di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul bagi menjayakan Malam Kebudayaan Karnival Kampus tahun 2016 yang bertemakan ‘Unity in Diversity’.

Untuk pengetahuan hadirin, Karnival Kampus merupakan acara anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Akademik serta Majlis Perwakilan Pelajar. Acara ini merupakan acara wajib yang diadakan 2 tahun sekali dan malam kebudayaan ini adalah buat julung kalinya diadakan.

Dengan  tema Kesepaduan Dalam Kepelbagaian, Malam Kebudayaan bakal menyajikan pelbagai tarian mengikut kaum yang terdapat di Malaysia seperti tarian Melayu, Cina dan India.
Para hadirin sekalian,
Majlis pada malam ini akan dimulakan dengan ucapan aluan oleh saudara.............................................................
Selaku pengarah Karnival Kampus 2016.
Majlis mempersilakan.


Terima diucapkan kepada saudara ................................................................
Atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha ...................................................................., Pengarah Kampus Kesihatan ,University sains Malaysia untuk memberikan sepatah dua kata.
Majlis mempersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada ......................................................................,
Pengarah kampus , University Sains Malaysia atas ucaan sebentar tadi.


Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulkan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacita menjemput dan mempersilakan ...................................................................................
...................................................................................................................
Bagi memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ....................................................................
......................................................................................................................
Atas perasmian sebentar tadi.

Wednesday, 23 January 2019

Tips jawab Soalan LJM

Assalamualaikum and hai guys.

Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia merupakan satu peperiksaan untuk dapatkan lesen bagi Jururawat sekelian alam. Soalan LJM adalah soalan objektif dan ada 100 soalan semuanya merangkumi semua topik yang kita duk belajar untuk jadi nurse.

Bagi bibik soalan LJM bukanlah susah dan bukanlah senang. Ha nak bagi tips ni cepat ambik buku tulis.

Tips Jawab Peperiksaan Lembaga Jururawat (LJM)

1. Banyakkan latihan soalan2 yang lepas.
2. Banyakkan latihan soalan past year (dah ulang 2 kali bermakna penting leni) Ulang soalan sama pun tak apa.
3. Kalau awak buat betul-betul prosedur dan kerja dalam wad In sha allah benda ni banyak membantu sebab banyak jugak soalan berkaitan apa yang kita buat dalam wad.
4. Semua jawapan betul tapi ada satu ja jawapan yang tepat. Sebab tu kena buat past year at least  awak dah study dan buat ulangkaji.
5. Jangan lupa doa jugak sebab walaupun awak ulangkaji gila-gila tapi awak lupa Allah xguna jugak. Buat solat hajat sebelum exam dan selepas exam jugak. Kita ni selalu sangat kalau nakkan sesuatu atau nak buat sesuatu je doa sungguh-sungguh tapi bila dah lepas lupa daratan dah aih. Huh terjadi ustajah la pulak. Tapi ni serius DOA senjata kita.
6. Buat study group dengan kawan-kawan ni juga penting sebab ni apa yang bibik buat. Walaupun hanya dalam masa 5 hari alhamdulillah banyak benda yang kami dapat dengan study group. Rezeki kami lagi kebetulan soalan LJM sama macam apa yang dah bincang. Alhamdulillah Allah mudahkan.
7. Baca soalan at least 2 atau 3 kali. Semak jawapan sebab u olss akan ada masa lebih.
8. Jangan over confident !
9. Pastikan mental dan fizikal kuat masa peperiksaan. Jangan tidur lambat sangat nanti tak ada tenaga dan otak tak cerdas masa nak jawab exam.
10. Uniform atau pakaian kena seragam dan kemas.
11. Masa nak gi exam tak payah bawak barang-barang yang tak diperlukan sebab nanti akan ada spot-check sebelum masuk dewan.
12. TAHNIAH ANDA LULUS! Sebab ikut tips di atas.




Xoxo published : by bibikmoden

Temuduga Kuantan Medical Centre

Assalamualaikum and hai guys.

Ok entry ni bibik nak cerita pasal Interview di Kuantan Medical Centre (KMC)

Macam mana dapat panggilan interview?
Actually sebulan lepas kot ada hantar application thru email dekat KMC and then awal Januari haritu dia reply email suruh mai interview. So tanpa berfikir panjang lebar sis pun godek-godek buat preparation. Dia bagi almost seminggu for prepare everything.

Ujian Bertulis..

Ok apa yang bibik ingat jela ek i state here.
1. 10R
2. Soalan medication almost 10 questions. Bring your own calculator. Soalan basic je
3. Soalan pasal drip
4. Soalan pasal medication
5. Soalan pasal drip solution
6. Soalan pasal infection ada xsilap ala lupa
7. Normal vital sign
8. Pengiraan iv drip
9. Ok lupa dah apa lagi. U olss baca yang teori2 la

Soalan verbal interview

Nak cakap awal-awal diorang speaking so guys pandai2 la jawab bahasa orang putih and kalau nak campur plus minus can also. Hehehe

1. Intro diri in English

2. What you know about KMC. So ni soalan famous yang wajib diorang akan tanya dekat mana2 candidates. So guys before pergi interview please google pasal KMC. Jangan hanya google maps je macam bibik haritu. Hahaha.

3. Ni mungkin soalan berbeza setiap candidates. For sure soalan berkaitan teori yang akan kita guna pakai dalam wad nanti. Bibik haritu dia tanya apa yang kita tahu pasal tachycardia and bradycardia. Owh soalan ni pun ada ya anak2 dekat soalan bertulis tadi.

4. Soalan common kalau anda terpilih nak duk department apa? So guys jawab je department yang u olss suka. Medical surgical dia campur and tu common la kan. Hehe

5.Owh dia tanya juga bibik kalau awak terpilih and then hospital lain panggil awak means hospital lagi dekat dengan rumah nak stay ka macam mana? Ok ni soalan yang biasa la sebab dia tak nak kalau dia ambik kita pastu kerja kejap nak berenti sebab dapat dekat dengan rumah. So guys for this question please jawab dalam bm kalau xconfident macam bibik. Heee.

6. TOLONG LA POWER TEORI PASAL NURSING BEFORE GI IV KAT SINI SEBAB DIA BANYAK TANYA PASAL TEORI.

7. Ok kalau awak terpilih dalam masa berapa lama awak boleh untuk terima tawaran kami. (ayat berbelit k guys? Sebab bibik sendiri pun xpaham) . U olls jawab je saya boleh tunggu untuk dapat keputusan dalam masa sebulan. Sebab tu jawapan matron tu bagi. Hahah.

8. Owh dia ada tanya jugak pasal kenderaan and saudara mara if u guys bukan orang kuantan.

9. How to prevent infection. Baca guys baca

10. Itu saja kot. Btw penginterview dia sangat2 baik, sentiasa senyum dan kalau tak boleh jawab pasal teori dia akan bantu dan bagi penerangan dengan panjang lebar selebar senyuman diorang tau.

So sape2 yang nak gi interview tu good luck korang.
Do the best and pray for me also. Kita cuba nasib kalau ada rezeki alhamdulillah. Kalau tak ada kita cuba lagi. Rezeki Allah ni luas tau. Mungkin Allah nak dengar kita merintih padanya sebab tu Allah bagi lambat sikit kat kita. Fuh done muhasabah diri.


Xoxo: published by bibik

Monday, 21 January 2019

Susu Ibu


Hai Assalamualaikum guys.
Memandangkan dah lama tak update so kita update sikit pasal susu ibu atau pun breastfeeding ah gitu. Tajuk yang rare bagi bibik yang tidak bergelar ibu ni tapi the most important things and knowledge untuk bibik yang bakal bergelar ibu suatu hari nanti. Lets start.

Apa Itu Susu Ibu?
Susu ibu ialah susu yang dikeluarkan oleh mammary gland yang terletak di payu dara.

Apa kandungan susu Ibu?
Susu awal: Kaya dengan protin, laktos, vitamin, mineral dan air. Ia membantu untuk menghilangkan rasa dahaga.

Susu akhir: Lebih kaya dengan lemak bagi membekalkan tenaga dan lebih mengenyangkan.

Apa itu kolostrum?

Kolostrum ialah air susu yang mula-mula sekali dihasilkan selepas melahirkan anak.
Kolostrum yang dihasilkan hanya sedikit iaitu sekitar 20-30 ml tetapi ianya sesuai
dengan saiz atau kapasiti perut anak yang baru lahir.

Kolostrum juga mengandungi kadar antibodi yang tinggi. Jadi ibu-ibu gunakan kolustrum ini sebaik mungkin. Kebanyakan ibu-ibu tidak menggunakan sebaik mungkin kolostrum kerana ada yang beranggapan ianya tidak mempunyai kebaikan. Oh mungkin disebabkan warnanya yang kekuningan kot. Aish.

Antara Kelebihan Susu Ibu ialah :

  • Mengurangkan perdarahan selepas bersalin
  • Menjarakkan kehamilan. At least boleh kurangkan penghasilan anak setahun sorang.he
  • Mengurangkan berat badan. Yang ni bibik sokong.Heheh
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
  • Menjimatkan masa dan wang. No need to buy formula milk.yehuu
  • Mudah dan tersedia. Just open your shirt and tadaaa baby kenyang.
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • Perlindungan terhadap penyakit
  • Susu yang bersih, segar, suhu yang sesuai dan mudah dihadam
  • Mengandungi alfa laktalbumin
  • Membantu perkembangan otak
  • Menggalakkan tumbesaran
  • Mengurangkan risiko kepada alahan 

Penyusuan secara Eksklusif

Memberi susu ibu tanpa campuran dari susu formula atau sebaganya . Ya yang ini dipanggil penyusuan secara eksklusif.
Meneruskan penyusuan sehingga bayi berusia 2 tahun.

So guys semoga bermanfaat.


Gambar ihsan dari google. Tq



xoxo:Published 

Wednesday, 3 May 2017

Time management as a student

Halluuu..
Assalamulaikum semua.
Jarang sekali kita upload la sikit cerita. Kali ni teringin nak berkongsi tips nak jadi gadis kuat menempuhi cabaran hidup di samping maintain cool and comey. eh eh. Terperasan la pulak. heee

Actually kali ni bibik tampil bersama entry yang berjudul tadaaa.

Pandai buat pandai cover

Sem 4 ni terasa sangat pack dan busy. Sebenarnya busy tu yang bibik cari sendiri. Mana tak nya sem ni bibik join macam-macam program university dan luar university. Well, se last boleh berjimba dan lepas ni fully praktikum. Cikgu sekolah pernah kata gunakan masa masa belajar ni sebaik mungkin untuk kutip pengalaman sebab lepas kerja dah tak ada benda-benda macam ni. Kerja nanti mana nak ada dah pakai maskot tengah padang duk melompat-lompat hiburkan diri sendiri.hikss. Peluang mai sekali seumur hidup ok. 

How I managed my time??

PERTAMA
Of course la tanya kawan yang tak join apa-apa tentang pelajaran. kalau tertinggal pasal pembelajaran make sure tanya kawan sekelas. Supaya nanti next kelas tak la kita ni jadi sendu macam miste bean..hahahahaha

KEDUA
Study balik? haha. Bibik sebenarnya seorang yang study last minute. So study week adalah masa yang sangat berharga dan masa yag sangat penting sebab time tu la nak cover balik pasal belajar. Kalau sepuloh subjek haa pandai pandai la cover. 

KETIGA
Selepas solat berdoa supaya diampunkan dosa sebab melagha sampai tanpa rasa bersalah tinggalkan kelas. hehehe.. 

KEEMPAT
Pastikan kita pandai bahagikan masa kita. Lepas balik dari melagha tu pastikan study balik. Kadang-kadang dalam melagha pun bibik ni jenis yang pikir jugak kalau masa kelas lagi penting, bibik akan pilih kelas. Tapi kalau boleh je nak cover bibik akan pilih melagah..ehhwahhh..hahaha. 





                                                NAH SEMPAT JADI BURUNG TAU











Saturday, 17 December 2016

Psikiatrik and medical posting

Assalamualaikum and hai..

Bila tenggelam timbul tenggelam timbul kalah menteri ni faham faham la ya. Bukan pemalas tapi busy kalah mak datin. muehehehe.

Fuh fuh...
Lama tak menulis. Saja nak cakap bibik dah masuk tahun 2 sem 1.. Hua hua. Pejam celik pejam celik dah tinggal lagi setahun lima bulan nak grad. (suke letew) tapi tapi tapi LJM apa khabar. K tak nak cakap lagi  la pasal LJM. Actually sekarang biasa la waktu akhir sem ni duk praktikum. As usual waktu first masuk wad bibik akan selsema.hak hak..seksa oi oi. Sob sob, seb baik masuk 8s dah ok. Actually kami sem ni banyak belajar pasal teknology means yang pakai mesin-mesin net net tot tot haaaaaa.. Macam-macam bunyi la ada. Puan pesan bila masuk wad yang ada mesin gitew bukan telinga je kena alert, mata tu biar liar sikit tengok skrin-skrin dia. Ampun.. Mata itew duk tengok pesakit doktor hencem-hencem je acanooooo..haaaaa umur 21 xde gewe lagi tu mata liar kit. Maap la kot tersalah tengok pakwe hangpa nah. (hiksss.. Ketawa jahat sambil tutup mulut). Pernah dengar tak pasal ventilator? Aip aip. Saya tanya awak yang tengah baca ni laa. Pernah dengar tak? Pernah kan. K xyah terang la.

Bila tengok pesakit yang on ventilator ni perasaan dia tah xleh nak describe. Sedih..  Huu. Bayangkan manusia normal bernafas ok je dengar hidung mulut. Tapi mereka kena on ventilator(alat bantuan pernafasan) untuk bantu mereka bernafas. Apa perasaan korang tengok anak kecil mai usap tangan ibu dia yang badan penuh wayar. Jarang-jarang sekali dapat tengok ibu dia dalam wad setelah sebulan lebih terlntar di hospital. Nak berjurai air mata tapi im a nurse!! Saya mesti kuat. Kalau saya lemah, macam mana family pesakit dan pesakit nak kuat!! Yes! Selalu pesan pada diri tuk jadi kuat. Even dia sakit, even dia xdapat bercakap,even dia xmampu bergerak tapi mereka mempunyai perasaan, mereka nampak dan mereka rasa.. Saat air mata pesakit berjuraian jatuh saat tu kita akan rasa mereka sedang melawan sakit. k dah la bab ni..

Minggu ke 2 diempatkan di wad psikiatrik. Oh Em Ji, bagai dunia ni ana yang punya. Memang la wad ni boleh dikatakan relaks tapi tapi banyak benda yang perlu belajar dan banyak benda yang dapat masa posting wad psikiatrik ni. Pengalaman tak payah cakap la kena peluk dekat pesakit lelaki dari belakang, paksa pesakit mandi ibarat nak ajak berperang, ajak pesakit makan ibarat menjadi enjahat yang paling dikehendaki. Nak tahu kenapa? Sebab macam2 weyy bibik ugut pesakit supaya suruh makan. Yang paling kejam pegang tiub feeding tu. Konon kalau tak nak makan nak masukkkan tiub dalam hidung.. Hhahahaha.. jahatnya ampunn..  k malas dah nak cerita sebab banyak sangat cerita.. nanti kita sambung k..

kami belanja muka saing2 kami hak sewad deh deh.. buat baik sesama.buat jahat tak pernah..eh eh

Sunday, 19 June 2016

The Power Of Syukur

Bismillah...

The power of Syukur..
Seriously zaman tok kadok zaman sekolah dulu sangat2 jahil bab agama. Bukan ambik kisah sangat pasal benda2 yang kita anggap kecil tapi benda tu besar dari sudut lain.
The powerfull of Syukur..
Serius, Dulu jarang sangat nak bersyukur kalau dapat apa2. Rasa macam bukan setakat jarang, malah rasa macam lidah ni berat nak ucap syukur even Allah selalu bagi apa yang saya nak. Allah bagi saya bermacam kelebihan yang saya sendiri tak terhitung , Allah bagi saya kejayaan dalam semua segi dan bidang saya ceburi, Allah bagi apa yang saya mintak, Tapi saya?
Bukan kata nak bersyukur nak berterima kasih pun tak. And after Allah bagi ujian yang saya fikir ujian yang sangat besar dalam hidup saya. SPM Result saya fikir the best in my life . I got 5a . Kalau fikir balik 5a tu dah tinggi and semua matapelajaran yang wajib semua lulus. UPU Isi tapi Dengan takdir Allah i cant further my study dekat mana2 university, Tapi dapat sambung study dekat Matrik even masa tu tak fikir pun nak masuk matrik sebab rasa macam .. Tah la rasa macam mana masa tu,masa perg matrik tu honestly tak prepare apa2 pun even dah tahu matrik tu jauh.. Johor plak tu.
Masa kat matrik tak usah cakap. Memang syukur dalam diri ni tak de, Tak pernah nak ucap syukur seingat saya. Sekali lagi saya diuji dengan dapat result yang tak berapa tinggi dan sekadar cukup makan. SYUKUR? Masih tak ada dalam kamus hidup ni. Lepas matrik saya tak dapat further study dekat mana2 university. Even isi rayuan tak dapat jugak. Isi yang intake mac pun still tak dapat. pergi interview tak lulus. Allahu. Masa ni terasa down sangat2 down. Tambah pulak dengan orang sekeliling asyik duk tanya duk caci duk mengata dia tu tak dapat masuk universiti nd bla bla bla.. Stress tahap menggunung . Bukan kita nak la tak dapat further sudy. Sedih tau, kalau boleh ak sorok kepala dalam baldi. Lebih2 lagi bila jumpa cikgu sekolah dulu..huuuuuu... Malu. Dari penolong ketua pengawas dan seorang murid yng famous kat sekolah `RIAK TAK BAIK TAU` HEEE tapi bila habis sekolah tak dapat masuk u n bila kelur matrik tak dapat further study..Tapi masa tu tak fikir lagi apa salah .
After a few month bila difikir balik, bila mula muhasabah diri saya dapat something, Dapat rasa dan pekataan SYUKUR ALHAMDULILLAH tu seolah olah terbayang dan selalu hadir di minda. Kenapa selama ni tak pernah nak ucap SYUKUR? kenapa selama ni tak pernah nak ucap terima kasih. Allahu. Sujud syukur padamu ya Rabb kerana menyedarkan dirimu yang lena dan asyik dengan duniawi ini.
Lepas berbagai ujian dan dengan hadirnya insan2 yang memberi semangat dan mengubah diri ini ke arah kebaikan alhamdulillah ada jugak universiti yang nak ambik syazana ni belajar.. hehe..Alhamdulillah..Thanks allah atas kesedaran selama ini. Terima kasih kerana menyedarkan diri yang alpa ini. Sesungguhnya segala kejayaan dan semua yang dapat di dunia ini dariMu Ya Rabb. The Power of SYUKUR always jadi yang terbaik and also result di uni dapat melebarkan senyuman umi abah.. Terima kasih kerana membuatkan abah umi senyum bila tahu result dan kejayaan anak dia.. Syukur Alhamdulillah..
xoxo.published by bibikmoden akak syazana amni..