Tuesday, 21 January 2014

Gadis melayu kian lalai,,

Assalamualaikum,,

Gadis melayu kian lalai...

Saya banyak melihat gambar2 yang terpampang di dalam laman2 sosial seperti facebook kebanyakannya. Banyak gadis2 melayu yang memaparkan gambar2 yang menampakkan aurat mereka. Seperti dada mereka.
Macam ni lar kot maksudnya,,hehehe,,,,terbuka,,,krik2,,,

Ini saya tidak kisah, tetapi, ada juga yang menupload gambar2 mereka berpelukan dengan pakwe2 mereka.
Berpelukan macam ni lar,,hahah,,,tapi kalau halal tak pe lar,,,

Hahaha... menunjuk?? Atau Suka2?? Atau sebagai kenangan? Gadis2 semua tahu ke siapa bakal suami mereka?? Tetapi gadis2 telah memberikan kenikmatan tubuh mereka kepada lelaki yang belum tentu mahu berkahwin dengan mereka. Fakta gadis2 “lelaki tidak akan berkahwin dengan perempuan yang murah dan telah mereka sentuh2 dan apa2 sahaja”. Gadis2 jangan tersinggung. Saya hanya memberikan pendapat saya.

Saya mendapati, hampir gadis2 yang berumur lingkungan 16-19 tahun dalam kira2 60% mempunyai teman lelaki. Dan sering keluar bersama, pergi lepak kat restoran or kedai makan x apa.. ni lepak kat jeram. Mandi bersama dalam air. Dalam air apa lagi, menjalarlah tangan si buaya. Gadis apa lagi, suka la bila di buat macam two. Bila suka, apa lagi. Penyudahannya, mengandung. Kini, ramai bayi2 yang tidak bersalah di buang, di bunuh, di perlakukan bagaikan tidak bernilai, salah siapa? Gadis? Ibu Bapa? Guru? Kurang didikan agama? Teknology? Saya menegaskan bahawa ini semua salah gadis. Gadis yang bodoh. Maafkan saya jika berkasar.
Didikan agama? Hahaha... yang tudung labuh yang belajar di sekolah arab pun belambak beb yang buat semua ini. Berselindung dari matsiat yang mereka buat. Saya mengatakan bahawa gadis yang bersalah kerana, kalau gadis tidak bagi peluang, mana lelaki x akan buat. Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin..

*Hamka*

Bersambung...
insyaAllah jika ada peluang, saya akan menyambung kembali.
Ni haa bibik ambik dari kawan bibik,,dia ni memang suka sangat buat cerita2 macam ni,,,kalut duk suruh masukkan dalam blog,,biar blog ni xder yang baca pun,,hewhewhew,,

Thursday, 26 December 2013

Colourful of Handshock,,,heheeh

Assalamualaikum kawan2,,,'

Kriteria yang wajib dipenuhi oleh busana Muslimah dalam kitab Fiqh Wanita, karangan Ibrahim Muhammad Al-Jamal adalah :
  
                      Menutupi seluruh badan selain wajah dan kedua telapak tangan

“Hai Asma, sesungguhnya perempuan itu apabila telah sampai umur/dewasa, maka tidak patut menampakkan sesuatu dari dirinya melainkan ini dan ini. Rasulullah berkata sambil menunjukkan kepada muka dan telapak tangan hingga peregelangannya sendiri.” (HR. Abu Dawud dan Aisyah)

Mai bibik ceritakan sedikit sebanyak pasal ni,,,hehehehe,, Mungkin kita tak perasan kan yang lengan kita tu sebenarnya aurat,,Bibik dulu pun sama,,Tak tahu sangat pasal benda2 ni,,Kata otang,,Kita kena tuntut ilmu seberapa banyak yang mungkin kan,, Selagi kita beramal dengan ilmu tu  selagi tu lar kita akan dapat pahala tau.Ilmu dalam diri kita takkan kurang malahan ianya akan bertambah!!!!! (its true right??)
Opsss soryyy!!! (*,*) ,,Melencong kok lain lar plak,,hehehe,, Ok lar,,,Bibik ni mula jatuh cinta dengan sarung lengan baru jer,,tapi rasa dah lama sebab tinggal 4hari lagi masuk tahun baru,,wawawawa,, Welcome 2014!!! Nice to meet u!!!,,hahah,, 

 Macam mana Boleh tertarik untuk pakai???
Hahaha,,, First bibik beli sarung lengan ni time pi kedai RM2, 2 yarrr je kot sarung lengan bibik,,murah kan???tapi murah bukan sekadar murah,,Murah itu yang boleh membantu kita untuk jadi mahal di akhirat yang kekal abadi kelak tau,,,Ingat!!!!!! Murah didunia tak bermakna murah untuk kita masuk neraka,,,Kita akan jadi mahal untuk masuk neraka dan jadi murah untuk masuk syurga!!!! FAHAM!!!???



Ni yang warna Purple,,, warna paling bibik suka,,,


Ni warna Hitam,,yang ni 2.50 jer,,Ni beli kat TANGKAK!!! Tempat yang paling digemari pelajar KmJ,,!!


hAAAA!!! Oreng!!!!! favourite colour,,,Owesome,,



Pink!!! terserlah keperempuanannya,,heeee,,
Kelabu!!!!,,,errmmm,,,


Apa Perasaan bibik time pakai sarung lengan????
Kome semua mau tahu ker????? First pakai tak rasa macam janggal sangat sebab bibik dah biasa lar jugak pakai sarung lengan ni,,dulu time pakai baju lengan pendek pakai lar,,tapi kalai pakai baju lengan panjang dan baju kurung tak pernah pulak pakai,,,ni kira bibik Istiqamahkan diri bibik untuk pakai lar,, In Shaa ALlah,,,doakan bibik agar terus istiqamahkan diri ,,

ermm,Thats alll,,Thanks for reading my entry.,,,






Wednesday, 27 November 2013

perempuan solehah

Wahai perempuan solehah, ketahuilah bahawa,


Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,

Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,

Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,

Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,

Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,

Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,

Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,

Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!




Friday, 22 November 2013

Lelaki Soleh Idaman setiap wanita!!!

ASSALAMUALAIKUM YA HABIBI,,,,,


Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang



Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam           
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama

Dialah lelaki idaman saya

WANITA SOLEHAH...DICEMBURUI BIDADARI SYURGA..

WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....

DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HADAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA 
WALLAHUALAM,,,
IN SHAA ALLAH,,,KITA SAMA-SAMA MENCARI KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI,,

Wednesday, 20 November 2013

Trip to Gunung Ledang 2

Assalamualaikum kawan-kawan,,,

heeee,,,Nak sambung cerita ni,,,,Bibik dah bangun,,,Dah nak mula Mendaki balik tau,,,Nak naik ke puncak,,wahhh,,Memang xcited habis la,,,,Tak sabar nak sampai,,, Dalam pukul 2 pagi macam tu kami mulakan misi kami iaitu Ke Puncak Gunung Ledang,,,,Letih bukan main tau,,,Tidur 2 jam je,,,pastu sambung balik,,,Kaki dah rasa macam nak tercabut,,,hahaha,,,,
LOOK AT ME!!!CURAM SUNGGUH GUNUNG NI,,
SEMPAT LAGI MEREKA SEMUA POSING,HEHEHEH,,

Selepas lebih kurang 5 jam kami meredah segala cabaran Alhamdulilah,,Kami sampai ke puncak Gunung Ledang...
NI LA BUKTI BIBIK DAH SAMPAI KE ATAS SANA,,HEHEHE...
Bila dah sampai atas sana kami apa lagi,,Dah la raai yang bawa kamera,,,Bibik ni fotogenik skit,,,opssss,,,hihihihihi,,,,tak ada lar,,,snap2 gambar untuk kenangan bersama kan,,,
MACAM COMEL JE,,,MACAM CANTIK JE,,HEHEHEEH

NI KAWAN2 SEPRAKTIKUM BIBIK DAN PENSYARAH KESAYANGAN BIBIK,,,

SARAPAN KAMI DENGAN MEGIIII,,,,,ERMMM,,PEDASSSSS,,,,ORE KELATE TAK TAHAN PEDAS,,,,,HUKHUKHUK
WAHHHH,,,,KAMI DAH NAK BALIK......TAK MAHU PULANG.....

KAMI DAH BERJAYA!!!!!ANDA BILA LAGI???????HEHEHEHE

Thursday, 19 September 2013

Trip to Gunung Ledang 1

Gunung Ledang??? Dekat mana ek?? hikhikhik...Limited edition kot.. hanya ada kat Johor je... maih bibik ceritain... First of all..before bertolak,pagi2 lagi kitorang merewang sama2 dekat masjid. dapat lar belajar cara2 nak masak gulai.dan ayam masak kicap..kitorang memang hepy giler kot... lebih2 lagi bila Sabiawwww...Umiawwww dan hisyammmawww pun join sama...  dalam pukul 3 ++ macam tu kitorang bertolak ke Gunung Ledang...

GENG HIKING!!!!



Sampai je kat sana mEmang kitorang xcited kot...first time katakan..dalam masa 1 jam macam tular kitorang ambik masa untuk daftar dan round2 persekitaran kaki gunung..
cantik kot..ada artifak2 lagi... Lepas tu bermulalah pendakian kitorang...huh...semput gilerr.... bayangkan warmup kitorang dengan daki 700++ anak tangga kot
Nak tercabut kaki... cp pertama ialah bukit semput..patut lar kitorang semput semacam jer..hahaha..
Masa dekat cp 3 kitorang berhenti dekat waterpoint,,apa tu???korang na tahu ek??hikhikhi,,tempat ni macam aliran sungai lar,,,kat sini kita boleh ambik air dan minum macam tu jer,,ambik tanpa segan silu katakan,,ambik dan terus masuk dalam mulut,,memang terbaik,,rasa macam air yang baru keluar dari peti ais tau tak,, pastu sampai dekat cp 4 iaitu tempat yang akan kitorang berhnti rehat... Batu Gajah diberi nama..memang macam gajah lar..besauuu kot batu dia.hikhik,,
                                               LAGI BESAUUU DARI BATU TU,,,,
Lebih gembira lagi bibik sampai awal lar jugak dari orang lain,,bukan apa,,,nak rehat cepat-cepat,,sebab tu datang aura apa entah jadi macam tak letih sangat,,HEHEHE,,,,Kami sampai dalam pukul 8 macam tular kot,,sampai je terus siapkan diri untuk Solat,makan (yang ni penting sebab semua dah laparrrr) dan Rehat,,, Nak tahu kami makan apa???hehhehe,,,Nasi+ayam masak kicap,dan sayur goreng.,,semua ni hasil kami merewang tau,,,,yummyyy,,,memang puas hati makan,,,,
NI DIA KHEMAH KITORANG,,,,(BATU GAJAH)
Kami Pun Tidur,,,,,,(*,*)