Monday, 6 May 2019

Pembuka Rezeki

Assalamualaikum and hai guys.

In Sha Allah bibik akan share apa yang boleh membantu kita untuk lulus dalam temuduga kerja dengan izin Allah. Sejak Bibik amalkan Alhamdulillah dengan izin Allah bibik lulus 3 temuduga dalam masa kurang dari 4 bulan.

1. Buat persediaan mental dan juga fizikal.
2. Solat wajib dan juga JANGAN TINGGAL SOLAT SUNAT HAJAT.

3

4

5
6. Sedekahkan Al-Fatihah buat kedua ibu bapa dan juga kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan kita. Ambik masa kejap ja. Bibik selalu baca waktu sidai pakaian ataupun waktu lipat pakaian. In sha Allah dengan izin Allah walaupun rezeki kita lambat tapi Allah akan bagi yang terbaik buat kita.

Wednesday, 1 May 2019

Resume Template Free

Assalamualaikum and hai guys.

Resume ni sangat penting untuk sesiapa sahaja yang ingin menghadiri temuduga kerja mahupun temuduga untuk menyambung pelajaran.

Bibik ada kongsikan laman web yang korang boleh buat resume percuma secara online. Mudah, cepat dan halal. 


Semoga Bermanfaat.

Teks emcee makan malam


Majlis mengalu-alukan ketibaan
Yang Berusaha Tuan Haji Yusoff bin Abdullah, Penggawa Desasiswa Nurani dan isteri

Yang berusaha Dr Shaharuddin Shah Bin che hamzah, Penolong Penggawa Desasiswa Nurani.
Yang berusaha Cik Che Suhailah binti abdul Rahman, Penolong Penggawa Desasiswa Murni.
Hadirin sekalian,

Mencari timba sianak dara
Dibawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Ahlan Wasahlan untuk semua

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatuAllahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SALUTASI
Yang Berusaha Tuan Haji ............., Penggawa Desasiswa Nurani.
Yang berusaha .............................., Penolong penggawa desasiswa Nurani.
Yang berusaha .............................., penolong penggawa desasiswa Murni,
Yang berusaha .............................., Penolong Pengurus Asrama,
Yang berusaha ...............................
Staf2, exco & atlet2 sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kekuatan, kebesaran dan keagungannya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Malam Sanggar pada malam ini. Untuk pengetahuan hadirin, Malam sanggar adalah malam apresiasi bagi peserta sukad, Temasya olahraga tahunan (TOT), Pantun  Antara Desasiswa USM (PADU), Tilawah dan Debat Piala Naib Canselor (DPNC) bagi sidang 2016/2017.

Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat

Kalau pergi ke tanjung keramat
Singgah dikedai membeli pukat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin,
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada malam ini, marilah sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh saudara Ahmad .
Majlis mempersilakan.

#Amin Amin ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad  atas bacaan doa itu tadi.


Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput berseni bagai hiasan
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memberi kata ucapan.

Tirai ucapan pada malam ini akan dimulakan dengan ucapan oleh  Saudari Nor , Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa Nurani.

Majlis mempersilkan.

#Terima kasih diucapkan kepada saudari Nor  atas ucapan itu tadi.

Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang
Tak berguna majlis jika ada dayung tiada perahunya
Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang
Tak lengkaplah majlis jika tiada ucapan dari penggawanya.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan yang berusaha Tuan haji , Penggawa Desasiswa Nurani untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Malam Sanggar.
Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji , Penggawa desasiswa nurani atas ucapan itu tadi.

Hadirin,

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
  
Para hadirin dijemput untuk menjamu selera.
Makanan boleh diambil di sebalah kiri dan kanan khemah.

Sambil menikmati hidangan, ayuh sama-sama kita saksikan tayangan video yang telah disediakan oleh Exco ICT Majlis Penghuni Desasiswa Nurani.

#Terima kasih atas tayangan video itu tadi.
Hadirin,

Sepanjang Sidang 2016/2017, pelbagai kejayaan telah ditempa oleh penghuni desasiswa nurani di dalam sukad dan TOT. Bagi menghargai Atlet-atlet nurani yang telah menyumbangkan pingat emas dan johan, majlis mempersilakan Saudari Fatehah Hanim, untuk mengiringi yang berusaha Dr Shaharuddin Shah Bin Che Hamzah , penolong penggawa desasiswa nurani untuk menyampaikan sijil dan hadiah.
Majlis mempersilakan.

#RUJUK SENARAI

#Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Dr shaharuddin shah bin Che Hamzah atas penyampaian hadiah itu tadi.
Seterusnya dipersilakan sekali lagi, Saudari Fatehah Hanim untuk mengiringi, Yang berusaha Tn Haji Yusoff bin Abdullah, Penggawa desasiswa nurani untuk menyampaikan sijil dan hadiah.
Majlis mempersilakan.

#RUJUK SENARAI

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Tn Hji Yusoff Bin Abdullah, penggawa desasiswa nurani dan saudari Fatehah Hanim, YDP kita atas penyampaian hadiah dan sijil itu tadi.
Hadirin,

Melarik halus papan di jawa
Tersergam kukuh di gerbang batu
Adat berjumpa terpisah jua
Moga ketemu di lain waktu
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita
 Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian Wabillahitaufik walhidayah..
Assalamualikum….



Cara buka akaun KWSP

Assalamualaikum and hai guys.

Nak share macam mana cara untuk bukak akaun KWSP. Sangat senang, sangat mudah dan yang paling penting tidak menggunakan masa yang lama. Dalam 5 minit siap!

*WAJIB bawak kad pengenalan dan telefon !!

1. Korang pergi dekat pejabat KWSP yang berdekatan.
2. Korang cari mesin (rupanyan macam mesin ATM).
3. Masukkan kad pengenalan di mesin.
4 .Ikut step-step yang di ajar oleh pegawai @ pekerja di KWSP tu. Check nama dan nom ic. Masukkan nombor telefon.
5. Tunggu sehingga nombor TAC Sampai di telefon anda.
6. Bukak online di komputer yang telah disediakan untul edit apa yang patut dan juga buat kwsp online terus. Nanti u olss boleh check sendiri baki semua dengan download sahaja apss KWSP Tu di telefon memasing.
7. Siap boleh ucap terima kasih dekat akak atau abang  yang tolong tu dan boleh balik. Senang dan free sahaja ok.
 Nanti diorang akan bagi salinan ni. Boleh fotostat bagi dekat majikan👌

Friday, 12 April 2019

Retention Of Name Nurse (RON)

Assalamualaikum and hai guys.

Korang yang bergelar misi mesti tahu kan pasal RON (retention of name). RON ni adalah pengekalan nama kita dalam Nursing board. So kepada misi-misi yang dah bekerja mahupun masih menganggur benda ni adalah wajib di update. Tapi untuk yang dah bekerja di hospital atau klinik sebelum sampai setahun dari tarikh kita diiktiraf sebagai nurse kebanyakannya majikan kita yang akan buatkan.

Harga: RM25 untuk setahun untuk Jururawat biasa. Wajib dibeli dengan wang pos ok.

1. Korang kena download borang dekat MOH, cari muat turun borang dan cari borang RON.
 Download Borang

Ni Borang yang akak dan abang misi kena print 

2. Isi borang tu dengan lengkap.

3. Pergi pejabat pos dan beli wang pos Rm25 untuk setahun. Maximum boleh perbaharui ialah 3 tahun.

Ha ni untuk yang tak kenal wang pos ok.

Ni contoh cara nak isi ya.
sumber Mr Google. Thanks akak yang kongsikan ni. kita pakai cara akak tau.

4. Korang ada 2 pilihan sama ada nak beli parcel pos laju yang bersaiz A4 tu atau korang boleh letak dalam envelope. Tapi make sure envelop tu selamat la dari hujan ribut dan petir.

5. Alamat yang perlu diisi adalah alamat seperti yang tertera di borang tu.
Alamat ni ya

6. Masukkan borang yang diisi,wang pos dan sijil perakauan Jururawat dan pos.

Bibik beli parcel ni sebab selamat walaupun redah hujan badai melanda. hiks
6. Tunggu dalam beberapa minggu akan sampai penyata ataupun resit pembayaran dari LJM.

Actually bibik buat unuk 2 tahun RM25 tapi pos tak ada RM50 sekeping so dia bagi RM40 dan RM10. So nanti penyata akan sampai 2 

Tau tak kita berdebar wey time sampai surat ni. Tengok cop pun dah seriau dah. 
7. Next tunggu sampai LJM hantar RON baru. So far yang bibik punya ambik masa dalam 2 bulan jugak untuk LJM pos balik yang baru kepada kita.

ok semoga bermanfaat.

Monday, 8 April 2019

Peluang pekerjaan Diploma Kejururawatan

Assalamualaikum and hai guys.

Memandangkan ramai yang berminat ingin tahu tentang Diploma Kejururawatan atau diploma in nursing ni moh ler bibik cerita sekali lagi ya .

Bagi bibik Diploma Kejururawatan ni adalah satu cabang pengajian yang sangat bagus dan sangat tepat bagi adik-adik lepasan SPM buat zaman sekarang kerana bidang kejururawatan ni adalah satu bidang yang sangat luas dan juga peluang pekerjaan yang sangat cerah. Ok

1. Anda boleh bekerja dia Klinik.
2. Anda boleh bekerja di hospital swasta.
3. Anda boleh bekerja di hospital badan berkanun.
4. Anda boleh bekerja di hospital kerajaan tapi bukan dalam masa yang terdekat jika kita bukan pelajar KKM.
5. Anda boleh mencuba nasib bekerja di luar Negara seperti Singapore, Brunei, Mekah, Saudi. Kebanyakan negara-negara ni memerlukan pengalaman jadi anda kena kerja di Malaysia dulu for a few years and then baru boleh apply.
6. Private Nurse sementara menunggu kerja tetap yang sememangnya gaji yang lumayan which is selalunya akan ambil Rm10/hour if we are official registered nurse.
7. Boleh cuba nasib untuk jadi Nurse ofshore. Oh yang ni prefer laki.
8. Boleh cuba nasib untuk bekerja sebagai nurse angkatan tentera dan sebagainya.

Sememangnya jururawat ni sangat diperlukan buat masa sekarang. Bayangkan di sesebuah Negeri ada berapa klinik, hospital swasta, hospital separa swasta kerjaaan, dan hospital kerajaan? Sangat banyak dan semua tu perlukan jururawat untuk berkhidmat. Jadi jangan ragu-ragu untuk menyambung pengajiam anda dalam bidang kejururawatan ni.

Saturday, 6 April 2019

Surat beranak hilang buat baru.

Hai assalamualaikum ..

Bibik nak share apa yang patut kita buat kalau surat beranak hilang bagi yang dah tak berapa nak muda macam bibik ni.

Benda yang Diperlukan.
1. Diri sendiri ataupun wakil

2. Satu salinan ic fotostat

3. Ic asal

4. Duit rm5 untuk cabutan dan Rm3 bagi yang beli plastik cover surat beranak. Total Rm8 saja.

5. Ketabahan dan kesabaran serta keimanan. Disamping tu boleh la bawa telefon sekali untuk hilangkan bosan dan lebih afdal Ngaji Quran hiks.

Step by step.
1. Pergi dekat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia yang berdekatan dengan rumah kalian.

2. Pergi dekat kaunter cakap nak buat surat beranak baru sebab yang lama dah hilang. Nanti dia akan bagi borang permohonan Carian/Cabutan Daftar Kelahiran.
Ok ni borang yang perlu diisi

3. Isi borang tu dengan lengkap.

4. Bila nombor dipanggil dia akan ambil borang cabutan, salinan ic fotostat dan juga ic asal . Pastu korang kena tunggu la sampai nama dipanggil sebab dia nak cari dulu. So disini amat diperlukan *benda nom 4 diatas ya macam bibik, bibik taip apa yang nak dipos di blog ni. Kikiki.

5. Tunggu sampai dia panggil untuk check betul ka butiran di ic kita. Time ni dia print out dekat kertas A4 biasa ja dulu. Check kot ada salah beserta bayaran.

6. Nanti dia akan panggil nama kita sekali lagi dan tadaa sekali dengan surat beranak yang baru. Siap dan boleh balik rumah.

Xoxo: published by bibik