Thursday 21 March 2013

Result Spm

Alhamdulilah
Itu saja ungkapan yang bisa bik ungkapkan
tanggal 21 mac 2013,debaran kian memuncak2 di awangan. Hahah 2 hari akan kluar result SPM, takut + debar. Early in the morning bik kemas2 umah dulu b4 ke sekolah. Maybe terlampau letih sempat lagi bik tertidur atas krusi kat umah. Hahhah. Orang lain duk kalut ambik result. kita duk kalut nak tidur. Nakal sungguh. otw ke sekolah with ida dgan menggunakan 2 kaki yang kami ada suddently my mum mok nik call. Terkejut + takut. Mulalah mok nik oyak sal result bik. Tapi mjur lar mok nik juz said apa yang teruk. Berapa A bik dapat disecretkan. Hahah tapi hanya 1 ungkapan mok masa tu Tahniah lar. Ok dah tu tahniah lar. itu saja yang bik dpat tangkap. Sampai saja kat kantin sekolah *zana tahniah,zana tahniah* itu ungkapan kawan2 bik . debaran kian terasa berapa bik dapat?debar2. bik duk diam jer smentara nak tunggu gliran. Umi hayati panggil bik. Ungkapan pertama Tahniah. pa semua nie??bik masih berada di awang-awangan ker??hahahha. Tiba jer gliran bik alhamdulilah walaupun cukup2 makan jer,tapi bik bersyukur dgan kurniaan Allah maybe ramai ckg2 yang xpercaya yang bik akan dpat kputusan mcm tu. Almaklumlar bik ni kan slalu ponteng klas. Terlampau aktif katakan. orang lain ada lam klas bik  duk luar klas. Hahah. walaubagaimanapun. Alhamdulilah bik ucapkan terima kasih kpada semua ckg2 yang sudi ajar bik sjak kecil lagi. Tanpa ckg2 siapalah bik nie. huhuhu. Skian terima kasih semu. Bik sayang ckg2 semua,,

Saturday 16 March 2013

4 Hari b4 hari kejadian

Adui,,semakin dekat dengan hari kejadian semakin terasa debarannya,,,,takut sngat2 nak berjumpa dan bersua muka dengan slip exam tu,,,,,,moga Allah permudahkan dan memberi kejayaan kepada bik and kawan2,,,,,,kami semua  inginkan kejayaan,,dan biarlah kmi semua berjaya dengan jayanya,,,,,
amin..

Friday 15 March 2013

Tempat Lahir unik

ohohoho. Mesti ada orang nak tahu kan pasal bibik nie????hehehehehe

Mai bibik ceritakan.
Bibik dilahirkan di Pondok Polis Telong Banchok,kelantan,(almaklumlar tak sempat-sempat nak bawak ke hospital. heheh.)
Abah kata bibik dilahirkan dalam bilik atas katil dan dimandikan dalam baldi yang abah bagi air lembu. Huh sungguh sedih hidup ini. Tu la xdan dan nak keluar tengok dunia. Cu bayang keluar dengan 4.3 kg tanpa episiotomi dan beranak normal dekat rumah? How strong my mum right. Terima kasih umi berkorban untuk anakmu ini. Muah ciket

Bibik Dilahirkan dari keluarga yang biasa-biasa saja. Abah bik kerja as a Policeman. umi Bik kerja as a teacher. Bik sngat bangga and bersyukur sebab diberikan umi n abah yang sngat penyayang. *tanpa mereka siapalah bik nie. Bik anak ke2 from 4 sibling. bik ada 1 kakak n 2 adik yang sporting morting. Hehe. alhamdulilah. bik sangat bersyukur dengan semua pemberian Allah kpda bik. Sebgai seorang anak yang baik.  bik nak sangat blas jasa umi n abah. tapi yelar. Bik nie hanya insan biasa. Hanya mampu berusa skadar yang termampu, bik tk tahu macam mana dgan kputusan spm bik nanti. Almaklumlar bik nie bukan dari glongan plajar cmerlang. bleh ker bik bhagiakan umi n abah nanti result kluar????kna tunggu dan lihat. Doakan bik agar berjaya yer. Bik sangat2 mengharap. Sekian coretan bik. maaf.

Thursday 14 March 2013

The End Of Exam (direka cipta oleh kawan bibik,Muhd Ridwan)


B

 ayu merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah. Bayu telah mengambil keputusan untuk belajar aliran sains. Bayu merupakan seorang pelajar  yang agak pandai. Di dalam kelas, Bayu tidak pernah mendapat tempat pertama atau tempat terakhir dalam peperiksaan. Pandai la jugak. Bayu mempunyai ramai kawan yang menyayanginya. Pada akhir tahun 2000, Bayu telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, yang bakal mencorakkan masa depan Bayu. Bayu bercita-cita untuk memasuki Matrik Perakaunan. Dalam jangka masa menduduki SPM, Bayu telah mengalami banyak peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Pada malam peperiksaan Bayu termenung keseorangan, esok akan berjalannya peperiksaan Bahasa Melayu, Bayu malas untuk membaca buku, teman Bayu pula sibuk mahu untuk bermasej. Isshh....Bayu tidak mengetahui macam mana masa depannya. Bayu berharap agar berjaya menjadi seorang akauntan. Amin. Bercouple. Jangan sesekali bercouple. Banyak akibatnya. Macam Bayu, Exam besok, tetapi tidak membaca  apa-apa lagi. Luna masej--->good luck 4 ur exam!! Wat molep taw ,, Bayu membalas---> Bayu mahu berterusan menghantar mesej, tetapi topup telefon Bayu telah habis. Bayu ingin membeli topup di kedai. Tetapi jam telah menunjukkan pukul 9 malam. Ibu  & Ayah Bayu telah tidur. Keadaan di dalam rumah Bayu gelap sekali.Hanya bilik Bayu  sahaja yang dibuka lampu. Tambahan pula motosikal Bayu tidak mempunyai lampu, jadi susah untuk Bayu keluar pada waktu malam. Lampu suluh terletak di dalam bilik Ayah Bayu. Bayu tidak mahu mengganggu  Ibu bapanya tidur. Bayu masih tidak membaca apa-apa lagi. Tidak berlatih terlebih dahulu untuk membuat karangan, Bayu hanya membuat karangan dalam setiap kali exam sahaja. Bagus Bayu. Tapi masa masih ada. Bayu akan mencipta 10A+. InsyaALLAH. Amin. Bayu berharap matapelajaran Matematik Tambahannya akan lulus. Selalunya Bayu mendapat gred G2 bagi matapelajaran Matematik Tambahan dalam setiap kali exam. Max & Min mengajar, Bayu tidak faham apa yang di ajar, kerana cara pengajaran yang tidak berkesan. Tetapi Max & Min seorang yang sanggup berkorban. Beliau memberikan banyak kertas soalan. Tatapi jawapan tidak bagi. Macam mana Bayu hendak faham. Selalu buat kelakar. Tetapi tentang matapelajaran math tambah tidak masuk dalam kepala Bayu. Max & Min mengajar seperti mengajar pelajar yang bijak. Ketika Max & Min menulis pada papan putih, Bayu menyalin. Bayu tidak faham apa yang telah disalinnya. Pilih kasih, selalu Nurul.., Siti.., Amira.., dan Riska. Itu sahaja yang Max & Min panggil. Nama Bayu dipanggil hanya untuk menyapu papan putih. Hahhahaha. Padam muka Bayu,,
P


ada hari pertama peperiksaan, Bayu merasakan kelegaan kerana telah habis menjawab exam kertas Bahasa Melayu. Pada pagi hari itu, Bayu bersemangat untuk menjawab exam, Bayu bangun awal-awal pagi, iaitu pada pukul 5 pagi. Bayu bertolak ke sekolah, dalam perjalanan  ke sekolah, Bayu telah berhenti di sebuah kedai makan. Bayu bersarapan di kedai tersebut, untuk mengisi perut, agar tidak lapar dalam dewan peperiksaan nanti. Sebelum masuk ke dewan, pelajar diminta berkumpul di kantin sekolah. Gurunya memberi makan kepada pelajar iaitu telur separuh masak. Bayu rasa bagai mahu muntah selepas makan telur separuh masak. Nasib baik Bayu berpakat dengan Mohd. Bayu telah makan nasi pagi tadi, sekarang makan lagi roti dengan telur separuh masak. Bayu tidak tahu bahawa gurunya akan memberi sarapan pagi. Semasa peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1, Bayu menyesal kerana tidak membaca semalam. Ternyata masuk apa yang telah dikhabarkan untuknya. Bayu tidak mencukupi masa untuk menyiapkan tugasannya. Mujurlah Bayu sempat membuat kesimpulan. Setelah habis exam ketas 1, Bayu  masuk ke perpustakaan, untuk membaca. Bayu membaca untuk kertas 2 nanti, Bayu membaca latar masyarakat,tempat. Tetapi dalam exam apa yang Bayu baca tadi, tidak masuk. Tetapi yang masuk adalah nilai dan latar masa. Nasib menyebelahi Bayu kerana beliau sempat melihat sekilas pandang sebelum Bayu masuk ke dalam dewan peperiksaan. Bayu pergi ke kantin untuk makan telur, “sedap pula” kata bayu pada kali ini. Semasa dalam dewan, Bayu berfikir bahawa dia akan sempat membuat semua yang diberikan, tetapi “disangka panas sepanjang hari tetapi hujan di tengah hari”( takkan hujan di tepi hari pula).HEHEHHEH,,Sakit kepala Bayu kerana asyik berfikir. Ada juga beberapa soalan yang bayu tidak dapat buat, (yang tatabahasa). Keesokan hari Bayu akan menduduki kertas Bahasa Inggeris. Bak kata pepatah Bimo “kenapa lah orang Inggeris menjajah negara kita?? Kalau tidak dijajah mesti tidak perlu belajar Bahasa Inggeris”.
S
elepas habis exam Bahasa Melayu pada hari itu, Norma berkata “hah Bayu”. Bayu rasa bangga Norma ingat namanya. Peristiwa yang menyebabkan Norma ingat nama Bayu bermula dengan Norma memanggil Bayu untuk masuk dalam biliknya kerana tidak memasuki Kelas Untuk Berbual (KUB) / On The Track (OTT). Bayu  malas untuk menyertainya kerana rumah Bayu jauh daripada sekolah dan jika Bayu hadir pun, bukannya untuk belajar tetapi berbual-bual. Jadi ia akan menyebabkan pembaziran masa, duit, dan minyak muto. Bayu rasa lebih baik berada di rumah menonton televisyen cerita Spangebob Squapant. Tetapi pada waktu malam, Bayu study deh. Ketika Bayu masuk ke bilik Norma, Norma pun “pot-pet pot-pet”. Kawan-kawan  Bayu sedang  mendengar tetapi Bayu buat tidak tahu sahaja. Bayu tidak mengambil tahu. “hahaha....” Bayu ketawa. Norma sedang membasuh Bayu dan Kawan-kawanya. Nasib baik Norma tidak pulas telinga Bayu. Selepas keluar daripada bilik Norma. Bayu telah terlupa apa yang telah dikatakan oleh Norma kepadanya. Bayu memberitahu “jangan beritahu Norma, kalau bagi tahu “see you in court””. “hahahah........” Bayu ketawa.,
P
 ada malamnya, Bayu bagaikan hendak gila. Mahu menangis pun ada. Tayar motosikal Bayu telah pancit. Susah sungguh untuk membuka tayar motosikalnya, tayar baru lah katakan. Bengkok besi untuk membuka tayar ayah Bayu. “hahaaha....”. Dalam masa 10 minit terbukalah tayar motosikal itu. Selepas itu, Bayu menampal kebocoran tiub motosikalnya. Tiub kini dalam keadaan baik. Setelah selesai menampung tiub, Bayu memasukkan tiub itu ke dalam tayar. Proses memasukkan itu mengambil masa 10 minit. “bukan main susah, nk mampos sere” kata Bayu. Tayar motosikal Bayu terkena paku tekan yang berkarat. Nasib baik Bayu telah check dahulu pada tayar motosikalnya. Nyamuk begitu banyak mengkerumuni badan Bayu, kenduri nyamuk kerana dapat menggigit badan Bayu. Cucuk di situ, cucuk di sini. Badan Bayu di penuhi oleh nyamuk. Sesekali Bayu menampar pada badannya, habis badannya hitam-hitam kerana tangan Bayu hitam. Selepas selesai memasukkan tayar ke dalam rims, Bayu pun masukkan angin ke dalam tayar. Cheezzzzz...... “owh gilo ar” kata Bayu. Pancit pula. Bayu sudah malas untuk membaikinya lagi, Bayu keletihan, “letih nak mapuh” kata Bayu lagi. Bayu berjalan ke bilik tidurnya dalam keadaan keletihan, untuk mencari buku Bahasa Inggeris, kerana  besok akan berjalan exam Bahasa Inggeris. Bayu berjalan bagaikan hendak pitam. Bayu penat untuk berdiri, jadi Bayu mencari bukunya dalam keadaan duduk. Nasib baik Bayu tidak merangkak ke depan televisyen. Bayu membaca di depan televisyen, baru tidak boring. Bayu membaca 5 minit, lihat televisyen 30 minit. Ibu menyuruh Bayu pergi membeli tiub motosikal di kedai.“Pergi dengan basikal?? Biarlah tidak pun” kata Bayu. Malas Bayu. Bayu sedang menonton cerita Roda-Roda Kuala Lumpur. Sambil masej dengan Luna. “heheheh..” bayu ketawa.
K
eesokan harinya, iaitu hari kedua exam. Bayu bangun awal-awal pagi pukul 5 pagi. Bayu kesejukan, jadi bayu tidur semula, tetapi Bayu tidur-tidur ayam sahaja bukan tidur mapuh kerana takut terbangun lewat pula. Bayu menumpang motosikal Ivan hari ini. Semasa on the way tiba-tiba ada serangga masuk ke dalam mata Bayu, busuk sungguh serangga itu. Pedih mata-mata Bayu, Bayu menggosok matanya agar kesakitan yang teramat hilang. Bayu menahan kesakitannya, agar nampak jentelman. Setelah sampai di sekolah, Bayu segera mendapatkan cermin motosikal. Melihat-lihat ke dalam matanya, Bayu hanya nampak matanya bulat gete. Serangga tersebut bermain sorok-sorok dalam mata Bayu. Bayu tidak menjumpai serangga tersebut, Bayu membiarkannya, Bayu menggosok-gosok matanya. Selepas itu, Bayu memakan telur rebus, “semalam telur masak separuh, tetapi pada hari ini, telur masak semua. Kitar semula yang tidak habis semalam kot” kata Bayu dalam hatinya. “ah caro g” kata bayu lagi. Selepas sarapan, Bayu masuk ke dalam dewan untuk menjawab exam Bahasa Inggeris.Ketika Bayu asyik membuat essay, Reza telah memanggil Bayu, untuk bertanya kepada Bayu, dan Bayu berpaling kepada Reza dan memberitahu bahawa Bayu juga tidak mengetahuinya. Bayu pun berpaling semula ke hadapan, ketua pengawas menunding jari kepada Bayu, Bayu pucat sekejap, Bayu buat tak tahu sahaja,buat-buat macam tidak nampak. Selepas waktu rehat, Bayu masuk semula ke dalam dewan. Bayu melihat novel apa yang masuk, Bayu baca yang lain, tetapi yang lain masuk. Bayu membuat novel dengan apa yang di ketahuinya. Bayu berharap apa yang dibuatnya akan mendapat markah. Semasa waktu pulang, Bayu pulang dengan Bimo. Baik sungguh, boleh dibuat tok laki kepada sesiapa yang berkenan. Ivan entah pergi kemana.Esok  Bayu akan menduduki exam Matematik. Bayu berharap dapat membuatnya. Bayu study petang tadi. Ivan telah mencari Bayu tadi. Kenapa tidaknya, Ivan pergi jalan tidak tentu arah, takkan Bayu mahu ikut ke mana sahaja Ivan pergi. Semasa Bayu sampai di rumah, terdapat masej dalam telefon Bayu, masej daripada Ivan, “kau kat mana Bayu??”. Bayu menjawab “kat rumah, tumpang Bimo”. “hahaha....” Bayu ketawa.
S
etiap malam rakan-rakan Bayu  membuat kelas malam, belajar secara berkumpulan. Belajar sebentar, berbual lama. Bayu menumpang Bimo untuk pergi ke sekolah pada waktu malam. Motosikal Bayu tidak mempunyai lampu. Pada suatu malam, Bimo menghantar Bayu ke rumah, ketika itu jam menunjukkan pukul 11pm. Jalan ke rumah Bayu gelap, tiada rumah orang, hutang kiri dan kanan jalan. Bimo pun melaluinya, dalam pada itu, Bimo ternampak satu lembaga putih di tepi jalan. Putih sekejap muka Bimo, Bimo naik motosikal dengan lajunya. Akibat daripada peristiwa yang menghayat hati itu, Bayu tidak lagi diambil oleh Bimo untuk ke sekolah pada waktu malam. Bimo takut dengan lembaga yang akan menunggunya selepas menghantar Bayu. Pada suatu malam, Bimo menyuruh kawan-kawan Bayu menggambil Bayu dengan sebuah kenderaan. Ramai kawan-kawan Bimo datang ke rumah Bimo. Bimo pun ceritalah pasal hantu yang menghantuinya itu kepada kawan-kawan Bayu. Semua kawan-kawan Bayu ketawakan Bimo. Selepas tiba di sekolah, lampu kelas Bimo telah padam, gelap gelita. Tidak lama kemudian, lampu hidup semula, semua orang lihat kepada Bimo, bulat mata-mata Bimo. Bimo takut. “hahaha...” kawan-kawan Bayu ketawa.
B
ayu telah demam selama 5 hari, demam memang tidak menyeronokkan kata Bayu. Selsema, demam, sakit kepala, mengakibatkan Bayu tidak dapat bangun. Sehingga selepas 1 minggu cuti pun tidak sembuh lagi Bayu, macam mana nk menjawab exam??. Semasa hari pertama Bayu demam Bayu tersangat lapar, kosong terus perut Bayu, Bayu mahu makan nasi, tetapi tiada selera. Bayu menyeruh Ibunya untuk membeli air 100 plus. Mujurlah Ibu Bayu membeli buah rambutan 1 kilo, sekali Bayu hadap sahaja, sudah habis. Bayu hanya tinggalkan 5 biji untuk Ibu bapanya. Bayu rasa lega sedikit kerana makan rambutan, kurang sikit lapar.
Bayu memakan ubat panadol 2 biji dan ubat selsema 2 biji tetapi tiada apa-apa tindak balas yang berlaku, Bayu  pun tertidur dibuai mimpi yang indah. Bayu tidak hadir ke kelas tambahan selam 3 hari berturut-turut, Bayu berdiri macam orang mabuk, kerana pening kepala. Tambahan pula telingga Bayu menjadi pekak, tidak diketahui mengapa. Bayu mengeluh “lamanya mahu abis exam, tidak sabar hendak merdeka..”. setiap malam Bayu tidur bersama kucingnye, jantan di kanan, betina di kiri dan anak di kaki boleh menghilangkan kesejukan pada waktu pagi.
P
ada waktu malam, Bayu tidur pukul 2:30am, untuk study, Bayu telah mengunci jam pada pukul 5:00am. Tetapi Bayu telah bangun pada pukul 7:30am, exam start pukul 8:00am. Mujur lah Ibu Bayu membangunkan Bayu, kalau tidak, mesti Bayu bangun pada pukul 12:00pm, tidak pergi exam lah Bayu pada hari ini. Bayu akan menduduki exam kertas Pendidikan Islam pada hari ini. Ibu Bayu pula satu, bangunkan Bayu lewat, padahal Bayu telah memberitahunya bahawa Bayu exam pada hari ini. Bergegas Bayu Bangun. Bayu mandi 5 minit, melabur 5 minit, siap-siap 5 minit. Bayu bertolak pada pukul 7:50am. Cepat-cepat Bayu memakai stokingnya, pakai kasut, tetapi Bayu membuang semula kerana terdapat seekor katak di dalamnya. Bayu bertolak kesekolah dengan menaiki motosikalnya. Semasa dalam perjalanan Bayu berhenti sekejap di kedai untuk mengisi minyak ke dalam tangki minyak agar motosikalnya tidak kehabisan minyak. Bayu pun meneruskan perjalanannya untuk ke sekolah, dalam perjalanan, ada sebuah kereta dengan kelajuan 10km/j. Bayu semakin naik gila, sudah la bangun lewat untuk ke sekolah ada pulak kereta yang bergerak macam berjalan kaki, Bayu merasakan bahawa berjalan kaki lebih cepat daripada kereta tersebut, sudahlah jalan sempit, tidak dapat Bayu memotong kereta tersebut, sambil itu Bayu menjeling ke arah jam agar Bayu tidak terlambat untuk memasuki dewan peperiksaan. Bayu melajukan motosikanya sehingga habis had kelajuan, Bayu memotong 3 buah kereta yang bergerak serupa dengan kura-kura, mujurlah Bayu sempat untuk tiba di sekolah. Pelajar lain sedang memasuki dewan, Bayu pun masuk dewan.Setelah ke luar daripada dewan, kawan-kawan Bayu menanyakan Bayu kenapa lewat, Bayu pun ceritalah kepada kawan-kawannya. Bayu berfikir seorang diri “sayang jugak kawan-kawannya terhadap dirinya.” Keesokan hari Bayu akan menduduki exam Add Math. Bayu berharap akan dapat membuat sebaik yang mungkin.
B
ayu sedang menonton cerita Indonesia. Bayu bertanya kepada dirinya “kenapa setiap cerita, mesti mempunyai watak yang jahat?”. Jika tiada watak yang jahat mesti aman hidup orang yang baik dalam cerita itu. Bayu sakit jiwa menonton cerita itu. Watak jahatnya sememangnya jahat, materialiti, kerjanya hanya untuk menyusah, mengganggu hidup orang lain sahaja. Penulis berfikir “dalam cerita saya ini hendak letak watak jahat ke? Siapa agaknya??”.
Max & Min telah mengenakan Bayu. Kawan-kawan Bayu memberitahu bahawa kelas tambahan pada pukul 9:00pm. Tetapi Max & Min telah memberitahu bahawa kelas tambahan pada pukul 8:30pm. Bayu tidak tahu yang nombor telofon itu ialah nombor Max & Min. Bayu pun bertanya mengapa pukul 8:30pm, dan orang lain memberitahu bahawa kelas pada pukul 9:00pm. Max & Min memberitahu, “datang pukul 8:30pm, start 9:00pm, jangan separuh masa kedua baru on the way. Bayu sering sering datang lewat pada kelasnya, sebab itulah Max & Min berkata sedemikian 
P
ada hari ini, Bayu akan menduduki exam Matematik Tambahan. Semasa di dalam dewan peperiksaan paper 1, Bayu menjawab soalan sekadar yang boleh sahaja. Bayu meniru juga orang lain sedikit. Semasa ketua pengawas mendapat panggilan, beliau keluar, habis kawan-kawan Bayu membuat bising, pusing kiri, pusing kanan, hendak meniru. Bayu melihat jawapan orang lain, selepas itu, ketua pengawas masuk ke dalam dewan, semua orang senyap ketok.
**Kertas 2, Bayu tidak meniru kawan-kawan, Bayu sering termenung, sampai-sampai kawan-kawannya perasan. Haikal ketawa melihat Bayu asyik termenung. Bayu sering melihat ke arah Amera, jiran sebelah Bayu.

B
anyak perkara yang telah berlaku di sepanjang menduduki exam. Bermacam-macam. Tetapi apa yang Bayu paling pelik ialah dengan pelajar perempuan sekelas dengan Bayu, salah faham!. Pelajar lelaki tidak mengetahui apa yang masuk dalam kertas fizik, hanya terlintas sahaja untuk melihat tajuk tersebut. Pelajar lelaki bertanya kepada pelajar perempuan, apa maksud, selepas masuk ke dalam dewan, ternyata masuk apa yang ditanyakan tadi, selepas keluar dari dewan,pelajar perempuan cakap pelajar lelaki mendapat soalan bocor. Padahalnya pelajar lelaki sekelas dengan Bayu hanya hendak mengetahui maksud, kerana takut-takut masuk apa maksudnya. Pelajar perempuan salah faham. Bayu pelik dengan budak perempuan sekelasnya. Selepas Ivan pulang ke rumah, ibu bapa Nadia bertanya kenapa tidak memberi soalan bocor kepada Nadia. Bersoal jawab lah Ivan dengan ibu bapa Nadia. Orang perempuan memang begitu, bertindak melulu tanpa usul periksa. Bayu pun tidak mengerti dengan pelajar perempuan. Selepas hari tersebut, semasa Bayu menduduki peperiksaan kimia, Hisyam telah memberi jawapan kepada Nana untuk kertas kimia 1 & 2, tetapi dalam kertas 3, Hisyam bertanya kepada Nana, langsung Nana tidak berkongsi. Kata Hisyam lagi, Riska mendapat soalan bocor untuk kertas 3. Riska tidak mahu untuk berbahagi dengan pelajar lelaki di sebabkan oleh peristiwa semasa exam fizik. Bayu baru mengetahui perangai yang sebenarnya orang yang bijak. Walaupun kita berada di atas, ingatlah orang di bawah kita, Bayu berharap perpaduan antara ahli kelasnya tetap untuh, jangan di sebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.Pada pagi tadi Pn Norma mengenakan Bayu.Pn Norma berkata, “hah Bayu, hari ini exam kimia, jawab dengan kimia. Bayu hanya mampu senyum tanpa berkata-kata.
Bayu berkata-kata kepada dirinya, “janganlah kita sombong dengan kepandaian kita, kerana Allah akan menarik kembali nikmat tersebut perlahan-lahah tanpa di sedari oleh manusia.”
M

engapa syaitan/iblis jahat? Merasuk, menganggu, berada dalam tubuh manusia. Semestinya Allah swt mempunyai sebab mengapa menjadikan syaitan ini. Bayangkan bagaimana dunia ini jika tiadanya syaitan. Syaitanlah yang menyebabkan manusia lalai dengan segala isi di dunia, padahal akhiratlah hala tuju manusia sebenarnya, iaitu kehidupan yang kekal abadi. Semakin hari, semakin ramai perempuan yang melakukan maksiat, seks bebas, dan sebagainya, tanpa rasa takut terhadap Allah swt, maklumlah dunia sudah di akhir zaman.. Membuat hubungan terlarang, mengandung anak luar nikah, tambahan pula membunuh bayi yang tidak berdosa. Nauzubillahi min zalik. Pada zaman ini terdapat banyak rumah-rumah kebajikan untuk perempuan yang mengandung di luar nikah. Setelah melakukan barulah hendak bertaubat, sebelum melakukannya tidak mengenal dosa pahala, hanya mengetahui untuk memuaskan nafsu sahaja. Mengapakah orang perempuan suka memakai seluar ketat? Apa sebabnya? Banyak sebab. Antaranya, menarik nafdu orang lelaki, menarik perhaian orang lelaki, biar nampak seksi,  best ke pakai seluar ketat? Baju ketat?. Apa yang bestnyer? Biar nampak dua bukit? Biar nampak dua tiang? Pakai tudung. Baik tidak payah pakai tudung. Sama jah. Tutup yang atas tapi di bawah hampeh. Tutup di bawah tapi di atas hmm.

P
ada hari terakhir exam, exam prinsip perakaunan, ternyata bahawa, tajuk yang telah Sir berikan kepada Bayu semuanya masuk. Rugilah kepada sesiapa yang tidak mengulangkaji apa yang telah Sir beritahu. Berdebar jantung Bayu kerana Sir ulang alik melintasi dewan. Bayu  merasakan terganggu. Bayu membuat tugasanya dengan cepat agar masa yang di berikan mencukupi. Bayu merasakan kasihan terhadap Bimo, kerana Bimo tidak membuat apa-apa pun lagi.
 Jadi Bayu meletakkan kertas jawapannya di sebelah agar Bimo dapat menirunya. Semasa di dalam dewan, Bayu sering memikirkan “bila la hendak merdeka”.Selepas keluar daripada dewan exam, Bayu menuju ke arah beg galasnya untuk menyinpan kelengkapan alat tulisnya, tiba-tiba hadir seekor serangga menyerang Bimo dengan menggunakan tepung. Habis beg galas dan seluar Bayu putih kerana terkena serangan sejenis serangga yang tidak disukai oleh manusia ini. Muka Bayu tidak dapat di gambarkan kerana Bayu tidak dapat melihat mukanya. Bayu berlari ke arah Riska untuk mendapatkan sejenis debu untuk menyerang balas serangga yang telah menyerang Bayu tadi. Padam muka serangga itu kerana telah mendapat serangan balas daripada Bayu. Setelah mendapatkan motosikal, Bayu bergerak ke arah kawan-kawannya, sekali lagi Bayu telah diserang oleh serangga tadi, sekali lagi Bayu membalasnya. Habis pada kenderaan Krisna kerana terkena tepung.

TAMAT SUDAH EXAM!!!!!!!!!!SEKARANG BAYU TELAH BEBAS,BEBAS,BEBAS.. 

(Bibik Juzz Copy n Paste jer,,Bibik tak pandai nak berkarya nie,,,buat tatapan rakan2 semua,,,)
Coretan ini bukan untuk mengata atau menghina,ini adalah untuk tatapan kita semua di hari muka ,, Mungkin coretan ini akan menjadi kenangan buat kita semua,,

Perwira

Bibik memang tak dapat nak mengawal perasaan bibik tatkala melihat berita tentang apa yang berlaku di Lahad Datu lebih2 lagi bila ada pejuang2 negara kita yang terkorban di medan perang. Kadang2 air mata bibik automatik akan menitis tanpa disedari. macam mana ye keadaan dekat sana???bibik kadang2 terfikir untuk kesana. untuk melihat bagaimana keadaan disana. Semenjak berlakunya peristiwa nie. Bibik lebih cenderung untuk mendengar lagu2 tentang perjuangan .bibik sanggup download lagu2 yang berkisarkan perjuangan. lagu yang paling bibik minat ialah lagu PERWIRA (sambil menitis air mata bibik time nyanyi lagu nie,,,,)


Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku
 Sama2 lah kita berdoa agar semuanya selamat dan semua ini akan berakhir. Bibik juga berharap agar Roh2 pejuang kita yang gugur di tanah Sabah akan dicucuri Rahmat. Amin. 

Wednesday 13 March 2013

Jom belajar bahasa Kelate

Ambo ---> Saya
Make ---> makan
Tok sey ----> tidak mahu
Tok pehe ---> Tidak faham (pah ko sayo tok pehe)
Suko --->  minat
Berehi ---> sangat minat
Nok ---> Nak??????????hahahah
woh nyor ---> kelapa
Make ---> makan
Sie ---> kesian / sie ikan(mean in bahasa bangku???? i dont know)