Tuesday 12 May 2015

Susulan kematian adik Akram,(pelajar teknik bachok)

Assalamualaikum (+.+)
Dalam pukul 5 Tadi tengah2 duk suka suka dengan rakan sekerja,,Duk makan2.. Terpandang la adik bibik hak laki atau lebih senang disapa 'Abe' ..actually he is very good boy,good young bro thats I have in this world,,(Puji adik sebab itu hakikatnya),, Abe meme sadoo..tapi hati sangat lembut,, Cerita time dia mai tadi.. Abe singgah kedai,Dia bukak peti then ambik air tin 100 plus dengan muka MaShaallah,,Hanya Allah yang tahu.. bibik tak pernah tengok muka abe gitu althought he tired, Dia bayar pun xsenyum,, Bibik tanya ' bakpo abe'?? actually I can feel something.. Dalam kepala bibik xsoh duk cerita!! macam2 pikir,abe ni begaduh di sekolah ker? Tapi xmungkin!!mana pandai nak begaduh abe ni.. Allah Allah.. boleh pulak lepas dia bayar bibik tanya 'Abe bakpo? Ada masalah ko' DIa boleh ambik air pegi then dia kata 'Male nati angoh tengok berita' What the fish?? 'Asal pulak abe ni,Takke la ada buat masalah kat sekolah sampai masuk berita,Entah2 abe ada kes lain?kena buang sekolah ke?'  Allah Allah ( Bibik bermonolog),, Abe pegi dekat motor then masuk kekedai balik sambil bawak air tin barli,(Actually air tu bibik acah je suruh dia beli,Tapi as I said at the first..He is a good boy( Thats y bibik sayang adik beradik bibik.) BIbik tak putus asa,Terus desak tanya kenapa badmood,,Then dia mula bukak cerita,,
'Ada kes bunuh disekolah abe'
(Allah,bagai nak luruh jantung bibik)
'Dia duk disebelah abe jah dale kelas,Dah la hari ni birthday dia,Kejadian tu terjadi 12 malam'
( Bibik boleh lihat dari mata dia ada butir2 jernih yang sedang bertakung,Tapi disebabkan depan orang,butir2 jernih tu dibirkan saja selagi mampu ditahan,,Tapi merah mata abe dapat dilihat dan abe xboleh tipu yang dia sedang sedih,,Sedih kerana kehilangan,walaupun baru 3 bulan belajar bersama tapi bibik tahu perasaan kehilangan teman rapat,Sebelah meja pulak tu,,)
'Nanti angoh tengok la berita male ni,,Tadi ada polis gi,forensik semua gi,'
'Tadi sain2 abe gi dengan bas,,abe nak gi tapi tak muat,,Tanya cikgu2 pun cikgu tak boleh tolong sebab semua penuh'
( Allah,allah,,Menitis air mata bibik,,)

Sempat abe cerita,dia kata arwah meninggal sebab kena tendang di tengkuk,,Allah,Kawan2 bagi Cpr tapi xberhasil,,Allah,,innalillahiwainnailaihirojiun,,Tak dapat bibik bayang betapa seksanya arwah time tu.. In sha allah dik,,Didunia dikau merana,,Dia akhirat ada pembela,Akak doakan syurga buatmu dik..

Abe cerita,arwah sangat baik orangnya,pendiam

                     Nukilan ini Buatmu
            Dik Mohd Nor Akram Zime,,

Andai ini takdirmu,
Andai ini suratanmu,
Andai ini pengakhiran hidupmu didunia yang fana ini,
Andai ini yang terbaik untukmu,
Pergilah dik,, pergilah dengan tenang,semoga Kau bersemadi dengan tenang dikalangan orang yang beriman.. Akak doakan Syurga buatmu dik,,

Dikau pergi dalam sekelip mata,
Tapi budi,jasa,amalanmu takkan pernah dilupakan,
Moga diberi ketabahan,kekuatan untuk ahli keluarga,saudara mara,teman seperjuangan..
Tenanglah dikau dik..
Al- Fatihah,,

( Wallahualam,,segala kekurangan datang dari diri bibik,,Maaf andai entry ini menyinggung mana2 pihak,,Sekadar perkongsian dari cerita adik bibik selaku kawan sekelas)
#susulan kematian Adik Mohd Nor Akram,, Pelajar Teknik Vokasional Bachok#
xoxo publish

Sunday 10 May 2015

Klasifikasi CINTA dimata bibik

Assalamualaikum kawan3,,
Ramainya kawan kita.. suka45!!hakhak..
Takzabar zabar ye nak tahu klasifikasi CINTA dimata hati kaki tangan bibik..kikiki.. Jom mulaa!! Game nitau.. saper menang dia dapat hadiah..hahaha

1~Cinta kepada kedua orang tua (umi.abah.mak.ayah.papa.mama.mamy.dady.dudu.dada) merapu lebih bibik!!

2~Cinta kepada beradik beradik,beradak beradak 'ada ke beradak tu??'
dik perempuan,dak laki.. yeayyy.. terkena lagi..

3~Cinta kepada saudara mara,saudari mari.. hakhakhak

4~Cinta kepada guru,,of course cinta kepada si pemberi ilmu,tunjuk ajar,segala macam la..

5~Cinta kepada someone yang kita tahu kita takkan dapat bersama dia sampai bila2.Tapi kita cinta separuh mati(melebih la kalau sampai mati!!) Takde la gitu,,Tapi cinta itu hadir dalam diri kita dan juga dia..Walaupun kita tahu cinta tu takkan bawa kita ke jenjang pelamin mahupun ke atas star cruise(berangan nak g honeymoon bersama..hahahahahah).. Faham kan.. ibarat PELAMIN ANGANKU MUSNAH BERKECAI RETAK BEJUTA..(over la bibik ni).Benda ni terjadi sebenarnya atas banyak sebab,,
 ¡) Tentangan family yang sangat dasyat..Kebanyakan kes gini terjadi kerana status,pangkat,n etc,,macam cerita 'Ombak Rindu'..erkk??? boleh bayang tak?? Yang part akhir tular..mak abe aaron xleh terima akak Maya..haaa!!jelas??ok.deal.. (+.+)
 ¡¡) Family yang pandai2 jodohkan anak diorang dengan orang lain..Padahal anak sediri dah ada cinta hati pengerang jantung!!Memang bagus sebab family nak yang terbaik.. Tapi cuba pikir (+.+) Bahagiakah seseorang tu kalau dalam hati xder sikit pun(walaupun sebesar zarah) perasaan cinta ?? Bahkan walaupun dah kawen tetap duk ingat kekasih lama..kekasih hati..wallahualam.. dasyat cinta ni..
 ¡¡¡) Cinta kepada suami atau isteri orang.. hahahah.. (cinta ni ibarat bagai menanti buah hak tak akan gugur la,bagai menggapai bintang bulan dilangit ) benda tak lojik dan takkan dapat laa..
cinta ni sebenarnya xpatut dan ....( mati ayat dah weyyy)..hahahah.. Nanti pikir sama la..Tapi xdapat dinafikan banyak jugak berlaku benda gini..Sebabnya banyak.. 1 bibik bui.. Bila suami isteri ada prob mula la diorang nak cari someone yg boleh dikongsi cerita,bagi opinion n soon..mula2 kongsi cerita..lama2 kongsi cintaaaa...muahahah.. romantik dan indahnya hidupppp!!!!!!

6~ Perasaan cinta kepada seseorang yang kita tahu pengakhiran cinta tu di jenjang pelamin.Thats means cinta Serius!!(ada gurau sikit2), Cinta gini selalunya perlukan kematangan,persediaan mental dan fizikal yang utuh macam menara KL gitu!! (PELAMIN ANGANKU JADIK KENYATAAN) Sukanya..Mesti korang sedang berangan ni!!! Tepuk2 pipi sikit,takut jugak kot2 dah duk di alam sediri..hahahah.

Saturday 9 May 2015

Apa itu cinta??

Assalamualaikum (+.+) pagi pete siang mlam..hikhik
Boleh nampak tak bibik bahagia? Tipu la kalau nampak..sebenarnya bibik merana.... hakhak
Riniy tetiba mood nak becakap pasal CINTA!!Apa itu cinta?? Adakah sejenis makanan??ataupun alat mekap perempuan?? Haa!!Bibik tau.. sejenis pistol air piong piong piong..hakhakhak.. (dulu selalu jugak main..best tak terkata laa!!) huihui..ok2.. pandai la bibik nak kelentong u olls kan..Bagi pandangan hati,mata perasaan bibik la,CINTA ni adalah sejenis perasaan (Bibik!!tak habis2 nak kelentong,,ingat Cinta tu macam susu dutch lady ker??boleh diminum?) serius !!
CINTA adalah sejenis perasaan yang hadir tanpa kita pinta,tanpa disapa,tanpa diajak mahupun dipaksa.. so?? Dia hadir sediri cik kak cik abe.. aiyaaa.. manyak susah mau cakap jugak.. huhu.. Faham tak apa bibik nak cakap ni?? ok kita sambung la ye.. Cinta ni ibarat korang makan onde2,(+.+) boleh pikir tak apa yang cuba bibik nak sampaikan? Kita nampak luaran ok..tapi kat dalam tu..sebenarnya ada something yang kita susah nak describe..(bestnya onde2).. hahahah.. Macam tular perasaan bila orang jatuh cinta ni.. Luar memang cool..Tapi dalam hati??diri sendiri jelar yang tanggung..Nasib baik kalau cinta tu dibalas.. nasib malang terjun parit la jawabnya.. tapi make sure parit tu hanya sedalam buku lali jetau..dan xder air.. kalau tak nanye la jadik kes bunuh diri.. hahahah.xker dosa besar.. mintak jauh..Bagi Bibik pulak,cinta ni sebenarnya boleh diklasifikasikan dalam banyak group tau.. jap nak kira(1,2,3,...) infinity la u olls.tak ckup kaki tangan dah kira..Tapi tu pandangan bibik la.. Tapi ingat!!Walaupun kita dah.klasifikasikan cinta tu in group,xmustahil ianya akan bertukar dari group yang biasa ke group yang lain.. Hati manusia kan ni boleh berubah..tak.semestinya statik.. dari benci boleh jadi.sayang la akak abe..hahaha.. ok2.. korang mesti nak tau klasifikasi cinta tu kan?? xzabar xzabar u olss nampaknya..
to be continue laa.. Nanti bibik update lain pasal tu..
xoxo published!!
sory bibik bukan penulis yang baik..

Friday 8 May 2015

syukur

Assalamualaikum guysss... eh eh..
Sawan menuh laa.. hikhik..Nampak sangat bibik blog ni dah lama xdiconteng..tah tah ada penghuni lain..a a a.. larikkkkkkkkk!!!!! ari ni entah kenapa terasa pulak nak conteng blog.bukan apa..macam bibik kata tadi la..takut adaaaaa... xsey sebut laa.. okk..entry kali ni bibik nak cerita sikit la.. actually pejam celik pejam celik dah setahun sebenarnya bibik menganggur aka menanam anggur di bumi kelantan tapi hasilnya xdapat.. huahua..ok ok serius ok!!main2 lagi..Ada la yang asyik duk tanya2 bibik asal xfurther study? eh eh.. kalau la upu tu ambik bibik dah lama bibik pegi tau.. sentap la jugak sikit2. Tapi sikit jelar.. xbanyak macam gst!!(+.+) muahahah...Bibik pun tak habis pikir jugak asal la bibik jadik gini..kadang2 bibik buat jugak andaian sendiri macam andaian hak ceteris paribus tu buat.. hahah.. Mungkin dulu2 bibik xpernah nak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan Allah.. Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah..eh eh. lari picing pulak.. huhu.. Tapi hakikatnya bila bibik renung ke luar jendela (sebenarnya duk baring atas katil jepun) itulah yang terjadi.. Maha suci Allah.. Betapa bermakna,berguna,segala macam BER kita akan dapat kalau kita BERSYUKUR adik akak abang semua tau.. So.. BIbik xsambung belajar la ni??
'Soalan ke tu'??? hahhahha
Sambung jugak belajar macam mana nak jadi suri rumah... muahhah.. ok ok smbung bab bersyukur tadi tau.. Bibik.masa sekolah memang tak dapat dinafikan selalu bahagia.. dapat anugerah tu..anugerah ni.  tapi bibik xpernah nak bersyukur mungkin disebabkan tu Allah nak uji bibik sekarang.. Tapi dont wory bibik!!I know u can do it!! u are strong n beautiful girl.. mekacihhhhh..muah muah..hahah.. Alhamdulillah sepanjang bibik kerja penanam anggur yang tak berapa nak berjaya sangat tapi selalu bahagia ni Allah sentiasa hadirkan insan2 mulia yang selalu support bibik luar dan dalam.. mental mahupun fizikal..cehh...(feeling mace retisss popular yang pernah menang betanding 10 kali wooo) hahhahahh.. Abah,umi,beradik2 bibik alwez support bibik.. selalu bagi semangat tapi kadang2 kata2 mereka buat bibik down sikit2.. Hati lembut meme la.. orang bagi semangat kita rasa macam kena perli..'bedebussssss'.. Tak kurang jugak cikgu2 sekolah samada menengah mahupun rendah..'sepatutnya rendah dulu baru menengah'.. xper la..ada orang kesah!!sama je pun.. hahhah.. Mereka mungkin selalu mendoakan bibik,menceriakan bibik,membahagiakan bibik.kala bibik sedih,kecingwa,merangna,dan segala  macam perasaan tular..uhuk uhuk..Terharu la sikit2 ..(Tapi dalam hati banyak).. Jadikan Allah nom 1 dan Syukur diatas segala nikmat yang dimiliki sebagai  amalan.. In sha allah.. Anda semua akan berjaya dunia akhirat..bahagia sentiasa dan selalu berada dlam rahmatNya sentiasa..
 Syukur,syukur,syukur Ya Allah,,
sincerely Bibik Moden
xoxo published
sory for mistake,,