Thursday 7 March 2019

Kolej Matrikulasi Perakaunan

Assalamualaikum and hai guys.

Tahniah kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi (perakaunan) .

Ok entry ni adalah untuk adik-adik bakal akauntan dan seangkatan dengannya. Tapi untuk tak tak ada kaitan tapi masih nak baca pun dialukan tak marah pun. Hee.

Basically bagi kos perakaunan pengajiannya adalah selama setahun saja bersamaan dengan 2 sem. Serius setahun tak lama dik kejap ja bahkan korang akan rasa tak puas belajar. Kalau bibik masa belajar KMJ dulu belajar 5 hari seminggu start 8 pagi hingga 5 petang. Pukul 1-2 adalah waktu rehat solat dan sebagainya. Tapi waktu itu akan berubah mengikut keperluan dan kadang-kadang hari minggu pun ada kelas yang sepatutnya hari minggu adalah hari outing. Oh ya peraturan KMJ dulu sangat straight dimana hanya hari minggu dibenarkan keluar outing ya. Kalau hari-hari biasa bertapa dalam kolej belajar dan belajar.

Selama setahun belajar korang akan belajar 4 matapelajaran utama iaitu Perakaunan, perniagaan, ekonomi dan juga Matematik. Meh bibik cerita satu-satu ya:

Perakaunan
Matapelajaran ni of course senang kalau korang score masa SPM sebab benda sama ja. Cuma adalah yang di upgrade sedikit sebanyak. Basic macam kunci kira-kira, penyata, imbangan duga tu korang akan belajar. Tapi dik akak dulu matrik Johor (KMJ) first day kelas dah ada exam gelabah terok dik. Tapi dia punya exam simple just nak tahu setakat mana kita ingat balik yang kita belajar masa SPM dulu. Bibik syorkan baca la sedikit sebanyak sebelum masuk belajar w.is tahu apa itu aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan sebagainya. Boleh tengok dekat entry sebelum ni akaun wajib ingat
So far perakaunan senang dan bibik percaya adik-adik boleh score nanti.

Perniagaan
Perniagaan ni bagi bibik subjek yang senang sebab konsepnya adalah menghafal. Kalau korang faham konsep dan berbekalkan sedikit ilmu masa jawab KBAT SPM dulu korang boleh score. Kalau masa bibik belajar dulu pensyarah galakkan kita buat presentation tanpa melihat buku atau nota semasa pembentangan. Cuma berbekalkan peta minda kita huraikan sendiri dan hafal apa yang tertulis dalam buku. Percayalah bahawa kaedah ini adalah kaedah sangat berkesan walaupun pernah dimaki dan kena denda sebab tak hafal apa yang nak present.

Matematik
Matematik di matrik adalah sama dengan matematik tambahan yang kita belajar masa nak ambik SPM dulu. So far bagi bibik matematik di matrik lebih senang berbanding matematik tambahan masa sekolah dulu walaupun masa SPM tak score pun sebab apa? Sebab masa sekolah dulu korang dah pernah belajar dan key untuk pandai math adalah ulang dan ulang buat latihan. So bila masa SPM dulu korang dah belajar dan struggle untuk SPM akan memudahkan korang untuk score masa matrik. So the key adalah 'practice make perfect'

Ekonomi
Ekonomi adalah subjek yang memerlukan kita belajar pasal ekonomi negara. Lebih kepada pembacaan, penghafalan dan ada juga pengiraan. Bibik paling pening bab keluk-keluk la sebab masa sekolah dulu tak ambik ekonomi. Tapi tak apa tu bukan penghalang untuk kita tak score masa matrik ok. Ekonomi perlukan latihan dan juga pembacaan yang konsisten la bagi bibik sebab ekonomi sem 1 dan sem 2 adalah berkaitan.

Takkan 4 matapelajaran tu ja? Ada lagi jangan risau. Tu adalah matapelajaran utama yang korang akan dan wajib belajar. Untuk tambahan adalah Agama Islam (Kebanyakannya belajar sama macam SPM dan ada juga hafalan ayat suci al-quran), Dinamika (paling best sebab matapelajaran ni lebih kepada mengajar kita untuk handle majlis dan sebagainya), ko-kurikulum (kalau KMJ kolej akan bahagikan ko mengikut kelas. Bibik dulu dapat boria jadi berboria la untuk satu sem), moral (khas untuk pelajar yang bukan beragama islam).

Jadi buat adik-adik bakal pelajar kolej matrikulasi good luck in your future dik. Korang belajar setahun ja serius tak lama. Masa yang singkat dan korang kena korbankan segalanya.

Ok bye xoxo published by bibikmoden

2 comments:

Anonymous said...

hai akak bibik. saya tahun ni ambik spm (sepatutnya 2021). nak tanya
1)lepas dapat result spm kena terus apply matriks ke ?
2) kalau pure science stream yg tk pernah belajar akaun ni boleh go ke

Anonymous said...

1)apply sebelum 15 April 2022
2)boleh,yg penting minat awak