Tuesday 19 February 2019

Zikir harian

Assalamualaikum and hai guys. 

Pernah tak korang rasa Allah tak bagi apa yang korang nak? 
Pernah tak korang rasa macam serabut sangat-sangat. 
Pernah tak korang rasa sedih sangat-sangat? 
Pernah tak korang rasa korang tidak dihargai oleh orang sekeliling? 
Pernah tak korang check amal ibadat korang? 
Pernah tak korang cuba untuk perbaiki diri korang ke arah lebih baik? 
Pernah tak korang? 

So here i share basic zikir yang korang boleh amalkan. Sambil jemur kain kat ampaian pun boleh amalkan zikir ni tau. Di mana-mana saja . Try this in sha Allah, Allah akan bersama kita. Hugs. 







Bibik ambik ni dekat fb. Thanks yang sharekan. Sangat berguna. Much love.

Xoxo:bybibik

Monday 11 February 2019

Kopitiam Kita RotiTitab EST 2010

Hai guys.
Entry kali ni rasa nak kongsi pasal makanan la pulak. Ok kalau U olss datang ke Kelantan u olss wajib try makanan dekat Kopitiam Kita RotiTitab EST 2010
Apa yang menarik disini of course la roti titab telur gedik dik dia. Rasa super duper best.
Kalau korang pergi pagi-pagi memang banyak makanan yang boleh try. Aneka nasi berlauk, kuih muih dan banyak la.

Ni bibik just share menu yang memang dari kedai ni dan menu wajib kalau mai sini ok. 

Ni nama dia Roti Titab telur gedik dik dik.
Bagi yang tak suka telur gedik tu boleh ja request yang kosong.
Ni pulak roti telur.
Tau tak roti ni super duper besar kenyang even makan satu.
Wajib pekena dengan air teh tarik kaw kaw ni.
Gambar ihsan dari fon kawan . Acewahh..
So guys  cuba jangan tak cuba!!!!!!!!!!


Mohon penghidap diabetes jangan duk pi minum teh tarik kaw kaw dia kot satgi ada yang hyper. Hee

Bye







Sunday 10 February 2019

7 khasiat Brokoli


Hai guys..



Brokoli ni dah memang jadi favourite bibik sekeluarga.
Selan rasanya memang sedap, Brokoli ni juga banyak khasiatnya berbanding sayuran yang lain.
Antara kebaikan dia adalah :
  1. Anti Kanser: Ianya mengandungi fitokimia sebagai anti kanser ya rakan--rakan semua. 
  2. Mengandungi antioksidan dan vitamin C yang tinggi: Ha ni sesuai sangat untuk yang nak bagi kulit comey, keal bertenaga sepanjang hari .
  3. Tinggi Serat: Mengandungi serat yang sangat tinggi untuk mencegah sembelit dan membantu pelawasan anda semua. Serius yang ni sangat berkesan sebab bibik sejenis yang susah nak membuang. Bila makan brokoli alhamdulillah lawas tanpa sekatan. HAHAHA..
  4. Mengurangkan kolesterol: Serat larut yang tinggi akan menarik kolesterol dalam badan.
  5. Kesihatan Tulang: Kandungan kalsium dan vitamin K yang tinggi dapat mencegah penyakit osteoporosis.
  6. Mengurangkan Risiko diabetes: Brokoli yang kaya dengan fiber dan rendah kandungan gula akan membuatkan penggunaan insulin dikekalkan pada tahap yang minimum.
  7. Melancarkan perjalanan dan tekanan darah: Kandungan potassium, kalsium dan magnesium dalam brokoli dapat membantu melancarkan peredaran darah.

Brokoli Goreng Simple 

Bahan-Bahan
1. Kuali
2. Minyak masak
3. Brokoli 1 bunga
4. Bawang putih 5 ulas
5. Kiub pati ayam 1 
6. Sos tiram 1 sudu kecil
7. Isi ayam (kalau suka)
8. Secawan air masak
9. Sebatang carrot
10. Sebiji lada besar


Cara-Cara 



1. Panaskan minyak masak dalam kuali

2. Tumiskan bawang putih

3. Masukkan isi ayam beserta secawan air . Masak sehingga isi ayam bertukar putih.

4. Masukkan kiub pati ayam

5. Masukkan satu sudu kecil sos tiram

6. Masukkan carrot dan lada besar

7. Masukkan brokoli. Gaul sekejap dan siap.
Jangan lama nanti hilang khasiat dia


TADA SIAP!!!!!!