Tuesday 5 March 2019

Temuduga Jururawat U29 HUKM

Assalamualaikum and hai..

Bibik cuma nak kongsi pengalaman temuduga di HUKM atau nama lain PPUKM, UKMC, HCTM sebagai jururawat U29 kontrak.

Ni tips penting tau. Korang pergila mana-mana temuduga sekalipun korang kena la ambil tahu serba sedikit pasal hospital tu. Contohnya:

1. Sejarah Hospital
2. Nama pengarah hospital
3. Apa keistimewaan hospital tu

Bagi sesi temuduga bibik haritu kami masuk sekaligus seramai 8 orang. Kiranya temuduga dalam kumpulan la. Susunan mengikut nombor yang telah ditetapkan.
Panel penemuduga seramai 4 orang termasuk orang paling tinggi bahagian jururawat.

Sejajar dengan Universiti 'Kebangsaan' maka bahasa yang digunakan adalah bahasa Malaysia sepenuhnya. Muah ciket bagi yang bahasa inggeris berterabur macam bibik.

Antara soalan yang ditanya adalah
 (Soalan wajib semua orang)

1. Perkenalkan diri.
    Ni paling simple cuma bagitahu nama, umur, alamat, tempat belajar dan pengalaman kerja kalau          ada.

2. Apa yang mendorong anda untuk menjadi seseorang jururawat.
    Yang ni awas ya jangan la bagi ayat " saya minat jururawat sejak kecil lagi" sebab ayat ni sangat          clishe dan tak lojik aih dari kecik lagi minat jadi misi. Hehehe. Jawab la yang rare sikit.

( Soalan yang berbeza mengikut candidates)
Soalan ini dari ketua jururawat HUKM

1. Diagnosis yang common dalam wad yang anda bekerja sebelum ini. 
Soalan ini ditanya kepada calon yang sebelum ini bekerja di wad surgical/medical.

2. Kenapa HUKM perlu ambil kita. 
Soalan ni kebanyakan dia tanya kepada freshy la. Jadi di sini kita kena jual diri kita sendiri cakap kelebihan dan pengalaman-pengalaman kita sebelum ini.

3. Kenapa berhenti kerja di tempat lama. 
Ok soalan ni korang kena bagi sebab dan korang kena fight habis-habisan sampai dia puas hati dengan jawapan korang sebab memang dia akan tanya dan tanya sebab kenapa berhenti. 

4. Apa tugas seorang jururawat di department tempat anda kerja sebelum ni. 
Contoh la Emergency department apa tugas korang. 
Jawapan:Huraikan dari terima pesakit sampai habis ok.

5. Jenis lokia 
Soalan ni ditanya pada calon tadi yang bekerja di pusat bersalin .

6. Apa itu neonatal joundice 
Macam mana nak kelaskan baby untuk berada di bawah fototerapi. 
Soalan ini ditanya pada calon yang sebelum ni bekerja di department nursery.

7. Tugas awak sebagai private nurse dan perawatan apa. 
Yang ni soalan yang dia tanya bibik la. So jawab la dengan berbekalkan ilmu di dada. Hahahha.

So kelebihan kepada freshy dia tak tanya pasal teori sebab korang tak ada pengalaman  sama macam bibik. Dan percayalah bahawa dia cakap awal-awal lagi yang dia tak nak freshy sebab HUKM tak ada konsep mentor mentee. Jadi dia akan terima orang yang memang datang boleh bekerja terus.
Korang kena fight dan cakap bahawa korang setaraf dengan yang dah ada pengalaman kerja walau hakikatnya tak. Wallahualam. 
So guys bibik wish good luck semua ok. Do the best for your interview. Doakan bibik jugak supaya dapat kerja cepat-cepat dan in sha allah i will share lagi kalau bibik ada pergi interview dekat mana- mana hospital ok.muah ciket.

Xoxo:bibik

13 comments:

Anonymous said...

Salam bibik selain 2 dia tnye ape.. skunk bibik kje dkt mne

Kamus bibik moden said...

Yang saya dia tanya ni ja 😊 Alhamdulillah sekarang kerja dekat HUKM

Unknown said...

sy baru jer lps iv 6hb..harap2 ada rezeki sy kat hukm nanti..aamin

Shimahmad said...

Salam, nak tanya ukm specialist centre ni hospital @ Klinik?
Ada kontrak ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum . berapa hari proses untuk dapat keputusan temuduga tu? pemberitahuan melalui email atau surat ye ? tq .

Anonymous said...

Assalamualaikum . sy nk tanya berapa lama ye proses pemebritahuan berjaya temuduga tu ye ? melalui email atau surat ye ? tq.

Unknown said...

Assalamualaikum . berapa hari tunggu dapat keputusan temuduga tu ya ? Pemberitahuan melalui surat atau email ye ?

Kamus bibik moden said...

Wasalam. Saya haritu dalam sebulan lebih macam tu. Dia akan bagitau melalui email.ada kawan yang xberjaya haritu dia hantar surat dekat rumah. Yang berjaya dia email ja. Btw good luck. Moga ada rezeki awak

Kamus bibik moden said...

Amin3.. Moga ada rezeki awak. Kalau dapat HUKM nanti roger2 la.. Boleh kenal2.. Heee

Kamus bibik moden said...

Wasalam. Dia wad dekat tingkat 7. Ada beberapa wad. Ada kontrak jugak xsilap😊 Dia fully swasta

Unknown said...

Terima kasih atas tips. Semoga Allah beri saya rezeki untuk bekerja disini in shaa Allah.. ♥️😊

ananny said...

Assamualaikum hai bik, utk temuduga hukm ni memang takde ujian bertulis dulu ye? Takut bibik terskip part tu. Btw tq bibik n doakan sy temuduga hukm esok πŸ˜–

Kamus bibik moden said...

Wasalam.. Xde... Wahh.. Good luck. Semoga dipermudahkan dan dapat kerja HUKM 😊