Friday 12 April 2019

Retention Of Name Nurse (RON)

Assalamualaikum and hai guys.

Korang yang bergelar misi mesti tahu kan pasal RON (retention of name). RON ni adalah pengekalan nama kita dalam Nursing board. So kepada misi-misi yang dah bekerja mahupun masih menganggur benda ni adalah wajib di update. Tapi untuk yang dah bekerja di hospital atau klinik sebelum sampai setahun dari tarikh kita diiktiraf sebagai nurse kebanyakannya majikan kita yang akan buatkan.

Harga: RM25 untuk setahun untuk Jururawat biasa. Wajib dibeli dengan wang pos ok.

1. Korang kena download borang dekat MOH, cari muat turun borang dan cari borang RON.
 Download Borang

Ni Borang yang akak dan abang misi kena print 

2. Isi borang tu dengan lengkap.

3. Pergi pejabat pos dan beli wang pos Rm25 untuk setahun. Maximum boleh perbaharui ialah 3 tahun.

Ha ni untuk yang tak kenal wang pos ok.

Ni contoh cara nak isi ya.
sumber Mr Google. Thanks akak yang kongsikan ni. kita pakai cara akak tau.

4. Korang ada 2 pilihan sama ada nak beli parcel pos laju yang bersaiz A4 tu atau korang boleh letak dalam envelope. Tapi make sure envelop tu selamat la dari hujan ribut dan petir.

5. Alamat yang perlu diisi adalah alamat seperti yang tertera di borang tu.
Alamat ni ya

6. Masukkan borang yang diisi,wang pos dan sijil perakauan Jururawat dan pos.

Bibik beli parcel ni sebab selamat walaupun redah hujan badai melanda. hiks
6. Tunggu dalam beberapa minggu akan sampai penyata ataupun resit pembayaran dari LJM.

Actually bibik buat unuk 2 tahun RM25 tapi pos tak ada RM50 sekeping so dia bagi RM40 dan RM10. So nanti penyata akan sampai 2 

Tau tak kita berdebar wey time sampai surat ni. Tengok cop pun dah seriau dah. 
7. Next tunggu sampai LJM hantar RON baru. So far yang bibik punya ambik masa dalam 2 bulan jugak untuk LJM pos balik yang baru kepada kita.

ok semoga bermanfaat.

Monday 8 April 2019

Peluang pekerjaan Diploma Kejururawatan

Assalamualaikum and hai guys.

Memandangkan ramai yang berminat ingin tahu tentang Diploma Kejururawatan atau diploma in nursing ni moh ler bibik cerita sekali lagi ya .

Bagi bibik Diploma Kejururawatan ni adalah satu cabang pengajian yang sangat bagus dan sangat tepat bagi adik-adik lepasan SPM buat zaman sekarang kerana bidang kejururawatan ni adalah satu bidang yang sangat luas dan juga peluang pekerjaan yang sangat cerah. Ok

1. Anda boleh bekerja dia Klinik.
2. Anda boleh bekerja di hospital swasta.
3. Anda boleh bekerja di hospital badan berkanun.
4. Anda boleh bekerja di hospital kerajaan tapi bukan dalam masa yang terdekat jika kita bukan pelajar KKM.
5. Anda boleh mencuba nasib bekerja di luar Negara seperti Singapore, Brunei, Mekah, Saudi. Kebanyakan negara-negara ni memerlukan pengalaman jadi anda kena kerja di Malaysia dulu for a few years and then baru boleh apply.
6. Private Nurse sementara menunggu kerja tetap yang sememangnya gaji yang lumayan which is selalunya akan ambil Rm10/hour if we are official registered nurse.
7. Boleh cuba nasib untuk jadi Nurse ofshore. Oh yang ni prefer laki.
8. Boleh cuba nasib untuk bekerja sebagai nurse angkatan tentera dan sebagainya.

Sememangnya jururawat ni sangat diperlukan buat masa sekarang. Bayangkan di sesebuah Negeri ada berapa klinik, hospital swasta, hospital separa swasta kerjaaan, dan hospital kerajaan? Sangat banyak dan semua tu perlukan jururawat untuk berkhidmat. Jadi jangan ragu-ragu untuk menyambung pengajiam anda dalam bidang kejururawatan ni.

Saturday 6 April 2019

Surat beranak hilang buat baru.

Hai assalamualaikum ..

Bibik nak share apa yang patut kita buat kalau surat beranak hilang bagi yang dah tak berapa nak muda macam bibik ni.

Benda yang Diperlukan.
1. Diri sendiri ataupun wakil

2. Satu salinan ic fotostat

3. Ic asal

4. Duit rm5 untuk cabutan dan Rm3 bagi yang beli plastik cover surat beranak. Total Rm8 saja.

5. Ketabahan dan kesabaran serta keimanan. Disamping tu boleh la bawa telefon sekali untuk hilangkan bosan dan lebih afdal Ngaji Quran hiks.

Step by step.
1. Pergi dekat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia yang berdekatan dengan rumah kalian.

2. Pergi dekat kaunter cakap nak buat surat beranak baru sebab yang lama dah hilang. Nanti dia akan bagi borang permohonan Carian/Cabutan Daftar Kelahiran.
Ok ni borang yang perlu diisi

3. Isi borang tu dengan lengkap.

4. Bila nombor dipanggil dia akan ambil borang cabutan, salinan ic fotostat dan juga ic asal . Pastu korang kena tunggu la sampai nama dipanggil sebab dia nak cari dulu. So disini amat diperlukan *benda nom 4 diatas ya macam bibik, bibik taip apa yang nak dipos di blog ni. Kikiki.

5. Tunggu sampai dia panggil untuk check betul ka butiran di ic kita. Time ni dia print out dekat kertas A4 biasa ja dulu. Check kot ada salah beserta bayaran.

6. Nanti dia akan panggil nama kita sekali lagi dan tadaa sekali dengan surat beranak yang baru. Siap dan boleh balik rumah.

Xoxo: published by bibik