Tuesday 29 January 2019

Tips jadi emcee

Assalamualaikum and hai guys.

Pernah tak korang terfikir dalam diri korang sebenarnya korang boleh ja nak jadi emcee dan bercakap di khalayak ramai? Pernah fikir tak?
Macam bibik mula berjinak dengan emcee ni dari zaman sekolah menengah. Kalau zaman sekolah rendah sah kan nak jadi emcee nak bangun baca soalan dalam kelas pun gigil sampai terkucil. Hiks. 

Malam Apresiasi
Ya nampak tenang tapi percayalah tengah duk tahan kencing tu. Hahaha..

Ok ni bibik nak bagi Tips bagi sesiapa yang nak jadi emcee ok.

1.  Kena BERANI 
2.  Lapangkan dada. Bagi sepenuh perhatian terhadap majlis.
3.  Suara tak sedap nombor 2 yang penting berani.
4.  Belajar lenggok-lenggok untuk menyampaikan sesuatu 
5.  Atonansi kena belajar. Contoh kalau nak umum benda sedih atonansi sedih la. Kalau perkara yang  mengembirakan atonansi ceria. Ko jangan pergi buat atonansi sedih time nak umum pemenang sudah la. HAHAH
6.  Fikir positif.
7.  Baca bismillah. Doa supaya Allah permudahkan semuanya.
8.  Anggap orang dekat depan tu kawan-kawan kita . Tak pun bibik selalu anggap dekat depan tu tak ada tetamu so u can speak fluently and kau akan rasa dewan tu kau yang punya.haha.  Bibik pernah jadi emcee tetamu paling ramai dalam 1000 ++ ja. Menggigil tak ada Cuma terasa macam jantung dah tercabut tergolek.
9.  Berpakain kemas sebab ni penting. Jaga penampilan kita terutamanya untuk majlis yang besar dan formal.
10.  Untuk emcee formal sebolehnya baca teks berkali-kali supaya lancar dan tak gagap gugup nanti.
11.  Take a deep breath before kendalikan majlis.
12.  Yang ni penting untuk beginner supaya nanti taka da la emcee baca panjang tanpa noktah. hahaha. Di setiap / kena tarik nafas . Kata orang ada tomak ninoh. Heee 

Contoh:

‘Sudah menjadi adat dalam pertandingan / ada pemenang / dan / ada yang tewas. Namun / kemenangan bukanlah sasaran utama kita / pada hari ini. Yang penting adalah / ukhuwah / semangat kerjasama dan kesukanan / sepanjang program ini berlangsung’
Semua orang boleh jadi emcee. Apa yang penting adalah tanamkan sifat keberanian dalam diri saja. Dan untuk beginner boleh la tengok2 video dalam youtube dan juga boleh praktis dalam bilik air . hahaha.

Adikarma with friends
Ha mat ipe ni partner emcee masa dekat Usm. Ada la tiga empat kali jadi emcee bersama.
Tak silap ni first time jadi emcee event dekat Usm.

Karnival Kampus.Ni boleh dikatakan event yang sangat besar sebab depan VC dan juga tetamu-tetamu VIP dari luar.
So far so good and i like this event so much. 


Monday 28 January 2019

Contoh Teks emcee simple

Untuk pengetahuan hadirin, majlis pada malam ini akan bermula sebentar sahaja lagi.
Diminta para hadirin untuk mengambil tempat masing-masing.

Assalamualaikum dan salam sejahtera
#REFER SALUTASI


Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul bagi menjayakan Program English Attack 2.0 anjuran Sekretariat Sukarelawan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia .
Program English Attack ini diadakan adalah bertujuan untuk membentuk keyakinan diri para pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Enggeris  dan boleh bergaul dalam masyarakat bitara dunia.

Hadirin sekalian, 
Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat

Kalau pergi ke tanjung keramat
Singgah dikedai membeli pukat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, Marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh ……………………………………….
Majlis mempersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………..
atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan ……………………..selaku Pengarah Program English Attack 2.0.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada …………………………….. atas ucapan sebentar tadi.

Terima kasih diucapkan kepada  Yang berusaha ……………………………….
Guru Besar sekolah kebangsaan Seri kemudi atas ucapan itu tadi.


Majlis pada hari ini akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah.
Oleh itu, majlis mempersilakan

Diiringi oleh ………………………………
Majlis mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………..
Atas penyampaian hadiah itu tadi.
Hadirin,
Kita bersaudara kerana takdir,
Kita berhubung kerana kasih sayang,
Kita bersama kerana hati,
Kita berpisah kerana cita-cita,

Bukan mudah untuk bersaudara,
Bukan mudah untuk kekalkan,
Bukan mudah untuk teruskan,
Bukan mudah sehingga sekarang,
Tapi semuanya kerana Allah.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah itu tadi maka berakhirlah program English attack 2.o pada hari ini. Saya mewakili pihak secretariat sukarelawan University sains Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pihak sekolah untuk menerima kehadiran kami dan kami ingin memohon maaf diatas kekurangan dari pihak kami.

Kami sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualikumwarahmatullahhibwabarokatuh..

Teks emcee simple

Assalamulaikum dan Salam sejahtera

Untuk pengetahuan hadirin, majlis pada malam ini akan bermula sebentar sahaja lagi.
Diminta para hadirin untuk mengambil tempat masing-masing.

Bagi memastikan kelancaran  majlis pada malam ini, diminta kerjasama para hadirin menetapkan telefon anda kedalam mod senyap atau dimatikan.

Terima kasih.
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Asma Ismail,
Naib Canselor University Sains Malaysia serta diiringi oleh dif-dif jemputan.

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Menara Ilmu.

*NYANYIAN LAGU NEGARAKU & MENARA ILMU
Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi

Para hadirin dipersilakan duduk
#TARIAN BANGRA
Assalamualaikum,salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

*REFER SALUTASI

Indah berbalam si awan petang,
Berarah di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul bagi menjayakan Malam Kebudayaan Karnival Kampus tahun 2016 yang bertemakan ‘Unity in Diversity’.

Untuk pengetahuan hadirin, Karnival Kampus merupakan acara anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Akademik serta Majlis Perwakilan Pelajar. Acara ini merupakan acara wajib yang diadakan 2 tahun sekali dan malam kebudayaan ini adalah buat julung kalinya diadakan.

Dengan  tema Kesepaduan Dalam Kepelbagaian, Malam Kebudayaan bakal menyajikan pelbagai tarian mengikut kaum yang terdapat di Malaysia seperti tarian Melayu, Cina dan India.
Para hadirin sekalian,
Majlis pada malam ini akan dimulakan dengan ucapan aluan oleh saudara.............................................................
Selaku pengarah Karnival Kampus 2016.
Majlis mempersilakan.


Terima diucapkan kepada saudara ................................................................
Atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha ...................................................................., Pengarah Kampus Kesihatan ,University sains Malaysia untuk memberikan sepatah dua kata.
Majlis mempersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada ......................................................................,
Pengarah kampus , University Sains Malaysia atas ucaan sebentar tadi.


Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulkan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacita menjemput dan mempersilakan ...................................................................................
...................................................................................................................
Bagi memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ....................................................................
......................................................................................................................
Atas perasmian sebentar tadi.

Wednesday 23 January 2019

Tips jawab Soalan LJM

Assalamualaikum and hai guys.

Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia merupakan satu peperiksaan untuk dapatkan lesen bagi Jururawat sekelian alam. Soalan LJM adalah soalan objektif dan ada 100 soalan semuanya merangkumi semua topik yang kita duk belajar untuk jadi nurse.

Bagi bibik soalan LJM bukanlah susah dan bukanlah senang. Ha nak bagi tips ni cepat ambik buku tulis.

Tips Jawab Peperiksaan Lembaga Jururawat (LJM)

1. Banyakkan latihan soalan2 yang lepas.
2. Banyakkan latihan soalan past year (dah ulang 2 kali bermakna penting leni) Ulang soalan sama pun tak apa.
3. Kalau awak buat betul-betul prosedur dan kerja dalam wad In sha allah benda ni banyak membantu sebab banyak jugak soalan berkaitan apa yang kita buat dalam wad.
4. Semua jawapan betul tapi ada satu ja jawapan yang tepat. Sebab tu kena buat past year at least  awak dah study dan buat ulangkaji.
5. Jangan lupa doa jugak sebab walaupun awak ulangkaji gila-gila tapi awak lupa Allah xguna jugak. Buat solat hajat sebelum exam dan selepas exam jugak. Kita ni selalu sangat kalau nakkan sesuatu atau nak buat sesuatu je doa sungguh-sungguh tapi bila dah lepas lupa daratan dah aih. Huh terjadi ustajah la pulak. Tapi ni serius DOA senjata kita.
6. Buat study group dengan kawan-kawan ni juga penting sebab ni apa yang bibik buat. Walaupun hanya dalam masa 5 hari alhamdulillah banyak benda yang kami dapat dengan study group. Rezeki kami lagi kebetulan soalan LJM sama macam apa yang dah bincang. Alhamdulillah Allah mudahkan.
7. Baca soalan at least 2 atau 3 kali. Semak jawapan sebab u olss akan ada masa lebih.
8. Jangan over confident !
9. Pastikan mental dan fizikal kuat masa peperiksaan. Jangan tidur lambat sangat nanti tak ada tenaga dan otak tak cerdas masa nak jawab exam.
10. Uniform atau pakaian kena seragam dan kemas.
11. Masa nak gi exam tak payah bawak barang-barang yang tak diperlukan sebab nanti akan ada spot-check sebelum masuk dewan.
12. TAHNIAH ANDA LULUS! Sebab ikut tips di atas.




Xoxo published : by bibikmoden

Temuduga Kuantan Medical Centre

Assalamualaikum and hai guys.

Ok entry ni bibik nak cerita pasal Interview di Kuantan Medical Centre (KMC)

Macam mana dapat panggilan interview?
Actually sebulan lepas kot ada hantar application thru email dekat KMC and then awal Januari haritu dia reply email suruh mai interview. So tanpa berfikir panjang lebar sis pun godek-godek buat preparation. Dia bagi almost seminggu for prepare everything.

Ujian Bertulis..

Ok apa yang bibik ingat jela ek i state here.
1. 10R
2. Soalan medication almost 10 questions. Bring your own calculator. Soalan basic je
3. Soalan pasal drip
4. Soalan pasal medication
5. Soalan pasal drip solution
6. Soalan pasal infection ada xsilap ala lupa
7. Normal vital sign
8. Pengiraan iv drip
9. Ok lupa dah apa lagi. U olss baca yang teori2 la

Soalan verbal interview

Nak cakap awal-awal diorang speaking so guys pandai2 la jawab bahasa orang putih and kalau nak campur plus minus can also. Hehehe

1. Intro diri in English

2. What you know about KMC. So ni soalan famous yang wajib diorang akan tanya dekat mana2 candidates. So guys before pergi interview please google pasal KMC. Jangan hanya google maps je macam bibik haritu. Hahaha.

3. Ni mungkin soalan berbeza setiap candidates. For sure soalan berkaitan teori yang akan kita guna pakai dalam wad nanti. Bibik haritu dia tanya apa yang kita tahu pasal tachycardia and bradycardia. Owh soalan ni pun ada ya anak2 dekat soalan bertulis tadi.

4. Soalan common kalau anda terpilih nak duk department apa? So guys jawab je department yang u olss suka. Medical surgical dia campur and tu common la kan. Hehe

5.Owh dia tanya juga bibik kalau awak terpilih and then hospital lain panggil awak means hospital lagi dekat dengan rumah nak stay ka macam mana? Ok ni soalan yang biasa la sebab dia tak nak kalau dia ambik kita pastu kerja kejap nak berenti sebab dapat dekat dengan rumah. So guys for this question please jawab dalam bm kalau xconfident macam bibik. Heee.

6. TOLONG LA POWER TEORI PASAL NURSING BEFORE GI IV KAT SINI SEBAB DIA BANYAK TANYA PASAL TEORI.

7. Ok kalau awak terpilih dalam masa berapa lama awak boleh untuk terima tawaran kami. (ayat berbelit k guys? Sebab bibik sendiri pun xpaham) . U olls jawab je saya boleh tunggu untuk dapat keputusan dalam masa sebulan. Sebab tu jawapan matron tu bagi. Hahah.

8. Owh dia ada tanya jugak pasal kenderaan and saudara mara if u guys bukan orang kuantan.

9. How to prevent infection. Baca guys baca

10. Itu saja kot. Btw penginterview dia sangat2 baik, sentiasa senyum dan kalau tak boleh jawab pasal teori dia akan bantu dan bagi penerangan dengan panjang lebar selebar senyuman diorang tau.

So sape2 yang nak gi interview tu good luck korang.
Do the best and pray for me also. Kita cuba nasib kalau ada rezeki alhamdulillah. Kalau tak ada kita cuba lagi. Rezeki Allah ni luas tau. Mungkin Allah nak dengar kita merintih padanya sebab tu Allah bagi lambat sikit kat kita. Fuh done muhasabah diri.


Xoxo: published by bibik

Monday 21 January 2019

Susu Ibu


Hai Assalamualaikum guys.
Memandangkan dah lama tak update so kita update sikit pasal susu ibu atau pun breastfeeding ah gitu. Tajuk yang rare bagi bibik yang tidak bergelar ibu ni tapi the most important things and knowledge untuk bibik yang bakal bergelar ibu suatu hari nanti. Lets start.

Apa Itu Susu Ibu?
Susu ibu ialah susu yang dikeluarkan oleh mammary gland yang terletak di payu dara.

Apa kandungan susu Ibu?
Susu awal: Kaya dengan protin, laktos, vitamin, mineral dan air. Ia membantu untuk menghilangkan rasa dahaga.

Susu akhir: Lebih kaya dengan lemak bagi membekalkan tenaga dan lebih mengenyangkan.

Apa itu kolostrum?

Kolostrum ialah air susu yang mula-mula sekali dihasilkan selepas melahirkan anak.
Kolostrum yang dihasilkan hanya sedikit iaitu sekitar 20-30 ml tetapi ianya sesuai
dengan saiz atau kapasiti perut anak yang baru lahir.

Kolostrum juga mengandungi kadar antibodi yang tinggi. Jadi ibu-ibu gunakan kolustrum ini sebaik mungkin. Kebanyakan ibu-ibu tidak menggunakan sebaik mungkin kolostrum kerana ada yang beranggapan ianya tidak mempunyai kebaikan. Oh mungkin disebabkan warnanya yang kekuningan kot. Aish.

Antara Kelebihan Susu Ibu ialah :

  • Mengurangkan perdarahan selepas bersalin
  • Menjarakkan kehamilan. At least boleh kurangkan penghasilan anak setahun sorang.he
  • Mengurangkan berat badan. Yang ni bibik sokong.Heheh
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
  • Menjimatkan masa dan wang. No need to buy formula milk.yehuu
  • Mudah dan tersedia. Just open your shirt and tadaaa baby kenyang.
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • Perlindungan terhadap penyakit
  • Susu yang bersih, segar, suhu yang sesuai dan mudah dihadam
  • Mengandungi alfa laktalbumin
  • Membantu perkembangan otak
  • Menggalakkan tumbesaran
  • Mengurangkan risiko kepada alahan 

Penyusuan secara Eksklusif

Memberi susu ibu tanpa campuran dari susu formula atau sebaganya . Ya yang ini dipanggil penyusuan secara eksklusif.
Meneruskan penyusuan sehingga bayi berusia 2 tahun.

So guys semoga bermanfaat.


Gambar ihsan dari google. Tq



xoxo:Published