Wednesday 27 November 2013

perempuan solehah

Wahai perempuan solehah, ketahuilah bahawa,


Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,

Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,

Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,

Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,

Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,

Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,

Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,

Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!




Friday 22 November 2013

Lelaki Soleh Idaman setiap wanita!!!

ASSALAMUALAIKUM YA HABIBI,,,,,


Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang



Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam           
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama

Dialah lelaki idaman saya

WANITA SOLEHAH...DICEMBURUI BIDADARI SYURGA..

WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....

DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HADAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA 
WALLAHUALAM,,,
IN SHAA ALLAH,,,KITA SAMA-SAMA MENCARI KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI,,

Wednesday 20 November 2013

Trip to Gunung Ledang 2

Assalamualaikum kawan-kawan,,,

heeee,,,Nak sambung cerita ni,,,,Bibik dah bangun,,,Dah nak mula Mendaki balik tau,,,Nak naik ke puncak,,wahhh,,Memang xcited habis la,,,,Tak sabar nak sampai,,, Dalam pukul 2 pagi macam tu kami mulakan misi kami iaitu Ke Puncak Gunung Ledang,,,,Letih bukan main tau,,,Tidur 2 jam je,,,pastu sambung balik,,,Kaki dah rasa macam nak tercabut,,,hahaha,,,,
LOOK AT ME!!!CURAM SUNGGUH GUNUNG NI,,
SEMPAT LAGI MEREKA SEMUA POSING,HEHEHEH,,

Selepas lebih kurang 5 jam kami meredah segala cabaran Alhamdulilah,,Kami sampai ke puncak Gunung Ledang...
NI LA BUKTI BIBIK DAH SAMPAI KE ATAS SANA,,HEHEHE...
Bila dah sampai atas sana kami apa lagi,,Dah la raai yang bawa kamera,,,Bibik ni fotogenik skit,,,opssss,,,hihihihihi,,,,tak ada lar,,,snap2 gambar untuk kenangan bersama kan,,,
MACAM COMEL JE,,,MACAM CANTIK JE,,HEHEHEEH

NI KAWAN2 SEPRAKTIKUM BIBIK DAN PENSYARAH KESAYANGAN BIBIK,,,

SARAPAN KAMI DENGAN MEGIIII,,,,,ERMMM,,PEDASSSSS,,,,ORE KELATE TAK TAHAN PEDAS,,,,,HUKHUKHUK
WAHHHH,,,,KAMI DAH NAK BALIK......TAK MAHU PULANG.....

KAMI DAH BERJAYA!!!!!ANDA BILA LAGI???????HEHEHEHE