Thursday 28 March 2019

Nurse HUKM

Assalamualaikum and hai guys.

Alhamdulillah alhamdulillah..
Syukur Ya Allah. New life and new journey will began.
So guys bibik ada kongsi soalan-soalan dan juga tips untuk jawab temuduga dekat HUKM ni. Korang boleh la pakai ya.

Satu ja nak pesan. Rezeki semua orang tak sama . Ada lambat ada yang cepat. Yang lambat jangan terus putus asa dan jangan terus berhenti mengadu dan meminta dengan Allah. Wish u good luck guys.
Doakan bibik dipermudahkan segala urusan.

Thursday 7 March 2019

Pengiraan Ubat (Drug calculation)

Hai bakal-bakal misi, MA dan seangkatan dengannya. 
Ni bibik kongsikan formula drug calculation dan juga beberapa soalan untuk revision.

Note:Soalan dari pelbagai sumber google






QUESTIONS :

1. 30 miligrams nifedipine is prescribed daily.On hand u have 20 miligrams tablet.How many Tablet will u give?


2. A patient requires Risperidone 80 milligrams. The stock dose is 40mg / 10mL. What volume is required?

3. A patient is prescribed 420mg of a drug. The Stock dose is 60mg / 6mL. What volume will you require?


4. A patient has been prescribed Prednisolone 40 mg. The stock available is 8 mg. How many tablets will you administer?


5. A patient is prescribed Budesonide 2000 micrograms by nebulizer. The medication is available as 300 micrograms / 3mL. What volume is required?




ANSWER :
1. 30mg÷20mg=1.5= 1 1/2 tablet

2. 20 ML
3. 42 ML
4. 5
5. 20 ML


Semoga bermanfaat xoxo bibikmoden

Kolej Matrikulasi Perakaunan

Assalamualaikum and hai guys.

Tahniah kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi (perakaunan) .

Ok entry ni adalah untuk adik-adik bakal akauntan dan seangkatan dengannya. Tapi untuk tak tak ada kaitan tapi masih nak baca pun dialukan tak marah pun. Hee.

Basically bagi kos perakaunan pengajiannya adalah selama setahun saja bersamaan dengan 2 sem. Serius setahun tak lama dik kejap ja bahkan korang akan rasa tak puas belajar. Kalau bibik masa belajar KMJ dulu belajar 5 hari seminggu start 8 pagi hingga 5 petang. Pukul 1-2 adalah waktu rehat solat dan sebagainya. Tapi waktu itu akan berubah mengikut keperluan dan kadang-kadang hari minggu pun ada kelas yang sepatutnya hari minggu adalah hari outing. Oh ya peraturan KMJ dulu sangat straight dimana hanya hari minggu dibenarkan keluar outing ya. Kalau hari-hari biasa bertapa dalam kolej belajar dan belajar.

Selama setahun belajar korang akan belajar 4 matapelajaran utama iaitu Perakaunan, perniagaan, ekonomi dan juga Matematik. Meh bibik cerita satu-satu ya:

Perakaunan
Matapelajaran ni of course senang kalau korang score masa SPM sebab benda sama ja. Cuma adalah yang di upgrade sedikit sebanyak. Basic macam kunci kira-kira, penyata, imbangan duga tu korang akan belajar. Tapi dik akak dulu matrik Johor (KMJ) first day kelas dah ada exam gelabah terok dik. Tapi dia punya exam simple just nak tahu setakat mana kita ingat balik yang kita belajar masa SPM dulu. Bibik syorkan baca la sedikit sebanyak sebelum masuk belajar w.is tahu apa itu aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan sebagainya. Boleh tengok dekat entry sebelum ni akaun wajib ingat
So far perakaunan senang dan bibik percaya adik-adik boleh score nanti.

Perniagaan
Perniagaan ni bagi bibik subjek yang senang sebab konsepnya adalah menghafal. Kalau korang faham konsep dan berbekalkan sedikit ilmu masa jawab KBAT SPM dulu korang boleh score. Kalau masa bibik belajar dulu pensyarah galakkan kita buat presentation tanpa melihat buku atau nota semasa pembentangan. Cuma berbekalkan peta minda kita huraikan sendiri dan hafal apa yang tertulis dalam buku. Percayalah bahawa kaedah ini adalah kaedah sangat berkesan walaupun pernah dimaki dan kena denda sebab tak hafal apa yang nak present.

Matematik
Matematik di matrik adalah sama dengan matematik tambahan yang kita belajar masa nak ambik SPM dulu. So far bagi bibik matematik di matrik lebih senang berbanding matematik tambahan masa sekolah dulu walaupun masa SPM tak score pun sebab apa? Sebab masa sekolah dulu korang dah pernah belajar dan key untuk pandai math adalah ulang dan ulang buat latihan. So bila masa SPM dulu korang dah belajar dan struggle untuk SPM akan memudahkan korang untuk score masa matrik. So the key adalah 'practice make perfect'

Ekonomi
Ekonomi adalah subjek yang memerlukan kita belajar pasal ekonomi negara. Lebih kepada pembacaan, penghafalan dan ada juga pengiraan. Bibik paling pening bab keluk-keluk la sebab masa sekolah dulu tak ambik ekonomi. Tapi tak apa tu bukan penghalang untuk kita tak score masa matrik ok. Ekonomi perlukan latihan dan juga pembacaan yang konsisten la bagi bibik sebab ekonomi sem 1 dan sem 2 adalah berkaitan.

Takkan 4 matapelajaran tu ja? Ada lagi jangan risau. Tu adalah matapelajaran utama yang korang akan dan wajib belajar. Untuk tambahan adalah Agama Islam (Kebanyakannya belajar sama macam SPM dan ada juga hafalan ayat suci al-quran), Dinamika (paling best sebab matapelajaran ni lebih kepada mengajar kita untuk handle majlis dan sebagainya), ko-kurikulum (kalau KMJ kolej akan bahagikan ko mengikut kelas. Bibik dulu dapat boria jadi berboria la untuk satu sem), moral (khas untuk pelajar yang bukan beragama islam).

Jadi buat adik-adik bakal pelajar kolej matrikulasi good luck in your future dik. Korang belajar setahun ja serius tak lama. Masa yang singkat dan korang kena korbankan segalanya.

Ok bye xoxo published by bibikmoden

Tuesday 5 March 2019

Surat cinta Minoh versi kelate

Assalamualaikum.

Ke hadape abe ja palo butuk anok muloh berhehim pok dogo.

Sayo minoh anoknyo aji setopa hok duk lek jatuh tepi ghumohnyo selamoh rhambut rheseng weiy. Minoh nok royak sikit tok banyok pun, minoh suko dooh ko abe ja jak dulu pah loni. Minoh harak abe ja tak dok sapo-sapo lagi lah hok duk dale ati abe ja. Minoh bilo kelih ko abe ja gak sero po nok nopak ting-ting nya mari angin kus kus gapo ore putih kato fall fall alo payoh nok sebuk eh. Sene kiro mudoh baso gak sero suko po nok nok jah ko abe ja. Ha gitu la.

Abe ja doh la semak jetak ado jangguk sejepuk pahtu paling minoh suko abe ja berehi buak mulok mucung itik po bulih sipo kalu abe ja ngaju. Ihiks. Denge ketinggie abe ja hak rendoh sikik dari pokok nyo mantak pahtu keno pulok denge wano kulik abe ja po buoh sawo nilo tu buakkea minoh terduduk menung berange sore-sore tepi nelo rumoh sokmo-sokmo. Kalula abe ja bulih jadi tok laki minoh oh minoh sero dunio ni minoh nga abe ja jah ado. Bibir meroh-meroh po woh delimo masok tu bukti abe ja ni tok isak rokok. Hokni paling minoh suko sebak minoh tok suko ore isak rokok ni. Sebak tu walaupun abe ja kijo kapong naik pokok nyor, nyauk ike barhuh, sisik lidi nyor jua keliling kapong, nane lado cengek wak samba tapi abe ja mampu hiduk sene tok papo pedano sebak panda jimak cermak.

Minoh kelih abe ja ni baik sungguh dok nipu sikit habuk nah. Abe ja berehi nulong ore-ore kapong kito hok dale darurak. Kalu ado ore kapong susoh gak abe ja hok sungguh sekali hungga gi sapa selok kain-kain minoh kelih. Nya hungga tu gak kaloh usin bok. Tapi tak po minoh suko kelih abe ja sungguh gitu bia napok betih bulu bulih ikak pung.

Minoh harak abe ja sudi terimo minoh sebagai isteri abe ja. Kalu abe ja tok sey nikoh lagi pung tak po la kito sain-sain jah dulu. Gapo ore kato kena hati masing-masing. Minoh tok kisoh pung kalu abe ja napok minoh mace perigi cari gayong sebak minoh meme suko dooh ko abe ja. Jame loni tok jadi hal kalu tino lamar jate sebab jame dah beruboh. Heee.
Nati abe ja pikir semula deh terimo minoh ko dok. Minoh harak sangat ko abe tu. Harak kito bulih duk nengung samo-samo tepi nelo bila hari tuo kito nanti. Cia cia.
Tak po la abe ja. Setakat ni jah surak minoh.

Pecah kaca pecah gelas.
Bilo baco harak balas deh abe ja.
Assalamualaikum

Yang benar: Minoh sanggol sengek

Interview Sime Darby Hospital

Assalamualaikum and hai guys.

Sime Darby Hospital ada datang buat temuduga dekat USM Sebelum kami habis belajar dan sebelum ada LJM lagi.  Kiranya kalau korang lulus semua terus boleh kerja dengan diorang.

Ni antara soalan-soalan interview untuk jururawat u29 sime darby :

(Soalan Ujian Bertulis)
1. Soalan pengiraan ubat
2. Soalan pengiraan drip
3. Soalan pengiraan ubatan untuk kanak-kanak
4. Soalan conversion ni pun boleh tahan banyak ok.
5. Pengiraan ubat melalui infusion pump

Soalan untuk interview verbal pulak adalah (ALL IN EXNGLISH OK) :
1. Perkenalkan diri.
Oh ya sebelum tu dia akan bagitahu dan komen pasal exam bertulis tadi ya. Kalau teruk, teruk la kena komen. Kalau ok, nice-nice saja la interview kalian.
2. Dia akan tanya pasal sime darby sikit. U olss baca la sikit pasal sejarah-sejarah dia.
3. Soalan teori dia tanya macam mana prosedur nak periksa gula pesakit. How to use glucometer.
4. Dia tanya pernah ambik mc tak sepanjang belajar. Kalau ya bagi sebab .

Tu ja kot yang dia tanya. Bibik lupa dah la. Tapi kalau soalan bertulis dan pengiraan tu awak semua dapat jawab dengan ok senang sangat untuk korang diterima disana. So guys yang mana ada iv tu good luck. Do your best.



Xoxo:Published by bibikmoden


Temuduga Jururawat U29 HUKM

Assalamualaikum and hai..

Bibik cuma nak kongsi pengalaman temuduga di HUKM atau nama lain PPUKM, UKMC, HCTM sebagai jururawat U29 kontrak.

Ni tips penting tau. Korang pergila mana-mana temuduga sekalipun korang kena la ambil tahu serba sedikit pasal hospital tu. Contohnya:

1. Sejarah Hospital
2. Nama pengarah hospital
3. Apa keistimewaan hospital tu

Bagi sesi temuduga bibik haritu kami masuk sekaligus seramai 8 orang. Kiranya temuduga dalam kumpulan la. Susunan mengikut nombor yang telah ditetapkan.
Panel penemuduga seramai 4 orang termasuk orang paling tinggi bahagian jururawat.

Sejajar dengan Universiti 'Kebangsaan' maka bahasa yang digunakan adalah bahasa Malaysia sepenuhnya. Muah ciket bagi yang bahasa inggeris berterabur macam bibik.

Antara soalan yang ditanya adalah
 (Soalan wajib semua orang)

1. Perkenalkan diri.
    Ni paling simple cuma bagitahu nama, umur, alamat, tempat belajar dan pengalaman kerja kalau          ada.

2. Apa yang mendorong anda untuk menjadi seseorang jururawat.
    Yang ni awas ya jangan la bagi ayat " saya minat jururawat sejak kecil lagi" sebab ayat ni sangat          clishe dan tak lojik aih dari kecik lagi minat jadi misi. Hehehe. Jawab la yang rare sikit.

( Soalan yang berbeza mengikut candidates)
Soalan ini dari ketua jururawat HUKM

1. Diagnosis yang common dalam wad yang anda bekerja sebelum ini. 
Soalan ini ditanya kepada calon yang sebelum ini bekerja di wad surgical/medical.

2. Kenapa HUKM perlu ambil kita. 
Soalan ni kebanyakan dia tanya kepada freshy la. Jadi di sini kita kena jual diri kita sendiri cakap kelebihan dan pengalaman-pengalaman kita sebelum ini.

3. Kenapa berhenti kerja di tempat lama. 
Ok soalan ni korang kena bagi sebab dan korang kena fight habis-habisan sampai dia puas hati dengan jawapan korang sebab memang dia akan tanya dan tanya sebab kenapa berhenti. 

4. Apa tugas seorang jururawat di department tempat anda kerja sebelum ni. 
Contoh la Emergency department apa tugas korang. 
Jawapan:Huraikan dari terima pesakit sampai habis ok.

5. Jenis lokia 
Soalan ni ditanya pada calon tadi yang bekerja di pusat bersalin .

6. Apa itu neonatal joundice 
Macam mana nak kelaskan baby untuk berada di bawah fototerapi. 
Soalan ini ditanya pada calon yang sebelum ni bekerja di department nursery.

7. Tugas awak sebagai private nurse dan perawatan apa. 
Yang ni soalan yang dia tanya bibik la. So jawab la dengan berbekalkan ilmu di dada. Hahahha.

So kelebihan kepada freshy dia tak tanya pasal teori sebab korang tak ada pengalaman  sama macam bibik. Dan percayalah bahawa dia cakap awal-awal lagi yang dia tak nak freshy sebab HUKM tak ada konsep mentor mentee. Jadi dia akan terima orang yang memang datang boleh bekerja terus.
Korang kena fight dan cakap bahawa korang setaraf dengan yang dah ada pengalaman kerja walau hakikatnya tak. Wallahualam. 
So guys bibik wish good luck semua ok. Do the best for your interview. Doakan bibik jugak supaya dapat kerja cepat-cepat dan in sha allah i will share lagi kalau bibik ada pergi interview dekat mana- mana hospital ok.muah ciket.

Xoxo:bibik

Monday 4 March 2019

Diploma Kejururawatan USM

Assalamualaikum and hai guys. .

Korang pernah dengar tak pasal Diploma Kejururawatan USM ?

Ok basically diploma kejururawatan atau diploma nursing ni satu-satunya kos diploma di USM dimana kos ni berada di Kampus Kesihatan Kubang Kerian Kelantan atau lebih dekat lagi dengan HUSM.

Diploma kejururawatan adalah kos 3 tahun dimana korang akan belajar 6 sem. Seriusly tak lama bahkan korang akan rasa sekejap sahaja disebabkan keseronokan belajar.



Ni Syarat Kelayakan ok

CARA NAK APPLY

1. Bila tahu result SPM korang bolehla pergi ke BSN untuk beli nombor pin bagi *diploma kejururwatan USM* . Harga lama adalah RM60.
2. Lepas tu isi secara online di https://pohon.usm.my.
3. Tunggu sehingga dipanggil interview. ( soalan temuduga  nurse Usm)
4. Then tunggu sehingga USM mesej
*TAHNIAH ANDA BERJAYA*
5. Bulan sembilan boleh pack barang then boleh register as a student nurse😂
6. Senang kan? Kalau ada yang cakap susah meh nak cubit sikit.

PEMBELAJARAN

1. Ok basically belajar nursing ni tak ada la susah sangat dan tak ada la senang sangat.
2. First sem adalah start bulan september then akan berakhir bulan januari. Sebulan sebelum habis sem dan sebelum exam korang akan masuk wad untuk jalankan praktikal. Tapi bila masuk sem 5 dan 6 korang akan full praktikal tambah ada sikit saja pembelajaran dalam kelas . Satu subjek macam tu saja mengikut silibus baru la.
3. Yuran seriusly tak mahal macam belajar nursing dekat tempat lain pun. Satu sem tak sampai seribu pun untuk yuran pengajian dan yuran asrama melainkan yuran sem akhir sebab korang kena bayar untuk konvo dan sebagainya. Ala jadi seribu seratus macam tu ja.
4. Oh ya nak cakap awal-awal tak ada biasiswa dan kontrak kerja ya. Either pakai duit mak ayah, ptptn atau biasiswa yang korang usahakan sendiri sahaja. Kalau PTPTN its depents on your parents salary. Kalau gaji mak ayah banyak sikitlah korang dapat ptptn dan sebaliknya la.
5. Nanti bila dah habis belajar korang bebas untuk kerja dekat mana-mana pun sebab tak ada ikatan dengan USM. So peluang pekerjaan untuk nurse sangat luas di luar sana. Korang cuma apply then pergi interview in sha allah dapat dengan berbekalkan nama Usm, confident level tahap gunung Everest, pengalaman study dan juga CGPA yang confirm-confirm korang akan dapat tip-top sebab yang masuk USM semua pandai-pandai.ahakss.
6. Asrama memang korang akan dapat dan tunggu bayar ja. Dengan syarat korang kena aktif la masuk aktiviti yang universiti dan desa adakan. Jangan duk jadi sendu kang tak pasal cipta rekod student nursing duduk luar kampus sebab sendu.
7. dan banyak lag la yang menarik. more info boleh pm FB Syazana Amni Zainal