Tuesday 30 June 2020

Tugas jururawat by misi HUKM

hai and assalamualaikum.

Jururawat

Bagi yang beranggapan nurse ni hanya merawat pesakit tu adalah tanggapan yang salah ya. Sebab apa?  Sebab nurse ni macam2 dia buat. Sebab tu orang cakap nurse ni jiwa kental,  hati kuat dan of course badan pun kena kuat.  Ok meh bibik cerita sedikit sebanyak apa tugas nurse ni.

1. Merawat.
Yang ni sah-sah dah tugas nurse. Merawat macam mana? Kalau pesakit ada luka kita yang akan cuci luka pesakit itu merawat. Bagi ubat yang di order oleh doktor pun dipanggil merawat.

2. Jaga keperluan pesakit di dalam wad.
Nak jaga macam mana?  Kita kena pastikan pesakit dapat tempat yang selesa termasuk katil,  bed,  dan locker yang bersih.  Pastikan pesakit mendapat makanan yang bersesuain dengan penyakit pesakit.
Semua keperluan dari segi fizikal dan mental la kita kena jaga. 

3. Kebersihan pesakit. 
Ramai yang cakap ala misi je pun.  Memang tugas dia kan basuh berak, tukar pampers pesakit. Untuk pengetahuan Kakak2 abang2 semua, tukar pampers dan sebagainya tu tiada pun dalam scop tugas kami sebenarnya tapi kami buat sebab ihsan sesama manusia. Sebab kami tahu kalau kami tak buat benda tu pesakit kami akan terdedah dengan infeksi kalau nak harapkan penjaga yang tak bertanggungjawab. Eh boleh ka gitu ? Tapi tak semua penjaga. Ramai ja yang tak harapkan nurse pun buat semua tu. Tahniah untuk anda yang betul2 jaga kalau ada keluarga kalian yang admit wad. 

4. Perasaan pesakit.
Perasaan pesakit pun kami kena jaga sebab apa?  Sebab kebanyakan pesakit bila diorang admit diorang akan down. Jadi as a nurse kita kena selalu cakap yang positif2, selalu senyum, dengar apa yang diorang cakap dan yang paling penting jangan garang2.  Nanti kena cop misi garang.  Hehehehe. 

5. Pembantu doktor. 
Kenapa pembantu doktor?  Sebab kebanyakan benda yang kita buat dalam wad kita lebih tahu dari doktor.  Ya la doktor lebih2 lagi ho diorang stay dekat wad kejap2 ja. Jadi kita la yang kena ingatkan diorang apa2. Kita juga yang akan assist doktor jika ada procedure apa2 yang perlu dilakukan untuk pesakit. Kadang2 doktor ni diorang lupa sebab ramai patient. So kita juga la yang kena ingatkan diorang.  Nurse cant live without dr and doktor cant live without nurse. They need each others ahh begituuu.

6. Orang perantaraan. 
Nurse pun bertindak sebagai orang perantaraan antara pesakit dan doktor.  Im pretty sure ramai pesakit lagi suka bercerita dan bagitahu masalah sebenar dia dekat nurse berbanding doktor.  Then nurse la yang akan sampaikan kepada doktor.  Maybe diorang lebih selesa sebab nurse yang banyak bersama diorang dalam wad. 

Ok done.  Xoxo publish