Wednesday 23 January 2019

Tips jawab Soalan LJM

Assalamualaikum and hai guys.

Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia merupakan satu peperiksaan untuk dapatkan lesen bagi Jururawat sekelian alam. Soalan LJM adalah soalan objektif dan ada 100 soalan semuanya merangkumi semua topik yang kita duk belajar untuk jadi nurse.

Bagi bibik soalan LJM bukanlah susah dan bukanlah senang. Ha nak bagi tips ni cepat ambik buku tulis.

Tips Jawab Peperiksaan Lembaga Jururawat (LJM)

1. Banyakkan latihan soalan2 yang lepas.
2. Banyakkan latihan soalan past year (dah ulang 2 kali bermakna penting leni) Ulang soalan sama pun tak apa.
3. Kalau awak buat betul-betul prosedur dan kerja dalam wad In sha allah benda ni banyak membantu sebab banyak jugak soalan berkaitan apa yang kita buat dalam wad.
4. Semua jawapan betul tapi ada satu ja jawapan yang tepat. Sebab tu kena buat past year at least  awak dah study dan buat ulangkaji.
5. Jangan lupa doa jugak sebab walaupun awak ulangkaji gila-gila tapi awak lupa Allah xguna jugak. Buat solat hajat sebelum exam dan selepas exam jugak. Kita ni selalu sangat kalau nakkan sesuatu atau nak buat sesuatu je doa sungguh-sungguh tapi bila dah lepas lupa daratan dah aih. Huh terjadi ustajah la pulak. Tapi ni serius DOA senjata kita.
6. Buat study group dengan kawan-kawan ni juga penting sebab ni apa yang bibik buat. Walaupun hanya dalam masa 5 hari alhamdulillah banyak benda yang kami dapat dengan study group. Rezeki kami lagi kebetulan soalan LJM sama macam apa yang dah bincang. Alhamdulillah Allah mudahkan.
7. Baca soalan at least 2 atau 3 kali. Semak jawapan sebab u olss akan ada masa lebih.
8. Jangan over confident !
9. Pastikan mental dan fizikal kuat masa peperiksaan. Jangan tidur lambat sangat nanti tak ada tenaga dan otak tak cerdas masa nak jawab exam.
10. Uniform atau pakaian kena seragam dan kemas.
11. Masa nak gi exam tak payah bawak barang-barang yang tak diperlukan sebab nanti akan ada spot-check sebelum masuk dewan.
12. TAHNIAH ANDA LULUS! Sebab ikut tips di atas.




Xoxo published : by bibikmoden

4 comments:

siha said...

Untuk soalan ljm ni.. Dia akan tanya dalam bahasa inggeris or malay??

Knin said...

Dwibahasa

Anonymous said...

Assalamualaikum kak maaf nak tny org selalu ckp study question past year.tapi kat mane saya booeh access ye soalan past yer?

Kamus bibik moden said...

Wasalam dik. Ya dik soalan ljm ni tak dipublish.. Tapi soalan exam kita duk jawab tu lebih kurang mcm tu ja soalan dia☺️