Monday 21 January 2019

Susu Ibu


Hai Assalamualaikum guys.
Memandangkan dah lama tak update so kita update sikit pasal susu ibu atau pun breastfeeding ah gitu. Tajuk yang rare bagi bibik yang tidak bergelar ibu ni tapi the most important things and knowledge untuk bibik yang bakal bergelar ibu suatu hari nanti. Lets start.

Apa Itu Susu Ibu?
Susu ibu ialah susu yang dikeluarkan oleh mammary gland yang terletak di payu dara.

Apa kandungan susu Ibu?
Susu awal: Kaya dengan protin, laktos, vitamin, mineral dan air. Ia membantu untuk menghilangkan rasa dahaga.

Susu akhir: Lebih kaya dengan lemak bagi membekalkan tenaga dan lebih mengenyangkan.

Apa itu kolostrum?

Kolostrum ialah air susu yang mula-mula sekali dihasilkan selepas melahirkan anak.
Kolostrum yang dihasilkan hanya sedikit iaitu sekitar 20-30 ml tetapi ianya sesuai
dengan saiz atau kapasiti perut anak yang baru lahir.

Kolostrum juga mengandungi kadar antibodi yang tinggi. Jadi ibu-ibu gunakan kolustrum ini sebaik mungkin. Kebanyakan ibu-ibu tidak menggunakan sebaik mungkin kolostrum kerana ada yang beranggapan ianya tidak mempunyai kebaikan. Oh mungkin disebabkan warnanya yang kekuningan kot. Aish.

Antara Kelebihan Susu Ibu ialah :

  • Mengurangkan perdarahan selepas bersalin
  • Menjarakkan kehamilan. At least boleh kurangkan penghasilan anak setahun sorang.he
  • Mengurangkan berat badan. Yang ni bibik sokong.Heheh
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
  • Menjimatkan masa dan wang. No need to buy formula milk.yehuu
  • Mudah dan tersedia. Just open your shirt and tadaaa baby kenyang.
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • Perlindungan terhadap penyakit
  • Susu yang bersih, segar, suhu yang sesuai dan mudah dihadam
  • Mengandungi alfa laktalbumin
  • Membantu perkembangan otak
  • Menggalakkan tumbesaran
  • Mengurangkan risiko kepada alahan 

Penyusuan secara Eksklusif

Memberi susu ibu tanpa campuran dari susu formula atau sebaganya . Ya yang ini dipanggil penyusuan secara eksklusif.
Meneruskan penyusuan sehingga bayi berusia 2 tahun.

So guys semoga bermanfaat.


Gambar ihsan dari google. Tq



xoxo:Published 

No comments: