Monday 28 January 2019

Contoh Teks emcee simple

Untuk pengetahuan hadirin, majlis pada malam ini akan bermula sebentar sahaja lagi.
Diminta para hadirin untuk mengambil tempat masing-masing.

Assalamualaikum dan salam sejahtera
#REFER SALUTASI


Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul bagi menjayakan Program English Attack 2.0 anjuran Sekretariat Sukarelawan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia .
Program English Attack ini diadakan adalah bertujuan untuk membentuk keyakinan diri para pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Enggeris  dan boleh bergaul dalam masyarakat bitara dunia.

Hadirin sekalian, 
Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat

Kalau pergi ke tanjung keramat
Singgah dikedai membeli pukat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, Marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh ……………………………………….
Majlis mempersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………..
atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan ……………………..selaku Pengarah Program English Attack 2.0.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada …………………………….. atas ucapan sebentar tadi.

Terima kasih diucapkan kepada  Yang berusaha ……………………………….
Guru Besar sekolah kebangsaan Seri kemudi atas ucapan itu tadi.


Majlis pada hari ini akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah.
Oleh itu, majlis mempersilakan

Diiringi oleh ………………………………
Majlis mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………..
Atas penyampaian hadiah itu tadi.
Hadirin,
Kita bersaudara kerana takdir,
Kita berhubung kerana kasih sayang,
Kita bersama kerana hati,
Kita berpisah kerana cita-cita,

Bukan mudah untuk bersaudara,
Bukan mudah untuk kekalkan,
Bukan mudah untuk teruskan,
Bukan mudah sehingga sekarang,
Tapi semuanya kerana Allah.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah itu tadi maka berakhirlah program English attack 2.o pada hari ini. Saya mewakili pihak secretariat sukarelawan University sains Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pihak sekolah untuk menerima kehadiran kami dan kami ingin memohon maaf diatas kekurangan dari pihak kami.

Kami sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualikumwarahmatullahhibwabarokatuh..

No comments: