Monday 28 January 2019

Teks emcee simple

Assalamulaikum dan Salam sejahtera

Untuk pengetahuan hadirin, majlis pada malam ini akan bermula sebentar sahaja lagi.
Diminta para hadirin untuk mengambil tempat masing-masing.

Bagi memastikan kelancaran  majlis pada malam ini, diminta kerjasama para hadirin menetapkan telefon anda kedalam mod senyap atau dimatikan.

Terima kasih.
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Asma Ismail,
Naib Canselor University Sains Malaysia serta diiringi oleh dif-dif jemputan.

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Menara Ilmu.

*NYANYIAN LAGU NEGARAKU & MENARA ILMU
Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi

Para hadirin dipersilakan duduk
#TARIAN BANGRA
Assalamualaikum,salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

*REFER SALUTASI

Indah berbalam si awan petang,
Berarah di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul bagi menjayakan Malam Kebudayaan Karnival Kampus tahun 2016 yang bertemakan ‘Unity in Diversity’.

Untuk pengetahuan hadirin, Karnival Kampus merupakan acara anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Akademik serta Majlis Perwakilan Pelajar. Acara ini merupakan acara wajib yang diadakan 2 tahun sekali dan malam kebudayaan ini adalah buat julung kalinya diadakan.

Dengan  tema Kesepaduan Dalam Kepelbagaian, Malam Kebudayaan bakal menyajikan pelbagai tarian mengikut kaum yang terdapat di Malaysia seperti tarian Melayu, Cina dan India.
Para hadirin sekalian,
Majlis pada malam ini akan dimulakan dengan ucapan aluan oleh saudara.............................................................
Selaku pengarah Karnival Kampus 2016.
Majlis mempersilakan.


Terima diucapkan kepada saudara ................................................................
Atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha ...................................................................., Pengarah Kampus Kesihatan ,University sains Malaysia untuk memberikan sepatah dua kata.
Majlis mempersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada ......................................................................,
Pengarah kampus , University Sains Malaysia atas ucaan sebentar tadi.


Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulkan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacita menjemput dan mempersilakan ...................................................................................
...................................................................................................................
Bagi memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ....................................................................
......................................................................................................................
Atas perasmian sebentar tadi.

No comments: