Tuesday 29 March 2022

PERKHIDMATAN RAWATAN FISIOTERAPI & JURURAWAT KE RUMAH SEKITAR HULU SELANGOR & KUALA LUMPUR

Antara khidmat rawatan yang ditawarkan : 

Fisioterapi  

1. Stroke

2. Kecederaan 

3. Kesakitan Kronik

4. Athritis

5. Masalah Respiratory (Pernafasan) & khidmat Sedut kahak -Suction 

6. Parkinson's

7. Cerebral Palsy 

Hubungi kami  :En. Azman  https://wa.me/601126442743?text=Khidmat%20rawatan%20fisio

Whatsapp: 011-26442743


Jururawat 

1. Mencuci luka (Dressing)

2. Menukar Tiub Makanan (ryles tube)

3. Menukar Tiub Kencing (CBD) - Wanita Sahaja*

4. Memandikan Pesakit

5. Suntikan  Heparin (Ibu selepas bersalin Ceaser) 

6. Suntikan Insulin 

7. Perkhidmatan menemani pesakit ke pusat rawatan (Hospital) 

Hubungi kami  : Pn. Syazana https://wa.me/60139772944?text=Perkhidmatan%20Jururawat

Whatsapp: 013-9772944


Kelebihan Rawatan Kami : 

- Mempunyai sijil yang diktiraf sebagai pengamal perubatan 

- Pengalaman berkerja di Hospital dan Pusat Jagaan Warga Emas

- Rawatan 'one to one' kepada pesakit

- Pemeriksaan dan rawatan yang Holistik 

- Khidmat nasihat dan kaunseling secara percuma 

- Khidmat rawatan combo fisioterapi & Jururawat dengan harga yang murah 


**Para Pelanggan Diminta Untuk Menghubungi Di Talian Yang Diberikan  Diatas Untuk Sebarang Pertanyaan Mengenai Tempahan Slot & Harga Rawatan**


_WE TREAT WITH THE BEST CARE_

 





Wednesday 16 March 2022

SOALAN TEMUDUGA JAWATAN JURUPULIH PERUBATAN FISIOTERAPI SPA8@SPA9 DAN TIPS MENJAWAB SOALAN

Secara lazimnya tiada soalan khusus berkaitan soalan yang akan diajukan oleh panel penemuduga tetapi berikut adalah antara soalan yang biasanya ditanya oleh penemuduga. Panel penemuduga biasanya ada 2 orang yang terdiri dari pegawai SPA & Pegawai kesihatan. 

  • Sila Perkenalkan diri anda.
= Anda perlu menceritakan identiti diri anda secara khusus dan kongsikan juga secara ringkas latar belakang keluarga anda.
  • Apa Hobi anda ?? 
= Beritahu kegiatan waktu di sekolah dulu jika anda seorang atlit boleh ceritakan dan jika tidak aktif beritahu kegiatan lain yang boleh dilihat sebagai (aktif) JANGAN berkata tidak aktif dalam apa-apa kegiatan ya.
  • Apakah yang anda sedang lakukan sekarang ? 
= Biasanya selepas panel penemuduga  membaca sijil anda, mereka ingin mengetahui status anda sekarang sama ada berkerja atau tengah belajar di mana-mana Institusi ataupun masih belum menyambung mana-mana pusat pengajian. 
*tips : beritahu penemuduga yang anda sekarang masih tidak menyambung mana-mana pusat pengajian. Jika mereka tanya laa yee ...kalau tak tanya buat dunno jerr k . 
  •  MENGAPA ANDA NAK JADI FISIOTERAPI ? (Soalan femes) 
= jawab laa apa pun nak jawab tapi yang paling PENTING kena jawab dengan YAKIN dan MESTI CAKAP SEBAB SAYA MINAT. 
*Tips : Goreng jer laa tapi jangan sampai hangus ok ..hehehe 
  • Apa yang anda tahu tentang tugas Fisioterapi ? 
=Anda kena buat sedikit bacaan atau sekurang-kurangnya tahu apa itu Fisioterapi 
*Tips: x perlu hafal ayat seketul-ketul mcm dalam website yang penting tahu tugas Fisioterapi seperti membantu memulihkan kefungsian anggota badan seperti orang yang patah.
  • Berapa ml ubat batuk untuk setiap kali pengambilan mengikut dos yang ditetapkan. ?
= Sejujurnya soalan ni agak jarang ditanya kerana biasanya panel penemuduga yang bertanya mengenai perihal ubatan adalah daripada pegawai kesihatan itu sendiri bukannya pegawai dari SPA. jadi soalan dia tidak menentu.   
*Tips : Cari tahu basic ubat yang selalu kita gunakan seperti panadol berapa mg ? >> ubat batuk, nama ubat selsema..

  • Siapakah Menteri Kesihatan ? / Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan ? / Siapakah Pengarah Kesihatan ? Siapakah Timbalan Pengarah kesihatan ? (Soalan Femes) 
Tips: sila buat semakan yer salah satu soalan diatas biasanya akan ditanya. - pengetahuan am
  • Apakah Harapan anda dimasa akan datang jika anda dipilih sebagai Jurupulih Perubatan Fisioterapi ? 
=jika anda ditanya soalan seperti ini , jawablah dengan penuh semangat dan yakin percaya diri kerana soalan seperti ini BERKEMUNGKINAN BESAR anda telahpun terpilih. 

Tips Akhir*** 
- Sebelum masuk ke pintu , sila ketuk dan beri salam terlebih dahulu - masuk dengan muka yang selamba serta senyum yang IKHLAS dan JANGAN serius anggap je panel2 tu semua kawan-kawan kita oke ..Sebenarnya mereka ni nak tengok tahap keyakinan kita bercakap sahaja .. Sebab tu mesti YAKIN waktu bercakap oke . ☺😏Semoga Dipermudahkan Urusan Kalian Semua ..AMINN


Physiotherapist