- Sila Perkenalkan diri anda.
= Anda perlu menceritakan identiti diri anda secara khusus dan kongsikan juga secara ringkas latar belakang keluarga anda.
- Apa Hobi anda ??
- Apakah yang anda sedang lakukan sekarang ?
*tips : beritahu penemuduga yang anda sekarang masih tidak menyambung mana-mana pusat pengajian. Jika mereka tanya laa yee ...kalau tak tanya buat dunno jerr k .
- MENGAPA ANDA NAK JADI FISIOTERAPI ? (Soalan femes)
*Tips : Goreng jer laa tapi jangan sampai hangus ok ..hehehe
- Apa yang anda tahu tentang tugas Fisioterapi ?
*Tips: x perlu hafal ayat seketul-ketul mcm dalam website yang penting tahu tugas Fisioterapi seperti membantu memulihkan kefungsian anggota badan seperti orang yang patah.
- Berapa ml ubat batuk untuk setiap kali pengambilan mengikut dos yang ditetapkan. ?
*Tips : Cari tahu basic ubat yang selalu kita gunakan seperti panadol berapa mg ? >> ubat batuk, nama ubat selsema..
- Siapakah Menteri Kesihatan ? / Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan ? / Siapakah Pengarah Kesihatan ? Siapakah Timbalan Pengarah kesihatan ? (Soalan Femes)
- Apakah Harapan anda dimasa akan datang jika anda dipilih sebagai Jurupulih Perubatan Fisioterapi ?
Tips Akhir***
- Sebelum masuk ke pintu , sila ketuk dan beri salam terlebih dahulu - masuk dengan muka yang selamba serta senyum yang IKHLAS dan JANGAN serius anggap je panel2 tu semua kawan-kawan kita oke ..Sebenarnya mereka ni nak tengok tahap keyakinan kita bercakap sahaja .. Sebab tu mesti YAKIN waktu bercakap oke . ☺😏Semoga Dipermudahkan Urusan Kalian Semua ..AMINN
No comments:
Post a Comment