Bibik cuma nak kongsi pengalaman temuduga di HUKM atau nama lain PPUKM, UKMC, HCTM sebagai jururawat U29 kontrak.
Ni tips penting tau. Korang pergila mana-mana temuduga sekalipun korang kena la ambil tahu serba sedikit pasal hospital tu. Contohnya:
1. Sejarah Hospital
2. Nama pengarah hospital
3. Apa keistimewaan hospital tu
Panel penemuduga seramai 4 orang termasuk orang paling tinggi bahagian jururawat.
Sejajar dengan Universiti 'Kebangsaan' maka bahasa yang digunakan adalah bahasa Malaysia sepenuhnya. Muah ciket bagi yang bahasa inggeris berterabur macam bibik.
Antara soalan yang ditanya adalah
(Soalan wajib semua orang)
1. Perkenalkan diri.
Ni paling simple cuma bagitahu nama, umur, alamat, tempat belajar dan pengalaman kerja kalau ada.
2. Apa yang mendorong anda untuk menjadi seseorang jururawat.
Yang ni awas ya jangan la bagi ayat " saya minat jururawat sejak kecil lagi" sebab ayat ni sangat clishe dan tak lojik aih dari kecik lagi minat jadi misi. Hehehe. Jawab la yang rare sikit.
( Soalan yang berbeza mengikut candidates)
Soalan ini dari ketua jururawat HUKM
1. Diagnosis yang common dalam wad yang anda bekerja sebelum ini.
Soalan ini ditanya kepada calon yang sebelum ini bekerja di wad surgical/medical.
2. Kenapa HUKM perlu ambil kita.
Soalan ni kebanyakan dia tanya kepada freshy la. Jadi di sini kita kena jual diri kita sendiri cakap kelebihan dan pengalaman-pengalaman kita sebelum ini.
3. Kenapa berhenti kerja di tempat lama.
Ok soalan ni korang kena bagi sebab dan korang kena fight habis-habisan sampai dia puas hati dengan jawapan korang sebab memang dia akan tanya dan tanya sebab kenapa berhenti.
4. Apa tugas seorang jururawat di department tempat anda kerja sebelum ni.
Contoh la Emergency department apa tugas korang.
Jawapan:Huraikan dari terima pesakit sampai habis ok.
5. Jenis lokia
Soalan ni ditanya pada calon tadi yang bekerja di pusat bersalin .
6. Apa itu neonatal joundice
Macam mana nak kelaskan baby untuk berada di bawah fototerapi.
Soalan ini ditanya pada calon yang sebelum ni bekerja di department nursery.
7. Tugas awak sebagai private nurse dan perawatan apa.
Yang ni soalan yang dia tanya bibik la. So jawab la dengan berbekalkan ilmu di dada. Hahahha.
Korang kena fight dan cakap bahawa korang setaraf dengan yang dah ada pengalaman kerja walau hakikatnya tak. Wallahualam.
So guys bibik wish good luck semua ok. Do the best for your interview. Doakan bibik jugak supaya dapat kerja cepat-cepat dan in sha allah i will share lagi kalau bibik ada pergi interview dekat mana- mana hospital ok.muah ciket.
Xoxo:bibik
13 comments:
Salam bibik selain 2 dia tnye ape.. skunk bibik kje dkt mne
Yang saya dia tanya ni ja π Alhamdulillah sekarang kerja dekat HUKM
sy baru jer lps iv 6hb..harap2 ada rezeki sy kat hukm nanti..aamin
Salam, nak tanya ukm specialist centre ni hospital @ Klinik?
Ada kontrak ke?
Assalamualaikum . berapa hari proses untuk dapat keputusan temuduga tu? pemberitahuan melalui email atau surat ye ? tq .
Assalamualaikum . sy nk tanya berapa lama ye proses pemebritahuan berjaya temuduga tu ye ? melalui email atau surat ye ? tq.
Assalamualaikum . berapa hari tunggu dapat keputusan temuduga tu ya ? Pemberitahuan melalui surat atau email ye ?
Wasalam. Saya haritu dalam sebulan lebih macam tu. Dia akan bagitau melalui email.ada kawan yang xberjaya haritu dia hantar surat dekat rumah. Yang berjaya dia email ja. Btw good luck. Moga ada rezeki awak
Amin3.. Moga ada rezeki awak. Kalau dapat HUKM nanti roger2 la.. Boleh kenal2.. Heee
Wasalam. Dia wad dekat tingkat 7. Ada beberapa wad. Ada kontrak jugak xsilapπ Dia fully swasta
Terima kasih atas tips. Semoga Allah beri saya rezeki untuk bekerja disini in shaa Allah.. ♥️π
Assamualaikum hai bik, utk temuduga hukm ni memang takde ujian bertulis dulu ye? Takut bibik terskip part tu. Btw tq bibik n doakan sy temuduga hukm esok π
Wasalam.. Xde... Wahh.. Good luck. Semoga dipermudahkan dan dapat kerja HUKM π
Post a Comment