Hai guys..
Brokoli ni dah memang jadi favourite bibik sekeluarga.
Selan rasanya memang sedap, Brokoli ni juga banyak khasiatnya berbanding sayuran yang lain.
Antara kebaikan dia adalah :
- Anti Kanser: Ianya mengandungi fitokimia sebagai anti kanser ya rakan--rakan semua.
- Mengandungi antioksidan dan vitamin C yang tinggi: Ha ni sesuai sangat untuk yang nak bagi kulit comey, keal bertenaga sepanjang hari .
- Tinggi Serat: Mengandungi serat yang sangat tinggi untuk mencegah sembelit dan membantu pelawasan anda semua. Serius yang ni sangat berkesan sebab bibik sejenis yang susah nak membuang. Bila makan brokoli alhamdulillah lawas tanpa sekatan. HAHAHA..
- Mengurangkan kolesterol: Serat larut yang tinggi akan menarik kolesterol dalam badan.
- Kesihatan Tulang: Kandungan kalsium dan vitamin K yang tinggi dapat mencegah penyakit osteoporosis.
- Mengurangkan Risiko diabetes: Brokoli yang kaya dengan fiber dan rendah kandungan gula akan membuatkan penggunaan insulin dikekalkan pada tahap yang minimum.
- Melancarkan perjalanan dan tekanan darah: Kandungan potassium, kalsium dan magnesium dalam brokoli dapat membantu melancarkan peredaran darah.
Brokoli Goreng Simple
Bahan-Bahan
1. Kuali
2. Minyak masak
3. Brokoli 1 bunga
4. Bawang putih 5 ulas
5. Kiub pati ayam 1
6. Sos tiram 1 sudu kecil
7. Isi ayam (kalau suka)
8. Secawan air masak
9. Sebatang carrot
10. Sebiji lada besar
Cara-Cara
1. Panaskan minyak masak dalam kuali |
2. Tumiskan bawang putih |
3. Masukkan isi ayam beserta secawan air . Masak sehingga isi ayam bertukar putih. |
4. Masukkan kiub pati ayam |
5. Masukkan satu sudu kecil sos tiram |
6. Masukkan carrot dan lada besar |
7. Masukkan brokoli. Gaul sekejap dan siap. Jangan lama nanti hilang khasiat dia |
TADA SIAP!!!!!! |
No comments:
Post a Comment