Thursday 29 October 2015

Sejarah kompang


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lambu, Kerbau malah getah sintetik.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.
Alat muzik ini berasal dari Tanah Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang. Kelihatan gelung plastik tebal yang digunakan bagi menala bunyi kompang dengan menyelit antara bingkai dan kulit penutup. Pada waktu dahulu, rotan digunakan.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian.
#Sumber Wikipedia Ensiklopedia Bebas#

Assalamualaikum..

Mai Bibik cerita sikit pasal Kompang mengikut penngetahuan bibik selama bibik belajar la. First bibik belajar of course about sejarah kompang ni.Then first paluan aka ketukan yang bibik belajar adalah MELALU dan MELINGKAH. Asas pukulan kompang  ni kita akan bunyi `BUM` DAN `PAK`...

 Bum dapat dihasilkan di bahagian tepi

Seperti contoh diatas. Model yang tak berapa nak jadi model gitu


Pak dihasilkan di bahagian tengah
Sory..model semua gambo pukulan untuk BUM.paknya tak ada. heheh


Then untuk pukulan bum n pak tu kita boleh buat jadi lagu..Kiranya depents pada kita untuk jadikan lagu tu. Contohla.BUM PAK PAK BUM PAK.Try palu sikit...heheheh. Ni lagu yang paling best bagi bibik.Senang dan sedap didengar..

Banyak lagi sebenarnya kalau nak cerita ni. Kita sambung lagi ya..





No comments: