Majlis mengalu-alukan ketibaan
Yang Berusaha Tuan Haji Yusoff bin Abdullah, Penggawa
Desasiswa Nurani dan isteri
Yang berusaha Dr Shaharuddin Shah Bin che hamzah, Penolong
Penggawa Desasiswa Nurani.
Yang berusaha Cik Che Suhailah binti abdul Rahman, Penolong
Penggawa Desasiswa Murni.
Hadirin sekalian,
Mencari timba sianak dara
Dibawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Ahlan Wasahlan untuk semua
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatuAllahiwabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
SALUTASI
Yang Berusaha Tuan Haji ............., Penggawa
Desasiswa Nurani.
Yang berusaha .............................., Penolong
penggawa desasiswa Nurani.
Yang berusaha .............................., penolong
penggawa desasiswa Murni,
Yang berusaha .............................., Penolong Pengurus Asrama,
Yang berusaha ...............................
Staf2, exco & atlet2 sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kekuatan,
kebesaran dan keagungannya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Malam
Sanggar pada malam ini. Untuk pengetahuan hadirin, Malam sanggar adalah malam
apresiasi bagi peserta sukad, Temasya olahraga tahunan (TOT), Pantun Antara Desasiswa USM (PADU), Tilawah dan
Debat Piala Naib Canselor (DPNC) bagi sidang 2016/2017.
Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat
Kalau pergi ke tanjung keramat
Singgah dikedai membeli pukat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat.
Hadirin,
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada malam ini, marilah
sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh
saudara Ahmad .
Majlis mempersilakan.
#Amin Amin ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad atas bacaan doa itu tadi.
Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput berseni bagai hiasan
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memberi kata ucapan.
Tirai ucapan pada malam ini akan dimulakan dengan ucapan
oleh Saudari Nor , Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa Nurani.
Majlis mempersilkan.
#Terima kasih diucapkan kepada saudari Nor atas ucapan itu tadi.
Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang
Tak berguna majlis jika ada dayung tiada perahunya
Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang
Tak lengkaplah majlis jika tiada ucapan dari penggawanya.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan yang berusaha
Tuan haji , Penggawa Desasiswa Nurani untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Malam Sanggar.
Dipersilakan..
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji , Penggawa desasiswa nurani atas ucapan itu tadi.
Hadirin,
Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
Para hadirin dijemput untuk menjamu selera.
Makanan boleh diambil di sebalah kiri dan kanan khemah.
Sambil menikmati hidangan, ayuh sama-sama kita saksikan
tayangan video yang telah disediakan oleh Exco ICT Majlis Penghuni Desasiswa
Nurani.
#Terima kasih atas tayangan video itu tadi.
Hadirin,
Sepanjang Sidang 2016/2017, pelbagai kejayaan telah ditempa
oleh penghuni desasiswa nurani di dalam sukad dan TOT. Bagi menghargai
Atlet-atlet nurani yang telah menyumbangkan pingat emas dan johan, majlis
mempersilakan Saudari Fatehah Hanim, untuk mengiringi yang berusaha Dr
Shaharuddin Shah Bin Che Hamzah , penolong penggawa desasiswa nurani untuk
menyampaikan sijil dan hadiah.
Majlis mempersilakan.
#RUJUK SENARAI
#Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Dr shaharuddin
shah bin Che Hamzah atas penyampaian hadiah itu tadi.
Seterusnya dipersilakan sekali lagi, Saudari Fatehah Hanim
untuk mengiringi, Yang berusaha Tn Haji Yusoff bin Abdullah, Penggawa desasiswa
nurani untuk menyampaikan sijil dan hadiah.
Majlis mempersilakan.
#RUJUK SENARAI
Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Tn Hji Yusoff
Bin Abdullah, penggawa desasiswa nurani dan saudari Fatehah Hanim, YDP kita
atas penyampaian hadiah dan sijil itu tadi.
Hadirin,
Melarik halus papan di jawa
Tersergam kukuh di gerbang batu
Adat berjumpa terpisah jua
Moga ketemu di lain waktu
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur
bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian Wabillahitaufik walhidayah..
Assalamualikum….