Wednesday 1 May 2019

Teks emcee makan malam


Majlis mengalu-alukan ketibaan
Yang Berusaha Tuan Haji Yusoff bin Abdullah, Penggawa Desasiswa Nurani dan isteri

Yang berusaha Dr Shaharuddin Shah Bin che hamzah, Penolong Penggawa Desasiswa Nurani.
Yang berusaha Cik Che Suhailah binti abdul Rahman, Penolong Penggawa Desasiswa Murni.
Hadirin sekalian,

Mencari timba sianak dara
Dibawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Ahlan Wasahlan untuk semua

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatuAllahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SALUTASI
Yang Berusaha Tuan Haji ............., Penggawa Desasiswa Nurani.
Yang berusaha .............................., Penolong penggawa desasiswa Nurani.
Yang berusaha .............................., penolong penggawa desasiswa Murni,
Yang berusaha .............................., Penolong Pengurus Asrama,
Yang berusaha ...............................
Staf2, exco & atlet2 sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kekuatan, kebesaran dan keagungannya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Malam Sanggar pada malam ini. Untuk pengetahuan hadirin, Malam sanggar adalah malam apresiasi bagi peserta sukad, Temasya olahraga tahunan (TOT), Pantun  Antara Desasiswa USM (PADU), Tilawah dan Debat Piala Naib Canselor (DPNC) bagi sidang 2016/2017.

Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat

Kalau pergi ke tanjung keramat
Singgah dikedai membeli pukat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin,
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada malam ini, marilah sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh saudara Ahmad .
Majlis mempersilakan.

#Amin Amin ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad  atas bacaan doa itu tadi.


Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput berseni bagai hiasan
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memberi kata ucapan.

Tirai ucapan pada malam ini akan dimulakan dengan ucapan oleh  Saudari Nor , Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa Nurani.

Majlis mempersilkan.

#Terima kasih diucapkan kepada saudari Nor  atas ucapan itu tadi.

Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang
Tak berguna majlis jika ada dayung tiada perahunya
Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang
Tak lengkaplah majlis jika tiada ucapan dari penggawanya.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan yang berusaha Tuan haji , Penggawa Desasiswa Nurani untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Malam Sanggar.
Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji , Penggawa desasiswa nurani atas ucapan itu tadi.

Hadirin,

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
  
Para hadirin dijemput untuk menjamu selera.
Makanan boleh diambil di sebalah kiri dan kanan khemah.

Sambil menikmati hidangan, ayuh sama-sama kita saksikan tayangan video yang telah disediakan oleh Exco ICT Majlis Penghuni Desasiswa Nurani.

#Terima kasih atas tayangan video itu tadi.
Hadirin,

Sepanjang Sidang 2016/2017, pelbagai kejayaan telah ditempa oleh penghuni desasiswa nurani di dalam sukad dan TOT. Bagi menghargai Atlet-atlet nurani yang telah menyumbangkan pingat emas dan johan, majlis mempersilakan Saudari Fatehah Hanim, untuk mengiringi yang berusaha Dr Shaharuddin Shah Bin Che Hamzah , penolong penggawa desasiswa nurani untuk menyampaikan sijil dan hadiah.
Majlis mempersilakan.

#RUJUK SENARAI

#Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Dr shaharuddin shah bin Che Hamzah atas penyampaian hadiah itu tadi.
Seterusnya dipersilakan sekali lagi, Saudari Fatehah Hanim untuk mengiringi, Yang berusaha Tn Haji Yusoff bin Abdullah, Penggawa desasiswa nurani untuk menyampaikan sijil dan hadiah.
Majlis mempersilakan.

#RUJUK SENARAI

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Tn Hji Yusoff Bin Abdullah, penggawa desasiswa nurani dan saudari Fatehah Hanim, YDP kita atas penyampaian hadiah dan sijil itu tadi.
Hadirin,

Melarik halus papan di jawa
Tersergam kukuh di gerbang batu
Adat berjumpa terpisah jua
Moga ketemu di lain waktu
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita
 Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian Wabillahitaufik walhidayah..
Assalamualikum….



No comments: