Saturday, 17 December 2016

Psikiatrik and medical posting

Assalamualaikum and hai..

Bila tenggelam timbul tenggelam timbul kalah menteri ni faham faham la ya. Bukan pemalas tapi busy kalah mak datin. muehehehe.

Fuh fuh...
Lama tak menulis. Saja nak cakap bibik dah masuk tahun 2 sem 1.. Hua hua. Pejam celik pejam celik dah tinggal lagi setahun lima bulan nak grad. (suke letew) tapi tapi tapi LJM apa khabar. K tak nak cakap lagi  la pasal LJM. Actually sekarang biasa la waktu akhir sem ni duk praktikum. As usual waktu first masuk wad bibik akan selsema.hak hak..seksa oi oi. Sob sob, seb baik masuk 8s dah ok. Actually kami sem ni banyak belajar pasal teknology means yang pakai mesin-mesin net net tot tot haaaaaa.. Macam-macam bunyi la ada. Puan pesan bila masuk wad yang ada mesin gitew bukan telinga je kena alert, mata tu biar liar sikit tengok skrin-skrin dia. Ampun.. Mata itew duk tengok pesakit doktor hencem-hencem je acanooooo..haaaaa umur 21 xde gewe lagi tu mata liar kit. Maap la kot tersalah tengok pakwe hangpa nah. (hiksss.. Ketawa jahat sambil tutup mulut). Pernah dengar tak pasal ventilator? Aip aip. Saya tanya awak yang tengah baca ni laa. Pernah dengar tak? Pernah kan. K xyah terang la.

Bila tengok pesakit yang on ventilator ni perasaan dia tah xleh nak describe. Sedih..  Huu. Bayangkan manusia normal bernafas ok je dengar hidung mulut. Tapi mereka kena on ventilator(alat bantuan pernafasan) untuk bantu mereka bernafas. Apa perasaan korang tengok anak kecil mai usap tangan ibu dia yang badan penuh wayar. Jarang-jarang sekali dapat tengok ibu dia dalam wad setelah sebulan lebih terlntar di hospital. Nak berjurai air mata tapi im a nurse!! Saya mesti kuat. Kalau saya lemah, macam mana family pesakit dan pesakit nak kuat!! Yes! Selalu pesan pada diri tuk jadi kuat. Even dia sakit, even dia xdapat bercakap,even dia xmampu bergerak tapi mereka mempunyai perasaan, mereka nampak dan mereka rasa.. Saat air mata pesakit berjuraian jatuh saat tu kita akan rasa mereka sedang melawan sakit. k dah la bab ni..

Minggu ke 2 diempatkan di wad psikiatrik. Oh Em Ji, bagai dunia ni ana yang punya. Memang la wad ni boleh dikatakan relaks tapi tapi banyak benda yang perlu belajar dan banyak benda yang dapat masa posting wad psikiatrik ni. Pengalaman tak payah cakap la kena peluk dekat pesakit lelaki dari belakang, paksa pesakit mandi ibarat nak ajak berperang, ajak pesakit makan ibarat menjadi enjahat yang paling dikehendaki. Nak tahu kenapa? Sebab macam2 weyy bibik ugut pesakit supaya suruh makan. Yang paling kejam pegang tiub feeding tu. Konon kalau tak nak makan nak masukkkan tiub dalam hidung.. Hhahahaha.. jahatnya ampunn..  k malas dah nak cerita sebab banyak sangat cerita.. nanti kita sambung k..

kami belanja muka saing2 kami hak sewad deh deh.. buat baik sesama.buat jahat tak pernah..eh eh

Sunday, 19 June 2016

The Power Of Syukur

Bismillah...

The power of Syukur..
Seriously zaman tok kadok zaman sekolah dulu sangat2 jahil bab agama. Bukan ambik kisah sangat pasal benda2 yang kita anggap kecil tapi benda tu besar dari sudut lain.
The powerfull of Syukur..
Serius, Dulu jarang sangat nak bersyukur kalau dapat apa2. Rasa macam bukan setakat jarang, malah rasa macam lidah ni berat nak ucap syukur even Allah selalu bagi apa yang saya nak. Allah bagi saya bermacam kelebihan yang saya sendiri tak terhitung , Allah bagi saya kejayaan dalam semua segi dan bidang saya ceburi, Allah bagi apa yang saya mintak, Tapi saya?
Bukan kata nak bersyukur nak berterima kasih pun tak. And after Allah bagi ujian yang saya fikir ujian yang sangat besar dalam hidup saya. SPM Result saya fikir the best in my life . I got 5a . Kalau fikir balik 5a tu dah tinggi and semua matapelajaran yang wajib semua lulus. UPU Isi tapi Dengan takdir Allah i cant further my study dekat mana2 university, Tapi dapat sambung study dekat Matrik even masa tu tak fikir pun nak masuk matrik sebab rasa macam .. Tah la rasa macam mana masa tu,masa perg matrik tu honestly tak prepare apa2 pun even dah tahu matrik tu jauh.. Johor plak tu.
Masa kat matrik tak usah cakap. Memang syukur dalam diri ni tak de, Tak pernah nak ucap syukur seingat saya. Sekali lagi saya diuji dengan dapat result yang tak berapa tinggi dan sekadar cukup makan. SYUKUR? Masih tak ada dalam kamus hidup ni. Lepas matrik saya tak dapat further study dekat mana2 university. Even isi rayuan tak dapat jugak. Isi yang intake mac pun still tak dapat. pergi interview tak lulus. Allahu. Masa ni terasa down sangat2 down. Tambah pulak dengan orang sekeliling asyik duk tanya duk caci duk mengata dia tu tak dapat masuk universiti nd bla bla bla.. Stress tahap menggunung . Bukan kita nak la tak dapat further sudy. Sedih tau, kalau boleh ak sorok kepala dalam baldi. Lebih2 lagi bila jumpa cikgu sekolah dulu..huuuuuu... Malu. Dari penolong ketua pengawas dan seorang murid yng famous kat sekolah `RIAK TAK BAIK TAU` HEEE tapi bila habis sekolah tak dapat masuk u n bila kelur matrik tak dapat further study..Tapi masa tu tak fikir lagi apa salah .
After a few month bila difikir balik, bila mula muhasabah diri saya dapat something, Dapat rasa dan pekataan SYUKUR ALHAMDULILLAH tu seolah olah terbayang dan selalu hadir di minda. Kenapa selama ni tak pernah nak ucap SYUKUR? kenapa selama ni tak pernah nak ucap terima kasih. Allahu. Sujud syukur padamu ya Rabb kerana menyedarkan dirimu yang lena dan asyik dengan duniawi ini.
Lepas berbagai ujian dan dengan hadirnya insan2 yang memberi semangat dan mengubah diri ini ke arah kebaikan alhamdulillah ada jugak universiti yang nak ambik syazana ni belajar.. hehe..Alhamdulillah..Thanks allah atas kesedaran selama ini. Terima kasih kerana menyedarkan diri yang alpa ini. Sesungguhnya segala kejayaan dan semua yang dapat di dunia ini dariMu Ya Rabb. The Power of SYUKUR always jadi yang terbaik and also result di uni dapat melebarkan senyuman umi abah.. Terima kasih kerana membuatkan abah umi senyum bila tahu result dan kejayaan anak dia.. Syukur Alhamdulillah..
xoxo.published by bibikmoden akak syazana amni..



Thursday, 29 October 2015

Sejarah kompang


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lambu, Kerbau malah getah sintetik.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.
Alat muzik ini berasal dari Tanah Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang. Kelihatan gelung plastik tebal yang digunakan bagi menala bunyi kompang dengan menyelit antara bingkai dan kulit penutup. Pada waktu dahulu, rotan digunakan.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian.
#Sumber Wikipedia Ensiklopedia Bebas#

Assalamualaikum..

Mai Bibik cerita sikit pasal Kompang mengikut penngetahuan bibik selama bibik belajar la. First bibik belajar of course about sejarah kompang ni.Then first paluan aka ketukan yang bibik belajar adalah MELALU dan MELINGKAH. Asas pukulan kompang  ni kita akan bunyi `BUM` DAN `PAK`...

 Bum dapat dihasilkan di bahagian tepi

Seperti contoh diatas. Model yang tak berapa nak jadi model gitu


Pak dihasilkan di bahagian tengah
Sory..model semua gambo pukulan untuk BUM.paknya tak ada. heheh


Then untuk pukulan bum n pak tu kita boleh buat jadi lagu..Kiranya depents pada kita untuk jadikan lagu tu. Contohla.BUM PAK PAK BUM PAK.Try palu sikit...heheheh. Ni lagu yang paling best bagi bibik.Senang dan sedap didengar..

Banyak lagi sebenarnya kalau nak cerita ni. Kita sambung lagi ya..





Sunday, 25 October 2015

Soalan temuduga diploma jururawat Usm

Assalamualaikum

Sesaja Bibik nak kongsi soalan-soalan yang penemuduga tanya masa interview ritu. Adik2 yang mungkin first time nak temuduga,masih tetanya-tanya apa soalan yang selalu ditanya dan macam mana nak kurangkan rasa nervous yang macam nak tercabut jantung bila masuk bilik temuduga ..HAHAHAH..Ok ni bibik nak kongsi sikit la,sikit je ok sebab kalau bab interview ni soalan2 dia selalu berubah.berubah macam fikiran kita la, Ada kala sedih,ada kala bahagia,ada kala  kecewa,ada kala kena kental.Macam tu jugak soalan2 dia. Jangan risau ok.Kalau kita pecaya pada diri,kalau kita ada keyakinan diri In Sha Allah  kita dapat,In Sha Allah kita boleh, Antara soalan yang bibik dapat aritu

1) Perkenalkan diri
   (soalan wajib dan adik2 tak perlu nak intro panjang2.Biar pendek,padat dan muthakir ok.hahaha..Kalau
    bibik ritu just cakap)
     -NAMA
     -UMUR
     -ASAL
     -ADIK BERADIK/ANAK KE BERAPA
     -KERJA UMI DAN ABAH
     -#SENYUM JANGAN LUPA...

2) Hobi ( In English)
     ( Kalau boleh hobi ni buat lain dari orang lain tau.Kalau korang lain dari orang tu dah 1 kelebihan untuk          korang.Mesti la penemuduga ni dia tak nak yang sama jer.dia nak yang extra ordinary gitu.. Kalau bibik
     ritu tak fikir banyak pun.Bibik terus cakap MY HOBBY IS IRON CLOTH (dengan serta merta                  penemuduga tu bagi concentrate 360% dekat bibk.muhehehe). Feeling time tu of course rasa macam            pwincess gitu..

3) Penemuduga bagi situasi.Then kita kena pikir apa nak buat...
    (Bibik time tu dapat situasi masa mak kita tengah memasak dekat dapur then jari mak kita terkena                 pisau.So what u should do???) Jangan risau sebab dalam bahasa melayu jer..heheheh..Pandai2 adik nak
    buat apa..asal bercakap dan yang penting confident..Ulang suara CONFIDENT!!!!!!!!!!!!

4) Pernah tak awak pegi hospital tengok orang sakit??
    (JAWAPAN YA. YA OK..)

5) Apa tugas Jururawat dari segi pemahaman kita??
   ( Yang ni bibik cakap pasal tugas jururawat gitu la kot..Lupa dah cakap apa. Yang ingat tugas seorang           jururawat ni adalah jaga pakaian,pastikan tempat patient bersih,pastikan makan minum patient terjaga dan     bagi sokongan untuk patient.Bukan kita lagi nak buat patient sedih dengan penyakit yang dia ada.Tapi dia     kena kuat tuk lawan penyakit dia..Kalu nak info lebih banyak korang google jer..banyak nanti yang               keluar)

6) Kenapa nak jadi Nurse??
   ( Soalan favourite bagi bibik sebabnya bibik ni memang minat sangat2 nak jadi nurse..ceh poyo jekan.
   heheh..Tak de la bibik cakap gitu.Bibik just cakap yang bibik minat nk jadi nurse sebab bibik minat bergaul dengan masyarakat.Bibik suka tolong2 orang dan bagi bibik jika kita lakukan sesuatu yang melibatan masyarakat yang besar dan pelbagai kaum,pelbagai fahaman,pelbagai ragam,pelbagai jenis rakam,Kita akan rasa puas.Then kita akan rasa seronok.At the same time kita dapat kumpul pahala.As we know,Tugas as a nurse ni banyak pahalanya.In Sha Allah kalau kita niat betul2 ingin membantu orang kita akan rasa seronok dengan apa yang kita buat.Believe me!!)


 tu je yang ingat soalan2 dia..nanti bibik ingat bibk sambung balik....
thanks for read this entry..
anything u want to know about usm just follow my fb..(Bibik moden)

Nurse to be yang serba boleh


Assalamualikum,,,

Berabuk hitam blog.Terasa berabad tak menulis.Busy tu dak la sebab belajar pasal nursing je kot..Bukan Doktor lagi..heheh..Sesaja buat busy2 tido.Tido penting tuk kesihatan..hee..

oK,riniy saja nak cerita.Walaupun kami alam profesionkesihatan kami tak tumpukan pada profeaion kmi saja.Kami nak jadi serba bleh.Bukan apa,Andai rezeki lebih boleh tukar tukar bidang.Tak ke gitu..hee..

Tak nak citer panjang2 sebab ni masa tido.nak suruh tengok gambar banyak2 jer..hahahaah..




Acah betulkan baju pesakit.Kesian pak cik ni..Anak2 tak melawat..sob sob


Masukkan tiub dalam hidung ya anak2...kesian dia..tak leh makan ikut mulut..sob sob


Join Explorace gitu..Lari2 anak then dpat tempat ke12 dari 25..Hebat tak..hahahah



Berkompang gitew..Kite belajar dari asas sampai boleh jdi kompang berlagu.haha..nanti bibik masukkan bideo nati ya


Acah2 model gitewww..


Main sukan ya anak2..kami menang main eret bola dalam gelung then cari klik dalam tepung..kami boleh gitew..


Gadis melayu gitew.Cita2 nak jadi pelakon macam Mek Siti tapi tak kesampain.Jadi pelakon biasa2 pun cukup lah..ahhha





Sukarelawan..Kami Rela dan kami suka...


Yang paling boleh buat adalah MAKAN!!!!!!!



k.bye



Tuesday, 15 September 2015

Kampus Life

Assalamualaikum and a very good evening!!!!!!

Life as a student totally different compare with Bibik life.muehehehe.
Alhamdulilah pada  31/8/2015 status bibik yang dulu bujang anak sorang bertukar jadi `Taken`.Eh eh,,(Mengada tak habis,study belom habis gatai nak kawen). Actually tarikh tu tarikh yang sangat penting and very meaningful to me.
Gembira,terharu ,sedih,sebak semua ada bila tengok umi,abah gembira tengok anak yang mereka jaga,mereka tatap dapat further study after one year jadi penganggur. First nak mai USMKK ni macam2 main dalam fikiran, gna prinsip WH Ok!!!hikhik

#ADAKAH BIBIK BOLEH JAGA DIRI BIBIK??CAMPUS LIFE!!!
#ADAKAH BIBIK DAPAT JAGA HATI/PERASAAN BIBIK DARI TERJATUH HATI DAN TERGODA DENGAN KAUM ADAM YANG DICIPTAKAN UNTUK MELENGKAPKAN HIDUP SEORANG PEREMPUAN(AYAT YANG SANGAT POYO) .hahahhaha
#SAPER ROOMATES?????
#BOLEHKAH BIBIK FOLLOW COURSE YANG DAPAT?? (As we know,USM is a APEX University,Student yang study sini semuanya pandai2.especially kampus USMKK)
#PTPTN BILO NOK BAYOR??HAHAHA,,ingat lepas habis study nak terus kawen,tapi..tapi....

Semua persoalan tu tak penting sebenarnya.Its depent on our self. In sha Allah kalau kita pandai jaga diri kita akan dapat sesuaikan dengan keadaan sekeliling.Be Mathured!! and u will feel your real life,,eh?? betol ke gitu??heeeee

                                          Coursemates yang sangat sporting and owesome..
carik bibik duk mana,,haha 


                                           Roomates yang cun2,sari bersama rasa macam setahun kenal..



                                      Muka bahagia semua..bukti campus Life owesome ye adik2 semua..ahha

Eh eh!! Mandi belom lagi la..bau mashammm,,,heee,,,
Next bibik sambung,,,salam



Tuesday, 12 May 2015

Susulan kematian adik Akram,(pelajar teknik bachok)

Assalamualaikum (+.+)
Dalam pukul 5 Tadi tengah2 duk suka suka dengan rakan sekerja,,Duk makan2.. Terpandang la adik bibik hak laki atau lebih senang disapa 'Abe' ..actually he is very good boy,good young bro thats I have in this world,,(Puji adik sebab itu hakikatnya),, Abe meme sadoo..tapi hati sangat lembut,, Cerita time dia mai tadi.. Abe singgah kedai,Dia bukak peti then ambik air tin 100 plus dengan muka MaShaallah,,Hanya Allah yang tahu.. bibik tak pernah tengok muka abe gitu althought he tired, Dia bayar pun xsenyum,, Bibik tanya ' bakpo abe'?? actually I can feel something.. Dalam kepala bibik xsoh duk cerita!! macam2 pikir,abe ni begaduh di sekolah ker? Tapi xmungkin!!mana pandai nak begaduh abe ni.. Allah Allah.. boleh pulak lepas dia bayar bibik tanya 'Abe bakpo? Ada masalah ko' DIa boleh ambik air pegi then dia kata 'Male nati angoh tengok berita' What the fish?? 'Asal pulak abe ni,Takke la ada buat masalah kat sekolah sampai masuk berita,Entah2 abe ada kes lain?kena buang sekolah ke?'  Allah Allah ( Bibik bermonolog),, Abe pegi dekat motor then masuk kekedai balik sambil bawak air tin barli,(Actually air tu bibik acah je suruh dia beli,Tapi as I said at the first..He is a good boy( Thats y bibik sayang adik beradik bibik.) BIbik tak putus asa,Terus desak tanya kenapa badmood,,Then dia mula bukak cerita,,
'Ada kes bunuh disekolah abe'
(Allah,bagai nak luruh jantung bibik)
'Dia duk disebelah abe jah dale kelas,Dah la hari ni birthday dia,Kejadian tu terjadi 12 malam'
( Bibik boleh lihat dari mata dia ada butir2 jernih yang sedang bertakung,Tapi disebabkan depan orang,butir2 jernih tu dibirkan saja selagi mampu ditahan,,Tapi merah mata abe dapat dilihat dan abe xboleh tipu yang dia sedang sedih,,Sedih kerana kehilangan,walaupun baru 3 bulan belajar bersama tapi bibik tahu perasaan kehilangan teman rapat,Sebelah meja pulak tu,,)
'Nanti angoh tengok la berita male ni,,Tadi ada polis gi,forensik semua gi,'
'Tadi sain2 abe gi dengan bas,,abe nak gi tapi tak muat,,Tanya cikgu2 pun cikgu tak boleh tolong sebab semua penuh'
( Allah,allah,,Menitis air mata bibik,,)

Sempat abe cerita,dia kata arwah meninggal sebab kena tendang di tengkuk,,Allah,Kawan2 bagi Cpr tapi xberhasil,,Allah,,innalillahiwainnailaihirojiun,,Tak dapat bibik bayang betapa seksanya arwah time tu.. In sha allah dik,,Didunia dikau merana,,Dia akhirat ada pembela,Akak doakan syurga buatmu dik..

Abe cerita,arwah sangat baik orangnya,pendiam

                     Nukilan ini Buatmu
            Dik Mohd Nor Akram Zime,,

Andai ini takdirmu,
Andai ini suratanmu,
Andai ini pengakhiran hidupmu didunia yang fana ini,
Andai ini yang terbaik untukmu,
Pergilah dik,, pergilah dengan tenang,semoga Kau bersemadi dengan tenang dikalangan orang yang beriman.. Akak doakan Syurga buatmu dik,,

Dikau pergi dalam sekelip mata,
Tapi budi,jasa,amalanmu takkan pernah dilupakan,
Moga diberi ketabahan,kekuatan untuk ahli keluarga,saudara mara,teman seperjuangan..
Tenanglah dikau dik..
Al- Fatihah,,

( Wallahualam,,segala kekurangan datang dari diri bibik,,Maaf andai entry ini menyinggung mana2 pihak,,Sekadar perkongsian dari cerita adik bibik selaku kawan sekelas)
#susulan kematian Adik Mohd Nor Akram,, Pelajar Teknik Vokasional Bachok#
xoxo publish