Tuesday, 29 March 2022

PERKHIDMATAN RAWATAN FISIOTERAPI & JURURAWAT KE RUMAH SEKITAR HULU SELANGOR & KUALA LUMPUR

Antara khidmat rawatan yang ditawarkan : 

Fisioterapi  

1. Stroke

2. Kecederaan 

3. Kesakitan Kronik

4. Athritis

5. Masalah Respiratory (Pernafasan) & khidmat Sedut kahak -Suction 

6. Parkinson's

7. Cerebral Palsy 

Hubungi kami  :En. Azman  https://wa.me/601126442743?text=Khidmat%20rawatan%20fisio

Whatsapp: 011-26442743


Jururawat 

1. Mencuci luka (Dressing)

2. Menukar Tiub Makanan (ryles tube)

3. Menukar Tiub Kencing (CBD) - Wanita Sahaja*

4. Memandikan Pesakit

5. Suntikan  Heparin (Ibu selepas bersalin Ceaser) 

6. Suntikan Insulin 

7. Perkhidmatan menemani pesakit ke pusat rawatan (Hospital) 

Hubungi kami  : Pn. Syazana https://wa.me/60139772944?text=Perkhidmatan%20Jururawat

Whatsapp: 013-9772944


Kelebihan Rawatan Kami : 

- Mempunyai sijil yang diktiraf sebagai pengamal perubatan 

- Pengalaman berkerja di Hospital dan Pusat Jagaan Warga Emas

- Rawatan 'one to one' kepada pesakit

- Pemeriksaan dan rawatan yang Holistik 

- Khidmat nasihat dan kaunseling secara percuma 

- Khidmat rawatan combo fisioterapi & Jururawat dengan harga yang murah 


**Para Pelanggan Diminta Untuk Menghubungi Di Talian Yang Diberikan  Diatas Untuk Sebarang Pertanyaan Mengenai Tempahan Slot & Harga Rawatan**


_WE TREAT WITH THE BEST CARE_

 





Wednesday, 16 March 2022

SOALAN TEMUDUGA JAWATAN JURUPULIH PERUBATAN FISIOTERAPI SPA8@SPA9 DAN TIPS MENJAWAB SOALAN

Secara lazimnya tiada soalan khusus berkaitan soalan yang akan diajukan oleh panel penemuduga tetapi berikut adalah antara soalan yang biasanya ditanya oleh penemuduga. Panel penemuduga biasanya ada 2 orang yang terdiri dari pegawai SPA & Pegawai kesihatan. 

  • Sila Perkenalkan diri anda.
= Anda perlu menceritakan identiti diri anda secara khusus dan kongsikan juga secara ringkas latar belakang keluarga anda.
  • Apa Hobi anda ?? 
= Beritahu kegiatan waktu di sekolah dulu jika anda seorang atlit boleh ceritakan dan jika tidak aktif beritahu kegiatan lain yang boleh dilihat sebagai (aktif) JANGAN berkata tidak aktif dalam apa-apa kegiatan ya.
  • Apakah yang anda sedang lakukan sekarang ? 
= Biasanya selepas panel penemuduga  membaca sijil anda, mereka ingin mengetahui status anda sekarang sama ada berkerja atau tengah belajar di mana-mana Institusi ataupun masih belum menyambung mana-mana pusat pengajian. 
*tips : beritahu penemuduga yang anda sekarang masih tidak menyambung mana-mana pusat pengajian. Jika mereka tanya laa yee ...kalau tak tanya buat dunno jerr k . 
  •  MENGAPA ANDA NAK JADI FISIOTERAPI ? (Soalan femes) 
= jawab laa apa pun nak jawab tapi yang paling PENTING kena jawab dengan YAKIN dan MESTI CAKAP SEBAB SAYA MINAT. 
*Tips : Goreng jer laa tapi jangan sampai hangus ok ..hehehe 
  • Apa yang anda tahu tentang tugas Fisioterapi ? 
=Anda kena buat sedikit bacaan atau sekurang-kurangnya tahu apa itu Fisioterapi 
*Tips: x perlu hafal ayat seketul-ketul mcm dalam website yang penting tahu tugas Fisioterapi seperti membantu memulihkan kefungsian anggota badan seperti orang yang patah.
  • Berapa ml ubat batuk untuk setiap kali pengambilan mengikut dos yang ditetapkan. ?
= Sejujurnya soalan ni agak jarang ditanya kerana biasanya panel penemuduga yang bertanya mengenai perihal ubatan adalah daripada pegawai kesihatan itu sendiri bukannya pegawai dari SPA. jadi soalan dia tidak menentu.   
*Tips : Cari tahu basic ubat yang selalu kita gunakan seperti panadol berapa mg ? >> ubat batuk, nama ubat selsema..

  • Siapakah Menteri Kesihatan ? / Siapakah Timbalan Menteri Kesihatan ? / Siapakah Pengarah Kesihatan ? Siapakah Timbalan Pengarah kesihatan ? (Soalan Femes) 
Tips: sila buat semakan yer salah satu soalan diatas biasanya akan ditanya. - pengetahuan am
  • Apakah Harapan anda dimasa akan datang jika anda dipilih sebagai Jurupulih Perubatan Fisioterapi ? 
=jika anda ditanya soalan seperti ini , jawablah dengan penuh semangat dan yakin percaya diri kerana soalan seperti ini BERKEMUNGKINAN BESAR anda telahpun terpilih. 

Tips Akhir*** 
- Sebelum masuk ke pintu , sila ketuk dan beri salam terlebih dahulu - masuk dengan muka yang selamba serta senyum yang IKHLAS dan JANGAN serius anggap je panel2 tu semua kawan-kawan kita oke ..Sebenarnya mereka ni nak tengok tahap keyakinan kita bercakap sahaja .. Sebab tu mesti YAKIN waktu bercakap oke . ☺😏Semoga Dipermudahkan Urusan Kalian Semua ..AMINN


Physiotherapist

Wednesday, 9 September 2020

Jalan-jalan cari makan KL /Bingso paling sedap area KL

 Assalamualaikum and hai hai😉

Posting ni more kepada makanan and kedai favourite bibik dekat KL especially cheras😉

korang kalau nak rasa ala2 korea bolehlah try BBQ Chicken ni.  Seriously sedap🤤














Bingsoo paling sedap dalam malaysia yang pernah makan. Seriously tak tipu dan anda semua wajib try.  Ais dia smooth lembut mana mana entah. Tak Boleh la nak describe.  Rasa macam bila makan kan terus mengidam selalu. Hihii



Tuesday, 30 June 2020

Tugas jururawat by misi HUKM

hai and assalamualaikum.

Jururawat

Bagi yang beranggapan nurse ni hanya merawat pesakit tu adalah tanggapan yang salah ya. Sebab apa?  Sebab nurse ni macam2 dia buat. Sebab tu orang cakap nurse ni jiwa kental,  hati kuat dan of course badan pun kena kuat.  Ok meh bibik cerita sedikit sebanyak apa tugas nurse ni.

1. Merawat.
Yang ni sah-sah dah tugas nurse. Merawat macam mana? Kalau pesakit ada luka kita yang akan cuci luka pesakit itu merawat. Bagi ubat yang di order oleh doktor pun dipanggil merawat.

2. Jaga keperluan pesakit di dalam wad.
Nak jaga macam mana?  Kita kena pastikan pesakit dapat tempat yang selesa termasuk katil,  bed,  dan locker yang bersih.  Pastikan pesakit mendapat makanan yang bersesuain dengan penyakit pesakit.
Semua keperluan dari segi fizikal dan mental la kita kena jaga. 

3. Kebersihan pesakit. 
Ramai yang cakap ala misi je pun.  Memang tugas dia kan basuh berak, tukar pampers pesakit. Untuk pengetahuan Kakak2 abang2 semua, tukar pampers dan sebagainya tu tiada pun dalam scop tugas kami sebenarnya tapi kami buat sebab ihsan sesama manusia. Sebab kami tahu kalau kami tak buat benda tu pesakit kami akan terdedah dengan infeksi kalau nak harapkan penjaga yang tak bertanggungjawab. Eh boleh ka gitu ? Tapi tak semua penjaga. Ramai ja yang tak harapkan nurse pun buat semua tu. Tahniah untuk anda yang betul2 jaga kalau ada keluarga kalian yang admit wad. 

4. Perasaan pesakit.
Perasaan pesakit pun kami kena jaga sebab apa?  Sebab kebanyakan pesakit bila diorang admit diorang akan down. Jadi as a nurse kita kena selalu cakap yang positif2, selalu senyum, dengar apa yang diorang cakap dan yang paling penting jangan garang2.  Nanti kena cop misi garang.  Hehehehe. 

5. Pembantu doktor. 
Kenapa pembantu doktor?  Sebab kebanyakan benda yang kita buat dalam wad kita lebih tahu dari doktor.  Ya la doktor lebih2 lagi ho diorang stay dekat wad kejap2 ja. Jadi kita la yang kena ingatkan diorang apa2. Kita juga yang akan assist doktor jika ada procedure apa2 yang perlu dilakukan untuk pesakit. Kadang2 doktor ni diorang lupa sebab ramai patient. So kita juga la yang kena ingatkan diorang.  Nurse cant live without dr and doktor cant live without nurse. They need each others ahh begituuu.

6. Orang perantaraan. 
Nurse pun bertindak sebagai orang perantaraan antara pesakit dan doktor.  Im pretty sure ramai pesakit lagi suka bercerita dan bagitahu masalah sebenar dia dekat nurse berbanding doktor.  Then nurse la yang akan sampaikan kepada doktor.  Maybe diorang lebih selesa sebab nurse yang banyak bersama diorang dalam wad. 

Ok done.  Xoxo publish




Tuesday, 25 February 2020

Halatuju selepas SPM

Assalamualaikum  and hai. 

First of all Tahniah diucapkan untuk SPM candidates yang dapat result. Berapa pun result yang anda dapat Tahniah bibik ucapkan. Bagi yang tak capai target jangan pernah putus asa. Peluang untuk anda luas diluar sana. Ok back to our topic. Halatuju lepas SPM kemana adik2 boleh pergi. Actually peluang di luar sana sangat luas.

1. Upu online.
Adik2 boleh isi upu untuk diploma. Adik2 mesti ada target nak masuk universiti mana dan kos apa. Sebelum isi adik2 wajib check dulu sama ada kos yang adik2 nak mintak tu sesuai tak dengan result yang adik2 dapat. Make sure pilih 3 universiti dan kos yang sesuai dengan result adik2. 

Dengan upu juga adik2 boleh isi untuk politeknik. Politeknik also ok and choose the best course.

2. Matrikulasi
Adik2 boleh pilih program matrikulasi sama ada matrikulasi sains ataupuna perakaunan.  Bagi program sains ada yang setahun dan 2 tahun dan juga ada 3 kos.  Bagi perakaunan hanya setahun saja.  ( for more info untuk matrikulasi perakaunan boleh check dekat post bibik sebelum ni) .

3. Maktab perguruan. 
Maktab perguruan sangat sesuai untuk yang nak jadi cikgu. Boleh isi online and good luck for test.  😊

Nota kaki : Pilihlah course yang bila korang grad peluang pekerjaan luas. Jangan pikir minat tak minta. 2020 dan masa akan datang lebih mencabar.  Ok bye.

Sunday, 16 February 2020

Jawatan jururawat u29 tetap HUKM

Assalamualaikum and hai.

Harini bibik nak cerita macam mana nak tukarkan jawatan kontrak ke jawatan tetap dalam masa 6 bulan ja kerja.  Untuk pemgetahuan semua bibik mula bekerja di HCTM pasa bulan 5 2019. Dan alhamdulillah bulan 11 dapat panggilan temuduga bagi jawatan jururawat u29 tetap.  Memang tak sangka langsung sebab temuduga ni sekali dengan senior wad yang sah setahun lebih kerja. Actually dekat HCTM ni ada 2 cara untuk dapat tetap ni.  Pertama dari dalaman dan kedua kita isi melalui portal jika ada iklan kekosongan jawatan.  Jadi bibik apply melalui portal jawatan kosong sebab tu cepat sikit dapatnya.  Rezeki tak pernah salah alamat kan. Heee.

So disini bibik akan cerita flow dan cara macam mana nak apply jawatan tetap ni.

1. Kena alert dengan iklan jawatan kosong dekat portal HCTM/HUKM/PPUKM
2. Isi dengan lengkap butiran yang diperlukan
3. Kalau berjaya anda akan dapat mesej/email dari pihak HR.
4. Prepare untuk sesi temuduga.
5. Sesi temuduga oleh panel2 dari HCTM
    soalan yang ditanya
    √Perkenalkan diri
    √Apa kelebihan diri kita
    √Apa kelemahan diri kita
    √Apa penambahbaikan untuk wad/department yang kita bertugas
6. Tunggu keputusan dalam masa sebulan.
7. Kalau berjaya pihak HR akan hantar surat ke wad masing-masing.

Dah senang and easy kan. Tak ada alasan untuk anda tak berjaya temuduga ni tau.  Yang penting alert dengan iklan jawatan kosong.

Ok bye. Till we

Friday, 29 November 2019

Tips Temuduga

Hai and Assalamualaikum guys. 


Tips temuduga gaya bibik. 

'Do'

1. Yakin atau bak kata orang puteh confident.

2. Guna bahasa yang mudah difahami. 

3. Senyum😊

4. Suara jelas dan nyata. 

5. Posisi badan yang betul.  Tegak dan sopan.  

6. Study pasal tugas anda.  

7. Study pasal syarikat,  tempat kerja dan pasal majikan anda.  

8. Hadir 1 jam awal.  

9. Pastikan fail tersusun rapi dan semua dokumen yang diperlukan diletakkan dalam sampul surat.  

10. Pakaian kemas bersesuaian dengan tugas anda. 


'Dont'

1. Jangan guna loghat atau bahasa negeri kome. 

2. Jangan ulang apa yang candidates lain cakap.  Sebolehnya cari idea sendiri untuk jawab soalan.  (bagi temuduga berkumpulan) 

3. Jangan tarik kerusi😂

4. Jangan asyik baiki tudung bagi perempuan.  Sebab diorang tak tengok pun tudung hangpa gelembung ka tak.  Ihiks

5. Jangan biarkan muka anda masam macam cuka.  Aish kang dah cakap kena senyum. Tapi kalau korang pergi temuduga untuk jadi bodyguard mungkin perlu kot mula garang tu. Hahah


6. Jangan pakai baju yang terlampau crowded dengan corak dan banyak warna.  

7. Jangan lewat⏰

8. Jangan selekeh. 


9. Jangan tak datang temuduga.. Hahaha.  


Ok bye xoxo publish