Assalamualaikum
Sesaja Bibik nak kongsi soalan-soalan yang penemuduga tanya masa interview ritu. Adik2 yang mungkin first time nak temuduga,masih tetanya-tanya apa soalan yang selalu ditanya dan macam mana nak kurangkan rasa nervous yang macam nak tercabut jantung bila masuk bilik temuduga ..HAHAHAH..Ok ni bibik nak kongsi sikit la,sikit je ok sebab kalau bab interview ni soalan2 dia selalu berubah.berubah macam fikiran kita la, Ada kala sedih,ada kala bahagia,ada kala kecewa,ada kala kena kental.Macam tu jugak soalan2 dia. Jangan risau ok.Kalau kita pecaya pada diri,kalau kita ada keyakinan diri In Sha Allah kita dapat,In Sha Allah kita boleh, Antara soalan yang bibik dapat aritu
1) Perkenalkan diri
(soalan wajib dan adik2 tak perlu nak intro panjang2.Biar pendek,padat dan muthakir ok.hahaha..Kalau
bibik ritu just cakap)
-NAMA
-UMUR
-ASAL
-ADIK BERADIK/ANAK KE BERAPA
-KERJA UMI DAN ABAH
-#SENYUM JANGAN LUPA...
2) Hobi ( In English)
( Kalau boleh hobi ni buat lain dari orang lain tau.Kalau korang lain dari orang tu dah 1 kelebihan untuk korang.Mesti la penemuduga ni dia tak nak yang sama jer.dia nak yang extra ordinary gitu.. Kalau bibik
ritu tak fikir banyak pun.Bibik terus cakap MY HOBBY IS IRON CLOTH (dengan serta merta penemuduga tu bagi concentrate 360% dekat bibk.muhehehe). Feeling time tu of course rasa macam pwincess gitu..
3) Penemuduga bagi situasi.Then kita kena pikir apa nak buat...
(Bibik time tu dapat situasi masa mak kita tengah memasak dekat dapur then jari mak kita terkena pisau.So what u should do???) Jangan risau sebab dalam bahasa melayu jer..heheheh..Pandai2 adik nak
buat apa..asal bercakap dan yang penting confident..Ulang suara CONFIDENT!!!!!!!!!!!!
4) Pernah tak awak pegi hospital tengok orang sakit??
(JAWAPAN YA. YA OK..)
5) Apa tugas Jururawat dari segi pemahaman kita??
( Yang ni bibik cakap pasal tugas jururawat gitu la kot..Lupa dah cakap apa. Yang ingat tugas seorang jururawat ni adalah jaga pakaian,pastikan tempat patient bersih,pastikan makan minum patient terjaga dan bagi sokongan untuk patient.Bukan kita lagi nak buat patient sedih dengan penyakit yang dia ada.Tapi dia kena kuat tuk lawan penyakit dia..Kalu nak info lebih banyak korang google jer..banyak nanti yang keluar)
6) Kenapa nak jadi Nurse??
( Soalan favourite bagi bibik sebabnya bibik ni memang minat sangat2 nak jadi nurse..ceh poyo jekan.
heheh..Tak de la bibik cakap gitu.Bibik just cakap yang bibik minat nk jadi nurse sebab bibik minat bergaul dengan masyarakat.Bibik suka tolong2 orang dan bagi bibik jika kita lakukan sesuatu yang melibatan masyarakat yang besar dan pelbagai kaum,pelbagai fahaman,pelbagai ragam,pelbagai jenis rakam,Kita akan rasa puas.Then kita akan rasa seronok.At the same time kita dapat kumpul pahala.As we know,Tugas as a nurse ni banyak pahalanya.In Sha Allah kalau kita niat betul2 ingin membantu orang kita akan rasa seronok dengan apa yang kita buat.Believe me!!)
tu je yang ingat soalan2 dia..nanti bibik ingat bibk sambung balik....
thanks for read this entry..
anything u want to know about usm just follow my fb..(Bibik moden)
4 comments:
Slm..nk tnya..interview by group ataupun individu???😬🤏
Bagus penerangan
Hii😀iv in eng or malay ya?
interview guna dalam bahasa inggeris je ke
Post a Comment