Korang pernah dengar tak pasal Diploma Kejururawatan USM ?
Ok basically diploma kejururawatan atau diploma nursing ni satu-satunya kos diploma di USM dimana kos ni berada di Kampus Kesihatan Kubang Kerian Kelantan atau lebih dekat lagi dengan HUSM.
Diploma kejururawatan adalah kos 3 tahun dimana korang akan belajar 6 sem. Seriusly tak lama bahkan korang akan rasa sekejap sahaja disebabkan keseronokan belajar.
Ni Syarat Kelayakan ok |
CARA NAK APPLY
1. Bila tahu result SPM korang bolehla pergi ke BSN untuk beli nombor pin bagi *diploma kejururwatan USM* . Harga lama adalah RM60.
2. Lepas tu isi secara online di https://pohon.usm.my.
3. Tunggu sehingga dipanggil interview. ( soalan temuduga nurse Usm)
4. Then tunggu sehingga USM mesej
*TAHNIAH ANDA BERJAYA*
5. Bulan sembilan boleh pack barang then boleh register as a student nurse😂6. Senang kan? Kalau ada yang cakap susah meh nak cubit sikit.
PEMBELAJARAN
1. Ok basically belajar nursing ni tak ada la susah sangat dan tak ada la senang sangat.
2. First sem adalah start bulan september then akan berakhir bulan januari. Sebulan sebelum habis sem dan sebelum exam korang akan masuk wad untuk jalankan praktikal. Tapi bila masuk sem 5 dan 6 korang akan full praktikal tambah ada sikit saja pembelajaran dalam kelas . Satu subjek macam tu saja mengikut silibus baru la.
3. Yuran seriusly tak mahal macam belajar nursing dekat tempat lain pun. Satu sem tak sampai seribu pun untuk yuran pengajian dan yuran asrama melainkan yuran sem akhir sebab korang kena bayar untuk konvo dan sebagainya. Ala jadi seribu seratus macam tu ja.
4. Oh ya nak cakap awal-awal tak ada biasiswa dan kontrak kerja ya. Either pakai duit mak ayah, ptptn atau biasiswa yang korang usahakan sendiri sahaja. Kalau PTPTN its depents on your parents salary. Kalau gaji mak ayah banyak sikitlah korang dapat ptptn dan sebaliknya la.
5. Nanti bila dah habis belajar korang bebas untuk kerja dekat mana-mana pun sebab tak ada ikatan dengan USM. So peluang pekerjaan untuk nurse sangat luas di luar sana. Korang cuma apply then pergi interview in sha allah dapat dengan berbekalkan nama Usm, confident level tahap gunung Everest, pengalaman study dan juga CGPA yang confirm-confirm korang akan dapat tip-top sebab yang masuk USM semua pandai-pandai.ahakss.
6. Asrama memang korang akan dapat dan tunggu bayar ja. Dengan syarat korang kena aktif la masuk aktiviti yang universiti dan desa adakan. Jangan duk jadi sendu kang tak pasal cipta rekod student nursing duduk luar kampus sebab sendu.
7. dan banyak lag la yang menarik. more info boleh pm FB Syazana Amni Zainal
79 comments:
Assalmualaikum sy bakal mengambil jurusan nursing di kptm ..nk tnye..buku teks medical surgical nursing ni die lain2 ke stiap edition?..sbb yg dh ad kat rmh edition ke-12 klau gne utk thun 2019 ni bleh tak?
Wasalam. In sha allah boleh lagi kalau sekadar untuk rujukan😊 tapi its depents on your school or uni jugak la untuk guna buku tu atau tak. Tapi untuk rujukan masih boleh guna
Salam nak tanya. Ada elaun ke? Then boleh kerja kat HUSM?
Dekat usm tak ada elaun dan kita bukan kontrak. kalau nak kerja Husm kena appy dan tunggu diorang buka untuk job vacancy baru dapat apply.
great sharing bibik moden. good information untuk yang masih keliru. sekiranya ada yang berminat untuk menyertai kerjaya jururawat, boleh pm saya di talian 0105619918. sebagai kaunselor kolej kejururawatan saya amat berbesar hati untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya dengan anda. selamat berjaya semua.
great sharing bibik moden. good information untuk yang masih keliru. sekiranya ada yang berminat untuk menyertai kerjaya jururawat, boleh pm saya di talian 0105619918. sebagai kaunselor kolej kejururawatan saya amat berbesar hati untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya dengan anda. selamat berjaya semua.
betul ke nurse lelaki sekarang diperlukan??...
subject2 tu susah tak? kena bljr bio ke?
ahmad- Nurse lelaki sangat diperlukan buat masa sekarang. kalau tengok batchmates dan juga senior sebelum ni pun senang ja kalau lelaki nak dapat kerja. In sha allah try la apply nurse. Male nurse sangat diperlukan
aqilah- Subject more kepada sains. bio pun ada. But dont worry sebab aliran sastera spm boleh ja survive in dip nursing dan diorang kebanyakan yang kedepan dan dean every sem..hehehe
subjek bio,kimia and fizik diajar ke?
Nursing more kepada biology and sains😊 kimia and Fizik xada . Thats why kalau student yang ambik aliran sastera pun boleh jadi misi
So far Usm ok saja. Tk de la susah. In sha allah boleh score. Budak sastera pun boleh score
Thanks👌
assalamualaikum... ada had umur ke bagi program ni?
So far untuk usm tak ada hak umur.. Sebab satu batch dengan saya ada ja umur 25👌
Subjek kira kira macam math akan belajar ke ye?
Math xbelajar tapi nursing kena belajar cara pengiraan ubat ja. Simple math
assalamualaikum nak tanya sijil spm bukan tahun semasa diterima x utk apply dip in nursing usm nih?
wasalam.. sijil spm bukan semasa pun diterima ja. saya pun apply diploma kejururawatan masa umur 20 tahun dah.
Assalamualaikum.. nak tanya, memang diwajibkan duduk asrama ke?
Wasalam. First year selalu wajib duduk. Lepas tu dh blh stay luar
Salam.. Yuran utk dip. nursing usm ni brapa satu sem yer?
Boleh ke lepas ambil diploma jururawat nih nanti nak apply ijazah dalam farmasi atau ijazah lain?
Wasalam. Alhamdulillah yuran usm xmahal dik. 1 sem (6 bulan) dalam 900++ atau 1000 + ja sekali asrama. Yuran pengajian dalam 600+ ja 1 sem
Setahu kita la macm xboleh. Sebab dia berlainan kos.
kalau msa spm tk ambek bio,kimia,fizik just ambek sains je buleh mohon tk
Interview bln berapa n dekat mna?
Boleh ke apply dgn sijil stpm.
Sush ke nak dapat program ni
Asslamualaikum sis, tq UNTUK info sgt diperlukan, saya Ada soalan kalau sya dpt tawaran dri uitm dlm kos dip nursing patut Tak sya terima , saya dri kelas sastera je😌 harap sis reply
Betull kee alirn sstera mmg boleh ambk dip nursing nii ... Kalau blhh ,, ssh x utk cover blk smue yg x bljr ms upper form tu yee..? N apee syrt kmsukn n yurn y trkini yee ..nursing ni lbh kpd subjek ape y akn bljr ...?
Wasalam.. First Tahniah ❤
Boleh awak boleh terima dik.. Tak de masalah pun kalau awak dari aliran sastera. Akak bagi contoh terdekat .Batchmate akak yang perform dan best student dia dari aliran sastera ja masa sekolah. Bukan aliran sains pun 😊 In sha allah awak pun boleh perform macam dia .Belajar dekat mana2 sama ja. Bezanya cara kita belajar dan kesungguhan kita. Btw good luck
Boleh ja. Tak de masalah. .Asal awak ambik sains, math,bm dan BI 🤗
Betoll.. Asal awak ambik sains macam sekolah 🤗 Tak susah pun sebab bagi saya basic dan fokus apa yang lecturer ajar dalam kuliah dan jugak klinikal .
Syarat you can google syarat untuk dip nursing usm .
Nursing more kepada sains, klinikal, dan paling penting more kepada cara hidup living life.
Iv aritu bulan 5 dan diadakan dekat USM kelantan. Kampus kesihatan selalunya
Kalau awak nak ambik diploma kejururawatan pakai SPM.
Kalau awak nak ambik degree nursing boleh pakai stpm tapi stpm aliran sains
Tak susah kalau result SPM awak memenuhi syarat dan masa interview awak perform dan meyakinkan. 😊
Assalamualaikum sis sy nk tnya stiap pengambilan pelajar dip kejururawatan brapa org jer yg dpt? Btw sis pnye batch brapa org? Terima kasih
Wasalam.. Depents jugak . Batch saya dalam 90 masa mula2 msuk .Tapi last2 tinggal dalam 70++ ja sebab ada yg keluar pergi ipg and spa. Ada jugak batch yang 60 ja. Depents atas kouta usm
Assalammualaikum sis,sy dpt dip nursing uitm,klu lepas hbis mmg trus dpt kerja ke atau kena tunggu dlu untuk apply?
Wasalam.. Sorry uitm im not sure sebab uitm baru bukak hosp baru. Kalau usm kita tahu la kena apply mcm orang lain2 jugak. Heee
Hai nk tanya...
Kalau sy ambik stpm aliran sastera....tapu sy nk apply nursing guna result spm boleh tak sbb spm sy ambik aliran sains
Btw akak duk asrama usm sampai sem berapa
Usm ni swasta ke badan berkanun Ye Sis?
Hospital usm badan berkanun. Kalau usm tu ipta. Bukan ipts😊 haral menjawab .Hehhe
Sampai akhir sem dik. Usm kampus kesihatan n8 baik semua boleh duk asrama. Tapi dengan syarat kumpul mata. Join la apa2 event dapat mata.. Kalau nursing konfirm akan dapat asrama sebab kita praktikal
Boleh2. Tak pe .Asal awak ada bahasa melayu, sains, math, bi . Apply la meh jadi misi
kak, nak tanya untuk kemasukan tahun depan 2021 kena beli no pin bulan berapa dan bila kena daftar? sbb saya buka website dia tak tutup pun untuk mendaftar.
sis, saya nak tanya bila bole start daftar dan beli no pin usm ye? sbb saya tgok website tak tutup pun untuk pendaftaran
Assalam nak tanya, kos pengajian untuk 3 tahun mahal tak, anggaran dlm brp, bagi akak patut tak ambik ptptn kalau jumlah gaji parents dlm 6000 camtu ?Huhu help mee
Assalam nak tanya, kos pengajian untuk 3 tahun mahal tak, anggaran dlm brp, bagi akak patut tak ambik ptptn kalau jumlah gaji parents dlm 6000 camtu ?Huhu help mee
Wasalam. Yuran xmahal pun dik. Yuran pengajian sekali yuran asrama dalam 1k+ ja untuk 1 sem. 1 sem bersamaan 6 bulan la. Kalau parents bleh tanggung bleh ja dik. Akak pun ambik ptptn tp xdapat full pun.. Boleh tambah2 laa
Assalamualaikum nk tnya blh x kerja DKT klinik
Assalamualaikum blh x kerja DKT kinik
Wasalam. Boleh jaaaa
Salam kak saya nak tanya.. Apa beza belajar dkt kolej kejururawatan yg under spa dngn usm?
hi kalau nak ambil degree nursing tapi sijai stpm tu yang sastera pun boleh ke?
Assalamualaikum nk tnya bolehkah diploma ni boleh kerja di klinik
Boleh saja.. Asal lulus LJM
Hi. Xboleh..kena aliran sains
Assalamualaikum nk tnya DKT mna temuduga diadakan
Nk tnya temuduga diadakan di mna
Hi...terima kasih banyak2 kerana sudi kongsikan pengetahuan. Kursus ni DWI bahasa atau English/bm?
Hi nak tanya..course nursing dekat semua u mmg ambik subjek yang sama atau ada beza ?
Hai assalamualaikum, nk tnyaaa , kos nursing di kptm sama tk mcm di usm?
tq sharing akak. berapa cost belajar bidang nurse ni eh?
sama ke kelayakan usm di kelantan dan penang?
Dekat usm kampus kesihatan kubang kerian
Diploma kejururawatan hanya dekat kampus kelantan saja.. dan dip nursing satunya diploma di usm
Wasalam..Kalau subjek saya tak pasti jugak. Tapi kalau yuran semestinya usm lagi murah sebab ipta..
Subjek teras sama sebab nanti kita akan ambik exam ljm yg sama. Tapi subjek university mungki berbeza mengikut u
Sama..dwibahasa
Time akak dulu tak la mahal.. 1 sem yuran + sewa asrama dalam 1k+ ja. sekarang akak tak pasti la dik.. btw yuran asrama lagi mahal dari yuran belajar. and usm ni ipta ..yuran dia xmahal
Saya sudah bekerja sebagai jururawat masyarakat selama 20 tahun..saya berminat ingin sambung diploma kejururawatan..adakah had umur yang ditetapkan dan berapa tahun saya perlu belajar
Kalau husm tak de had umur sebelum ni.. Tapi akak boleh try apply dan usha2☺️
nak tanya untuk sem pertama ,kami boleh pinjam ptptn ke?
Boleh..mmg kalau kita apply akan dpt pun.. pakej kalau pendapatan parents kurang berapa lupa dah dia akan bagi wang pendahuluan
Post a Comment