Korang yang bergelar misi mesti tahu kan pasal RON (retention of name). RON ni adalah pengekalan nama kita dalam Nursing board. So kepada misi-misi yang dah bekerja mahupun masih menganggur benda ni adalah wajib di update. Tapi untuk yang dah bekerja di hospital atau klinik sebelum sampai setahun dari tarikh kita diiktiraf sebagai nurse kebanyakannya majikan kita yang akan buatkan.
Harga: RM25 untuk setahun untuk Jururawat biasa. Wajib dibeli dengan wang pos ok.
1. Korang kena download borang dekat MOH, cari muat turun borang dan cari borang RON.
Download Borang
Ni Borang yang akak dan abang misi kena print |
2. Isi borang tu dengan lengkap.
3. Pergi pejabat pos dan beli wang pos Rm25 untuk setahun. Maximum boleh perbaharui ialah 3 tahun.
Ha ni untuk yang tak kenal wang pos ok. |
Ni contoh cara nak isi ya. sumber Mr Google. Thanks akak yang kongsikan ni. kita pakai cara akak tau. |
4. Korang ada 2 pilihan sama ada nak beli parcel pos laju yang bersaiz A4 tu atau korang boleh letak dalam envelope. Tapi make sure envelop tu selamat la dari hujan ribut dan petir.
5. Alamat yang perlu diisi adalah alamat seperti yang tertera di borang tu.
Alamat ni ya |
6. Masukkan borang yang diisi,wang pos dan sijil perakauan Jururawat dan pos.
Bibik beli parcel ni sebab selamat walaupun redah hujan badai melanda. hiks |
Actually bibik buat unuk 2 tahun RM25 tapi pos tak ada RM50 sekeping so dia bagi RM40 dan RM10. So nanti penyata akan sampai 2 |
Tau tak kita berdebar wey time sampai surat ni. Tengok cop pun dah seriau dah. |
ok semoga bermanfaat.
82 comments:
Boleh saya tanya?Berapa lama masa LJM akan post smula RON yg dh siap renew?
Sijil perakuan yang terakhir tu yang ori atau yang fotostat?
LJM akan post balik dalam masa 2 bulan macam tu. Sijil perakauan terakhir tu just hantar yang fotostat saja🤗
Kalau RON hilang boleh buat sekali lagi?
Kalau wang pos 40 + 30 + 1 +1+1+1+1 = 75 bole ke? Saya buat 3 tahun
Kalau Ron hilang rasanya kita boleh apply dengan lembaga . tapi xsure cara dia macam mana. better call ljm terus for confirmation.. sorry
kalau pakai wang pos banyak2 macam tu nanti pihak sana akan pos 1 resit untuk 1 wang pos. sebab kita buat Rm30 dan rm20 diorang pos 2 resit pembayaran. tapi Ron tetap 1.hehehe
Nak tanya. Kalau kita dah 3 tahun tak renew. Contoh 2017, 2018 & 2019. Rm25 x 3 kan. Ada cas tambahan tak/ denda dikenakan?
Kalau dah 5tahun xbuat Ron ... Mcm mna ya? Boleh mohon lagi x?
Maaf nk tnya..kalo lps tmat study..x prnah buat ron ni cmne ye...dh 7 thun sy x buat....lately ni sy ada buat tp pihak ljm ckp x lengkap...nk surat tunjuk sebab mnyatakan alasan knpa sy tdak buat ron sehingga skrg...sy dh confused ni...mohon tnjuk ajar...
Tumpang tanya.. saya grad tahun 2017 dan tak pernah bekerja sebagai jururawat.. so bila nak buat RON ni, kena apply start dari tahun 2017 atau 2019?
Kalau dah tak kerja misi almost 8 years, boleh renew RON lagi tak?
Nak tanya, klu xpenah buat RON after graduation about 8 years? Mcm mna erk? 😱
saya tak renew Lesen utk setahun..sy kene beli wang post rm25 je ke pastu post mcm biasa?ke kena penalti rm25 dat means letak duit rm25 kat dlm envelope?mohon pencerahan eh musykil sis🤔
kalau xrenew setahun then kena beli wang post je ke rm25 or attach skli rm25 tunai kat dlm envelope tu?musykil lak please feedback ye.
kalau xpernah renew juar renew beli wang pos dkat pejabat pos rm25 sebab sebarang pembaharuan RON akan pakai wang pos. tapi kalau dah pernah kerja sebelum ni juat apply APC.s
kalau RON hilang boleh try apply balik dengan lembaga. tapi tak sure cara dia. untuk pertanyaan lebih lanjut bette call direct LjM.
Kalau 6 tahun tak renew, dapat renew lagi tak?
Perlu tak apply ron kalau dah bekerja?
Nak tanya.. Kalau dah start kerja dgn kkm , kena renew ron lg tak??
kalau dah kerja selalunya majikan kita yang akan renew kan. so nanti takkan jadi ron dah.. kita akan panggil APC. selalunya Apc ni kita kakan cukupkan point cpd untuk renewkan. depents atas majikan kita.
kalau dah start kerja kita akan renew APC ja. yang APC ni sellalunya majikan yang akan renew. Kita just kutip point ja.
sy dah renew ron tahun lepas. sy xkerja. tp pihak lembagaa jururawat malaysia xde bg apa2 respond pon. mcm mne ye?
sy dah renew ron tahun lepas. sy xkerja. tp pihak lembagaa jururawat malaysia xde bg apa2 respond pon. mcm mne ye?
ada limited date tak utk hntar ron ni?
nak tanya . kene ada setem sekali ke kalau nak post dekat ljm?
Salam,
Sy belom pernah lagi bekerja, adakah sy hanya perlu isi borang pengekalan nama sahaja atau adakah borg-borg lain yg perlu sy isi dan submit..
Thanks in advance
Sorry for late reply. Saya haritu guna envelope sebab takut nak pakai sampul surat biasa. Orang pos laju suggest pakai envelope A4 tu sebabnya kita tak tahu hujan ribut yang bakal melanda kot nanti kan sampai dekat pihak Lembaga semua rosak. Untuk selamat isi dalam envelope .
Awak boleh call pihak Lembaga untuk kepastian sama ada Ron yang awak hantar tu xsampai dekat dia atau ada masalah lain.
Ron hanya for those yang tak kerja lagi saja. Yang dah kerja perlu isi APC. APC selalunya akan dikira memgikut CPD Atau point yang ditetapkan majikan atau tempat kerja masing2. But please remind your majikan about your APC.
Kalau dah kerja xperlu renew RON. Awak hanya perlu renew APC ja.selalunya majikan yang buat. Kutip mata cpd atau point
Ron kita kena update setiap tahun selagi kita tak kerja sebab ni lesen kita. Kalau tak ada lesen xboleh kerja. Katanya kalau lebih 2 tahun xupdate xvalid dah LJM kita.
Kena start apply dari tarikh ljm awak yang 2017- disember 2019. Contoh LJM 2.10.17.
Update Ron dari
2.10.17-31.12.17 ( 1 tahun rm25)
1.1.18-31.12.18 ( 2 tahun rm50)
1.1.19-31.12.19 (3 tahun rm75)
Certain kata kena exam balik dan ada yang kata kena denda. Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh call ljm.saya pun kurang arif pasal ni.maaf
Beli wang pos ja sis and letakkan wang pos tu dalam envelope. Tak payah letak duit tunai dah sebab wang pos tu dah duit😊
Kalau awak dah kerja its ok sebab kalau dah kerja kita just guna APC. Kalau tak kerja lagi saya xpasti jugak macam mana prosedur dia. Sebab lama sangat tu
Yess.. Thats true👌
Ya betol
Wasalam. Hanya borang pengekalan nama saja😊
Sorry late reply👉👈
Awak kena attach sekali surat tunjuk sebab kenapa awak xupdate Ron. Bagi alasan sekali. Contoh awak tak bekerja sebagai sebagai nurse tapi kerja sebagai cikgu sambilan atau etc. Tapi untuk pertanyaan lebih lanjut awak boleh call LJM. Sayang la xupdate Ron. Ada yang kata kalau lama sangat nnti ljm kita dah xvalid. Nnti kena ambik exam lain.
Sorry late reply👉👈
Awak kena attach sekali surat tunjuk sebab kenapa awak xupdate Ron. Bagi alasan sekali. Contoh awak tak bekerja sebagai sebagai nurse tapi kerja sebagai cikgu sambilan atau etc. Tapi untuk pertanyaan lebih lanjut awak boleh call LJM. Sayang la xupdate Ron. Ada yang kata kalau lama sangat nnti ljm kita dah xvalid. Nnti kena ambik exam lain.
Better awak call dulu pihak LJM sebelum update untuk tanya status..
Call LJM untuk tanya status
Xde. Maksimum renew pun untuk 3 tahun saja.
Salam, sy masih tak faham tentang tarikh kne apply tu.. kita kena start tarikh dimana kita amik exam LJM atau tarikh kita dapat result kelulusan LJM kita?
saya amik exam LJM 11/9/2019
dapat result 26/9/2019 ..
hai, kalau kta kerja tpi mjikan kita ta renew apc mcm mna? kena buat kan? tpi point tu mcm mna? sy kje dkt tiga thun tpi mjikn sy lgsung ta renew apc. last apc 2015 so kena tindakan pape ke means denda ke a
wasalam .. Kena apply bermula dari tarikh kelulusan LJM.
Salam,
Saya dah submit semua document yg diperlukan, tp hari ini sy dapat semula semua documents tersebut, hanya ada chop penerimaan sahaja, bank draf sy pun dier pulang kan, sebab apa ya, boleh bg pencerahan, terima kasih
Boleh. Sy 8 thn juga. Sy dah dapat ron saya. Xda denda pun.
Salam..klu mcm saya dah kja 4 tahun dgn kerajaan dsn resign..tp nk renew lesen lg..mcm mna yer
Kita kena hantar Salinas surat letak jawatan semasa apply RON?
Boleh saya tanya. 2 tahun saya missed tak buat RON. Boleh ke saya buat je sekarang. Atau kena call LJM dulu?
Assalam, awak kalau trikh klulusan ljn saya brmula 3jan 19 , jadi saya perlu letak 3.1.19-3.1.21. saya buat 2 tahun. Betul ke trikh tu?
Saya nak tanya? Saya ada apc tahun 2018. Tapi tahun ini saya tak bekerja. Saya perlukan retention of name(RON) untuk tahun ini(2019) untuk masuk kerja tahun depan. So saya perlu buat RON untuk tahun depan jugak ke atau masuk kerja january tahun depan majikan akan buat apc untuk tahun depan?
Salam ...nk tnye ...mcm mne ye APC sy xrenew sejak 2015 majikan xbuat.... skrg nk mintk kje lain tanye pasal APC baru 2019 mcm mne ye nk buat
Wasalam. Start tarikh dr tarikh Ron awak. Bukan tarikh awak ambik exam
Mungkin awak ada isi borang xlengkap atau dokumen yang awak sertakan xlengkap. Cuba check balik
Awak try tanya majikan dulu macam mana. Sama ada majikan akan buatkan atau awak kena buat sendiri. Tapi kalau ikutkan yang tahun 2019 awak kena buat sebab awak xkerja kan
Tak perlu pun.
3.1.19-31.12.19 =1 tahun
1.1.20-31.12.20 = 2 tahun 😊
Awak boleh cuba step diatas. Tapi better awak call dlu orang LJM sama ada awak bleh renew lagi ka x sebab dah 4 tahun kan
Previously I applied it for 2 years, they only luluskan for 1 year. Why is that
Sis ada cntoh surat tnjuk sbb x?
Sis kena bt surat tnjuk sbb x?sis ad cntoh?sy x tahu nk buat mcmna surat tu.😅
Salam...nk tanya, sy ljm julai 2019..kena renew utk thun ni jgak ke?
Klau mcm tu sy kena renew 2 tahun la kan utk thun depan skali..
Ya sis. Kena renew dr tarikh ron awak 2019 tu hingga 31.12.19 dia kira setahun. Pastu untuk 2020 setahun.
Maybe awak ada salah tulis apa2 ataupun borang yang awak isi xlengkap.
photocopy perlu cop Certified True Copy atau tidak perlu?
Tak perlu pun. Kalau nak sahkan pun xpe
Salam, saya nak tnya,,kalau first time bekerja sebagai nurse,, berapa lama ya ambil masa untuk dapatkan apc dari kkm.. Harap dapat pebcerahan ya
Kalau saya kerja di HUKM setiap bulan 9 dia akan renew lesen untuk next year punya. Kalau xsempat buat APC boleh update. Tapi untuk lebih details try tanya hr tempat masing2.
Salam.. Nk tnya kalau tak buat ron nk dekat 2 tahun, boleh tak hntar borang melalui pos shj? Ataupun kena pergi kkm?
Pos boleh. Isi borang yang ditetapkan
Sis nak tanya.. Saya baru berhenti kerja tahun ni.. Nak buat Ron kena isi tarikh mcm mana ya.. Contoh from 30september2020 to 30 septermber 2021 atau tarikh lain?
Sis nak tanya.. Saya berhenti kerja tahun ni.. Nak isi tahun ni ke tahun depan..?
Perlu x saya pos stem Dan sampul surat extra utk mereka balas surat saya
Tak perlu sebab nanti diorang pakai yg diorang punya😉
Isi untuk tahun depan sebab tahun ni dah ada APC kan😉
Betolll. 😊
Sya lulus ljm 27/12/19, means sya kna letak trikh 27/12/19-31/12/19 or sya bleh gna trikh 1/1/20-31/12/20 utk ckup sethun??
trikh 27/12/19-31/12/19 dikira setahun.1/1/20-31/12/20 dikira Stahun.. So awak renew untuk 2 tahun
Salam hi tumpang tanya utk RON form tu ink biru @ hitam ? Sy lupa sgt ni ...tq
Kalau RON certificate dah hilang. Kena buat baru ke?
Post a Comment